Monday, February 1, 2010

Songs of the Sea..

Hey…hey..hey..
I’m back…!!
cehh ! looks like it’s been a long time since I’ve posted my last entry.

Ok ! Today’s topic is about...
Alahhhh !! malas sungguh nak tulis dalam bahasa Inggeris..
[jangan merungut aboi..releks sudaa..*sambil pejam mata urut dada]
Peduli lah !

Ok..hari ni saje je nak kongsi salah satu tempat menarik yang anda harus pergi jika anda bercuti ke Singapura... Pulau Sentosa..atau lebih dikenali sebagai Sentosa Island !!!

Seperti yang korang semua sudah sedia maklum. Di Sentosa Island tu kan ada banyak tempat untuk dilawati.

Ada pantai boleh mandi manda.
Ada Cable Car untuk menguji tahap kegayatan anda.
Ada 4D animation untuk ditonton sambil badan menggeletar sebab takut atau baju basah sebab kene sembur air dalam wayang.
Ada The Luge untuk anda rasa main permainan ala-ala go-kart/skuter [aku pun tak tau daa..].
Ada Skyride ala-ala naik buaian tergantung di langit.
Ada taman rama-rama untuk anda kaji jantan betinanya. Opss !
Ada Underwater World untuk anda ber’reaksi’ bersama ikan-ikan.
Ada Merlion untuk anda panjat dan lihat viewnya.
Ada Dolphin Lagoon untuk anda lihat tarian akrobatiknya.
Ada macam-macam lagilah.

Dengar cerita diorang nak buat ala-ala Disneyland kat Sentosa tu. Sekarang ni pun sudah dimulakan pembinaannya. Aku pernah tengok track roller-coaster dia. Mak aih ! memang seram wey ! aku tak mo naik..kalau bagi aku sejuta pun. Belum tentu aku terima. [aku cakap BELUM TENTU..kalau ada pun bagus juga..]

Dah macam-macam aku tulis. Tapi tu sumer aku tak cerita dalam entri ni. Tunggu entri lain baru aku cerita. La ni, aku nak cerita pasal Songs of the Sea.

Songs of the Sea ni kire entertainment untuk waktu malam la. Alaa pancut-pancut air pastu laser warna warni kasi suluh sikit kat pancutan air tu..bubuh api celah-celah pancutan air tu. Lepas tu pasang lagu.. ape de hal?

Ok la..ok la..aku cerita betul-betul.
Songs of the Sea ni lebih kurang macam pertunjukan la. Set dia kat tepi laut, dilakukan secara ‘live’ dengan muzik dan visual yang best dan dramatik termasuk pancaran api, laser, jet air dan penjanaan komputer. [aku translate lebih kurang je dari web dia..heh!]

Lebih kurang macam ni la view dia..


Tiket dia SG10 setiap seorang. Alaa, baru RM 24.30..apa ada hal..ye tak?

Aku dulu pergi sana naik kereta. Nak masuk sana kena bayar dalam SG12 kot per car...aku lupa la..pastu kalau naik kereta.. park lah dekat Imbiah Lookout.. kat situ ada banyak benda boleh cuba. Tiger Sky Tower pun ada.

Jadi dari Imbiah Lookout tu..naik la Sentosa Bus pergi ke Beach Station rasanya untuk tengok Songs of the Sea. Hah ! Waktu dia pulak cuma pada jam 7.40 pm dan 8.40 pm je. Kalau rasa-rasa nak tengok sangat-sangat..beli tiket awal-awal sebelum tiket SOLD OUT. Pertunjukan dia tu cuma ambil masa 25 minit je. Berbaloi apa?

Kalau pergi waktu siang...dapat tangkap gambar macam kat bawah ni... cantik juga kan..?

..inilah kedai Souvenior dia...

..inilah OSCAR..

Last aku pergi tengok tahun lepas. Konon-konon eksaited gila nak tengok sebab orang cakap lagi best..pancutan air juga lagi menarik. Ya! Itu aku tak boleh sangkal. Pertunjukan dia memang best. Tapi aku agak hampa sebab aku espek lebih dari tu. Lagipun, bukan cantik sangat pun gambar perempuan yang dia tunjuk mase pertunjukan tu. Kecewa! Kecewa!

Aku tetap rasa Songs of the Sea yang aku tengok masa tahun 2006 dulu..yang dia pancar laser dari mulut MERLION is the best ! Sebab jalan cerita dia lagi best. Orang yang entertain juga lebih kelakar dan comel. Berbanding dengan yang sekarang ni. Ramai sangat entertainer tapi cerita dia tak menarik.

Eh ! eh! Jangan salah faham pula. Saya bukan cakap yang sekarang ini tidak best [padahal dah sebut pun kan?] Bagi yang belum pernah tengok Songs of the Sea ni...aku memang galakkan sangatlah untuk datang dan rasa sendiri pengalamannya. Pasti seronok bagi yang pertama kali !

Oh ! lepas show habis..boleh juga membeli belah di kedai souvenior yang ada. Aku ada juga beli cawan yang ada straw tu dan topi.. aku juga ada ambil gambar bersama Oscar..tetapi aku lupa mana aku letak kamera abang aku. Jadi aku tidak dapat upload gambar.

So, sekarang ni yok kita layan sikit video dia.


more information ? Click Here or Here

No comments:

Post a Comment

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails