Thursday, February 11, 2010

Anda Takut Mati Tak??

Awal bulan Februari ni..
keluarga saya telah disajikan dengan berita-berita yang menyedihkan..

Pada 7 Februari 2010..(Ahad).. jam 1.30 petang..

Tok Andak saya telah kembali ke Rahmatullah disebabkan oleh penyakit kanser paru-paru..
Arwah meninggal di rumah sepupunya yang sedang melangsungkan perkahwinan untuk anaknya. Bayangkan ! Saya dan emak pergi ke majlis perkahwinan hanya kerana untuk memenuhi jemputan orang tetapi tiba-tiba mendapat khabar serta melihat sendiri jenazah arwah terbujur kaku di rumah orang kahwin. Sungguh saya tak sangka !

Pada 10 Februari 2010 pula...(Rabu).. jam 5.30 pagi..

Tok Uda saya juga telah kembali ke Rahmatullah disebabkan oleh penyakit angin akhmar atau lebih dikenali sebagai stroke..
Arwah meninggal di Hospital Melaka genap seminggu, arwah ditimpa penyakit angin ahmar.. Bayangkan ! bangun-bangun tidur sahaja sudah dikejutkan dengan berita itu.. Betapa sedihnya saya.. dalam masa 4 hari sahaja saya telah kehilangan 2 orang atuk saudara yang dikasihi.

dan pada saat ini.. saya masih terbayang-bayang lagi gelagat kedua-dua arwah..
dan situasi ini benar-benar menyedarkan saya bahawa mati itu sangat dekat dengan kita..

Justeru itu, dengan ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang tanda-tanda kematian bagi mengingatkan saya dan juga teman-teman bahawa mati itu pasti !


"Sungguh mati itu benar dan setiap yang bernyawa itu akan mati."


Mengikut Ustaz Ridwan tanda tanda kematian itu pada peringkat Umumnya yang boleh dilihat dengan mata kasar adalah seperti berikut:

1. Uban di kepala.

2. Mata dah kabur. Ustaz telah bermurah hati beri petua-petua supaya mata lambat kabur dengan Izin Allah swt:

a. Lihat dan baca Al Quran sentiasa.
b. Lihat Kaabah.
c. Lihat telaga zam zam. (Dulu bolehlah, sekarang dah tak boleh turun ke bawah tu)
d. Tengok wajah ibu. (Beruntunglah sesiapa yang masih ada ibu.)
e. Tengok laut yang terbentang luas.

3. Pendengaran kurang.

4. Gigi-gigi mula dah goyang dan mula dah nak gugur.

5. Sendi-sendi longgar


Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.


Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Bila Malaikat mencabut Nyawa
\Baginda Rasulullah S.A.W. Bersabda :

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
Malaikat kedalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

Setelah itu datang pula sekumpulan Malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai keperut dan kemudian
mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan Malaikat yang lain masuk dan
menarik rohnya dari perut hingga sampai kedada dan kemudian mereka
keluar.

Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan Malaikat masuk dan menarik roh
dari dadanya hingga sampai ke kerongkongan dan itulah yang dikatakan saat
Nazak orang itu."

Sambung Rasulullah S.A.W. lagi :
Kalau orang yang Nazak itu orang beriman, maka Malaikat Jibril A.S akan
menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang Nazak itu
dapat melihat kedudukannya di Syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat Syurga, maka dia akan lupa kepada orang-orang yang
disekelilingnya. Ini adalah karena sangat rindunya
pada Syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S."

Kalau orang yang Nazak itu orang Munafik, maka Jibri A.S. akan menebarkan
sayap disebelah kiri. Maka orang yang Nazak itu dapat melihat
kedudukannya di Neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang
disekelilingnya. Ini adalah karena terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah Hadits bahwa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin
itu dicabut nyawanya, maka datanglah Malaikat maut. Apabila Malaikat maut
hendak mencabut roh orang Mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah
Dzikir dari mulut orang Mukmin itu dengan berkata : "Tidak ada jalan bagimu
mencabut roh orang ini melalui jalan ini karena orang ini senantiasa menjadikan lidahnya ber-Dzikir
kepada Allah S.W.T."

Sebaik Malaikat maut mendapat perintah dari Allah S.W.T. maka Malaikat
maut pun mencoba mencabut roh orang Mukmin dari arah tangan. Tapi
keluarlah sedekah dari arah tangan kanan orang Mukmin itu, keluarlah
usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan : "Tidaklah ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang
Mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan > sedekah, tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh karena itu Malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang Mukmin dari
arah kanan maka Malaikat maut
mencoba pula dari arah kakinya.

Malangnya Malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata : "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini juga
karena kaki ini senantiasa berjalan berulang kali mengerjakan shalat
dengan berjema'ah dan kaki ini juga berjalan menghadiri Majlis-majlis ilmu.

" Apabila gagal Malaikat maut mencabut roh orang-orang Mukmin dari arah
kaki, maka Malaikat maut mencoba pula dari arah telinga. Sebaik saja
Malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata : "Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini karena telinga ini senantiasa mendengar bacaan Al-Qur'an dan Dzikir"

Akhirnya Malaikat maut mencoba mencabut nyawa orang Mukmin dari arah mata
tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata : "Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini senantiasa melihat beberapa
Mushaf dan Kitab-kitab dan mata ini
senantiasa menangis karena ketakutan kepada Allah S.W.T."

"Setelah gagal maka Malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.. Kemudian
Allah berfirman yang maksudnya : "Wahai Malaikat Ku, tulis AsmaKu
ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu".
Setelah mendapat perintah Allah maka Malaikat mautpun menghampiri roh
orang Mukmin dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A telah ditanya kemana roh pergi setelah keluar dari jasad.
Maka berkata Abu Bakar R.A. : "Roh itu pergi menuju ke tujuh tempat " :
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Addin
2. Roh para Ulama menuju ke Syurga Firdaus
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyna
4. Roh para Syuhada berterbangan seperti burung di Syurga mengikuti
kehendak mereka
5. Roh para Mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak dibumi dan
dan tidak dilangit sampai Hari Kiamat
6. Roh anak-anak yang beriman akan berada digunung dari Minyak Misik
7. Roh orang-orang Kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka disiksa
beserta jasadnya sampai Hari Kiamat.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W. : "Tiga kelompok manusia yang akan
dijabat tangannya oleh para Malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya :
1. Orang-orang yang mati Syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan shalat malam dalam bulan Ramadhan
3. Orang yang berpuasa di hari Arafah
Marilah kita bersama-sama mengingat-mengingati..

2 comments:

  1. thanks dayah sbb buat entry psal kematian ni...
    aku slalu ingt mati...
    mmg mnusia ni sbaik2 nye ingat tentang mati...
    sbb mati itu psti... hdup itu insyaallah...

    kdg2 aku slalu tbyg ble da kiamat.. pe akan jd pd kte sbb dunia ni pon sementara je.. da tbyg, mgigil...
    T_T

    ReplyDelete
  2. tkziah dayah...
    info yg bgus...
    kte mmg perlu sllu dpringtkn utk mngingati kmatian

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails