Friday, July 30, 2010

Ceritera Hari Jumaat

sekarang ni tengah online live dari Auditorium.
Hari ni ada kursus protokol khas untuk Konvokesyen minggu depan.
Cuaca sangat indah pagi ni..baru lepas hujan, matahari masih malu-malu lagi nak keluar, awan2 bersusun cantik, angin sepoi-sepoi bahasa, plus bunyi ombak..Subhanallah..memang nyaman sangat pagi tadi..macam nak duduk tengah-tengah laman, enjoy the scenery.. Tapi aku kena pergi kerja..huu, sangat tak best rasanya..
Haih, bila agaknya dapat rasa macam tu lagi..
...............................

Wednesday, July 28, 2010

Snow World, Genting Highland

ini adalah entri jalan-jalan di Genting Highland.
tempat pertama yang dituju adalah Snow World.
tujuan utama pergi Genting memang nak masuk Snow World tu je pun.  gila excited.
bajet-bajet macam nak amik feel la macam mana orang-orang kat oversea sana bila musim sejuk.  haha. so kampung.

first, kitorang (aku dengan family) kena tunggu tempat dia bukak. kitorang datang awal kot.  semangat gila. haha.
bayaran dia RM .....??? lupa lah.. belas-belas ringgit agaknya. aku tak amik port sangat sebab bukan aku yang bayar.  lagi pun, kitorang tak tau pun yang kalau beli tiket khas untuk indoor game punya boleh guna untuk masuk Snow World juga.  Tiket indoor game baru RM 30 seorang.  eh, yeke? lebih kurang gitu kot.  aku tak amik port bab ringgit-ringgit ni.

so, dah beli tiket.  kitorang pun beratur lah nak masuk Snow World.  mula-mula, dia check tiket.  lepas tu, dia suruh pilih baju sejuk. lepas tu, dia suruh pakai kasut (kasut khas).  lepas tu, dia suruh cari sarung tangan ikut saiz.  Adik dengan abang aku tak payah tukar kasut, sebab diorang dah sedia ada pakai kasut.

Bila dah dapat baju, kasut, sarung lengan dan drawer tempat simpan barang,  makin excited la kami untuk sekian kalinya.  Ah, lupa.  aku hampir-hampir juga mengeluarkan kata-kata kesat semasa memakai kasut.  bau dia, hanya orang yang pernah masuk Snow World menggunakan kasut yang disediakan je tau macam mana evilnya bau dia. pehh.

ok. ok. sambung cerita.  dah tu, kitorang pun berdedai-dedai la berjalan masuk ke Snow World.  masuk-masuk je, aku cakap kat adik aku.  weh, macam masuk peti sejuk beb.  tiba-tiba adik aku tiup depan muka aku.  keluar wap beb.  kami happy macam  nak gila.  baru dapat feel macam kat oversea, cakap-cakap keluar wap. hahaha

dah tu, masuk je Snow World.  bamm!
hatiku bagai diracik-racik.  nak tau kenapa? dalam hati aku, ek eley, kecik je rupanya Snow World ni. hampes betul.

Hilang terus angan-angan aku.  Berkecai terus kepulan awan angan-angan aku.  alah, kalau berangan kan ada awan kat atas kepala.  yang macam dalam cerita kartun tu.  ada kan? ok. ok. pembaca blog ko ni sumer bijak-bijak aboi, mesti faham punya.

Aku expect yang tempat dia ni besar.  Ada salji-salji yang dibentuk menarik-menarik. macam dalam brochure.  tapi hape pun tak de.  tapi tak pe.  kekurangan-kekurangan macam ni biasa.  lagi pun belum musim christmas pun, kan. 

So, bila hati dah tenang.  aku pun gumpal la salji tu.  ok. bukan salji, tapi ais.  aku gumpal, berkecai.  aku gumpal lagi, berkecai.  aku gumpal lagi sekali, berkecai jugak.  ah, tak boleh buat snow ball. kecewa lagi.  jadi aku amik jalan singkat, pungut jugak ais ni tadi.  main lempar-lempar dekat family.  wah, tiba-tiba rasa macam dalam filem-filem orang kulit putih.  walaupun tak de rupa macam snow ball, tapi ada aku kesah.  dapat feeling aja sudah. tak betul?

masuk dua tiga kali lempar ais.  bang! aku bosan.  abang aku terus cakap.  jom naik gelongsor ais tu.  berdedai-dedai lah kami cuba naik gelongsor tu.  dah la berat gila pelampung dia tu.  kena panjat tangga.  dah tu orang yang bertugas tolak kitorang ke bawah.  pelampung dia sangat nipis.  jadi adalah sangat sakit kalau punggung ni terhentak dengan lantai ais masa nak turun. tak mo naik lagi dah pas ni.  sakit do.

bila dah bosan, naik atas rumah yang diorang buat kat tengah-tengah bilik tu.  tak de apa-apa. ok tak pe.  memang dah agak bosan ni.  kami akhirnya, duduk-duduk dan jalan-jalan saja kat dalam tu.  tengah jalan-jalan, tengok dekat cermin.  mak aih, ramainya orang kat luar yang tengok kitorang terkinja-kinja kat dalam.  malu beb. malu.

dan dan tu jugak, aku jadi sopan sikit.  sikit jela pun.  haha
dah berapa lama dalam tu agaknya, diorang suruh keluar. time out! time out!
ok. ok. faham. faham.  keluar dari Snow World dengan perasaan yang 50:50.  best dan tak best.

Sekarang layan gambar je la ye.  oh, disebabkan blog ni blog aku.  jadi untuk setiap gambar ada gambar aku.  harap maklum. (^_^)








anyway, ianya masih juga dikira seronok untuk berada di genting. ;D

..................................................

Monday, July 26, 2010

Ah, budak-budak lagi.


Sejak dua menjak ni, aku selalu sangat diganggu dengan nombor-nombor baru yang muncul di skrin telefon aku. ah, sangat annoying..

adalah beberapa nombor cakap nak berkenalan.
kalau dulu, aku rajin la jugak nak melayan nombor-nombor asing ni.  tapi sekarang dah lain, dunia dah berubah, zaman dah maju. *ah, over! cakap je malas nak layan, kan?*

dulu masa pakai handphone murah beria-ia ni layan nombor-nombor asing.  tapi sekarang dah pakai handphone mahal sikit dah jadi kedekut la pulaknya nak melayan nombor-nombor asing.  ini la yang orang cakap, biar papa asal bergaya. kene berjimat dalam segala benda, terutama prepaid. ye dak?

bila aku tanya sapa empunya nombor ni.  mulalah diorang keluar ayat-ayat merapu. nak berkenalan lah. tak pentinglah nak tahu. itu. ini. itu. ini. ok. cukup.

kebanyakan nya aku tanya umur berapa dulu.  alah, ingat dah tua sangat dah kau.  semuanya budak-budak lagi. area 19 tahun macam tu.  baya-baya adik aku.  hello adik-adik, akak ni dah masuk 22 dik oi.  sudah-sudahlah tu nak ngorat akak.. *erk..tetibe* haha.

yang ada sorang budak ni, aku cakap aku dah kahwin pun dia tak percaya.  ah, mungkin jugak ayat-ayat balasan aku tu tak cukup kukuh nak menunjukkan yang aku dah kahwin. yelah, mana nak sama kan, aku kan belum kahwin.  (-_-") merapu lagi.

sejak semakin berumur ni, aku suka orang yang terus terang je tau. kalau nak kenal dengan aku, bagi mesej tulis penuh-penuh.  "Salam, nama saya Ali.  orang panggil saya Aladin.  Saya kerja dekat kedai makan pak abu sebagai pelayan.  saya ni baru 20 tahun.  saya nak berkenalan boleh?" hah! dapat?

lain kali kena tulis macam tu.  lagi satu, aku tak suka sangat bercakap kat telefon ni.  sebab aku kadang-kadang ni ada masalah pendengaran sikit. lagi satu, aku tak suka cakap kat telefon nanti dah mesra-mesra, keluar ayat bunga-bunga pulak. peh! berbulu beb telinga aku.  geli tau, geli. boleh meroyan aku nanti. *ok, aku over*  kalau laki aku mestilah aku tak geli kan.  (^o^)

kalau nak kenal tak payah telefon, aku tak rajin angkat.  faham?

*bila dah baca-baca balik entri ni dah macam cakap dengan orang, meh la kenal dengan aku. meh la kenal-kenal dengan aku*  ah~ annoying sungguh !*

Monday, July 19, 2010

Monday Blues..

Monday blues...
tak de nye sempat nak berblues-blues ni..
hari ni agak sibuk sebab pa boss tak datang...

badan masih sakit-sakit..
kepala pun masih pening-pening..
penat driving agaknya semalam...

semalam naik genting..driving sampai atas..
gila ah! pening gila...sakit kepala pun tak hilang lagi ni..
memang thrill habis nak naik genting tu..
semput Ranformers aku dibuatnya...dah pakai gear rendah pun, masih semput jugak naik bukit tu..

nasib Ranformers aku ni auto..
kalau manual agaknya.... tak tau la apa jadi..
dengan lap nyer yang tajam..lap maut punya..
curam dia lagi..hush.

ramai jugak yang berhenti tepi jalan.. aku assume diorang tu rehat kejap kot dari pening-pening lalat memandu..
lagi kesian kalau tengok bas yang naik...
mak aih..dia punya kelajuan, ada la lebih kurang 10-20km sejam. 
memang lembap gila..haha

adeh, aku tak mahu lagi lah driving naik atas...
pening-pening.... T_T

Friday, July 16, 2010

Pelangi

Hari ni boleh dikatakan hari yang miserable sikit lah..
Hari ni datang lambat kat ofis..
Pagi tadi hujan, then aku stuck dalam traffic jam yang sangat panjang..



lagu-lagu kat radio pun tak best. 
Buat kerja pun berkhayal, untuk orang lain bagi kat orang lain.
gila miserable lah.

tapi kan....
Nasib baik pagi tadi nampak pelangi.  hehe



.....................................................................................................
*cerita semalam, lupa nak publish..

Wednesday, July 14, 2010

Kapal Terbang dan Kepulan Awan

Pernah naik kapal terbang tak? Best kan? Ke korang rasa tak best?

Ah, tak kesahlah. Yang pasti aku memang suka naik kapal terbang.
Aku punya tahap suka naik kapal terbang tu sampaikan kalau aku pergi KLIA je pun, aku punya eksited macam nak gila. Haha. Ok, aku tipu.

Aku memang suka naik kapal terbang. Tak kira la perjalanan jauh ke dekat ke. Memang aku suka. Antara sebab aku suka naik kapal terbang bukanlah disebabkan oleh pramugara-pramugari kapal terbang tu. Sikit pun aku tak terliur. Ah, kalau lelaki mungkin la akan terliur-liur tengok pramugari-pramugari yang menggiurkan. Kan? Hehe.

Kalau aku, yang menariknya bila naik kapal terbang ni ialah pilot-pilot dia yang segak bergaya. eh.eh.bukan.bukan. Maksud aku, yang bestnya naik kapal terbang ni sebab aku berada di atas awan. Sangat-sangat mendamaikan.

Terasa macam terawang-awang tau masa tengok awan-awan kat bawah, macam lautan dah rasanya. Yang paling menarik bila berada kat atas awan ni, bila cuaca sangat baik. Bila cahaya matahari memancar di sebalik awan-awan, Subhanallah! Sangat cantik !

Baru beberapa bulan lepas aku naik kapal terbang, masa pergi umrah. Sekarang ni aku rasa rindu sangat nak naik kapal terbang lagi. Aku rindu nak berada di atas awan. Disebabkan kerinduan yang tak tertanggung tu, aku sekarang dah jadi seorang yang pelik. Hehe.

Bukan pelik apa pun. Cuma aku sekarang suka amik gambar awan. Kadang-kadang, ada sampai satu masa tu, aku sanggup berhentikan kereta tepi jalan, sebab nak amik gambar awan punya pasal.

Banyak gambar yang aku ambil, banyak jugak gambar yang aku buang. Sebabkan, aku selalunya gagal untuk memasukkan sekali ‘soul’ dalam gambar tu. Kesiankan aku? T_T

Disebabkan aku nak buang gambar-gambar dalam handphone aku sebahagiannya, aku letak la gambar-gambar tu semua dalam blog aku. Ok?


dua-dua gambar kat atas ni, credit to Fazian










.....................................................................................................

Thursday, July 8, 2010

Aizdean..orang Malaysia yang top di Jepun..

Sejak dua menjak ni aku kan rajin layan KPop..kadang-kadang aku layan JPop..
kebetulan, hari tu aku ada terbaca surat khabar..
(aku adalah orang yang paling malas baca surat khabar..harap maklum)
memang kebetulan betul 'terbaca' pasal Aizdean ni..

aku baca kat surat khabar METRO..
zaman bila tarikh surat khabar tu..tak ingat langsung aku..
dan-dan, tiba-tiba malam ni aku teringat pulak artis sorang ni..

search punya search punya search..
akhirnya jumpa jugak aku nama dia..aku lupa betul nama dia..tu yang sibuk carik-carik balik kat internet ni..
masa aku baca surat khabar tu, aku memang agak salute gak ah dengan dia ni..
pergi Jepun sebab further study.. tapi dah kata rezeki dia kat sana kan..
dapat pulak jadi penyanyi kat sana..best..best..

masa aku search pasal dia ni kat internet.. ada jugak satu dua blog yang cerita pasal dia ni..
tapi ada jugak yang kutuk-kutuk dia..ah! diorang jeles agaknya..
bagi aku, Aizdean ni not so bad lah..
walaupun tak berapa nak handsome..tapi suara ok.. ok what? kan?
lagu dia best-best jugak.. masih boleh layan lagi lah bak kata orang..
aku paling suka lagu ONE dengan lagu I NEED YOU BABY... layan beb !

aku ada gak tengok dia punya interview..
ah! tetiba pulak aku rasa tak best..bukan sebab dia cakap ngarut-ngarut ke apa..
tapi sebab interview dia dalam bahasa Jepun...
dan-dan tu jugaklah aku macam sedikit bengang sebabnya video tu tak de subtitle..haha
bengkek aku, you know..=P

jom kita layan sikit-sikit lagu si Aizdean ni..







...................................................................................................

Super Junior !

Ok ! lama kan aku tak update? hehe aku hari-hari bukak blog ni..tapi tak pernah tergerak nak update..
sebab kan, aku sekarang ni duk sibuk baca blog orang je..

semalam aku dah taip panjang-panjang ni..
lepas tu terus aku delete.. sebab takut sensitif pulak nak sebut kat blog..
lagi pun, sekarang ni aku sibuk layan video-video Super Junior kat youtube..
tak rajin aku nak buat apa-apa bagai masa tengok video-video diorang ni..hehe

ah ! tak lupa jugak, aku pun sibuk melayan WGM Yongseo couple sekarang ni..tinggal tunggu episode terbaru je.. haha
mereka sangat sweet ok!

nasib baik tempat kerja aku block youtube..
kalau tak..tak jadi kerja la aku gamaknya..kan?
erm..tak mo bebel lagi..
moh..moh.. kita layan Super Junior..




~ aku admire Eunhyuk and Leetuek ~
.......................................................................................

Friday, July 2, 2010

Layan Tag Sekejap..

(1) 3 Names in Your Inbox Cellphone and The Text

1.  ~  23288 - [Free Msg] E1201 : Sorry! Your account balance is not sufficient to do this transaction (mesej berita untuk artis JPop + KPop = RM0.30 satu mesej..nampak nau aku tak de kredit skang ni..haha)

2. ~ 26787 -  NST 01/07: Tun Omar Ong who helped play a privotal role in Malaysia's independence and formation died today aged 92. He will be laid to rest at 4.30pm. (mesej berita daripada NST = RM5.00 sebulan)

3. ~ Kak Noor Azian - bole (mesej ini mengenai whipping cream)

(2) Your Main Ringtone
1. ~  C.N. Blue - Love (untuk voice call)
2. ~  Super Junior - Boom Boom (untuk video call)

(3) What U Did At 12 Last Night?
Snoring...hahaha

(4) Who Was The Last Person You Went Out With? Where?
Keluar dengan Hisyam, pergi ambil cermin mata + beli contact lens.

(5) The Color 0f The 'Baju Kurung' You’re Wearing? Now?
Purple...

(6) The Last Thing U Did?
Fotostat surat....

(7) 3 of Your Everyday Favorite Items
1. ~  Handphone (mesti bawak wooo....kalau kat rumah tak de lah kan)
2. ~  Earphone (senang...incase boring-boring, boleh dengar lagu)
3. ~  Cermin mata (sekarang rajin pakai contact lens..jadi cermin mata kena selalu ada)

(8) The Color of Your Bedroom?
Tak de bilik lah...

(9) How Much Money in Your Wallet Now?
RM56.00...sahaja

(10) How’s Life?
Seperti hari-hari sebelumnya.  Biasa-biasa sahaja.

(11) Your Favorite Song?
lagu favorite dalam 2,3 minggu kebelakangan ni...
1. ~  Love Ya! - SS501
2. ~  Bonamana - Super Junior
3. ~  Waka Waka - Shakira

(12) What Will You Do Next Weekend?
Makan Ikan Bakar....hooooo yeahhh!!

(13) When Was The Last Time You Saw Your Mom?
Pagi tadi..sebelum pergi kerja...

(14) Where Is She Now?
Di rumah...tengah buat kek agaknya..

(15) When Was The Last Time You Talked To Your Parent?
Dengan mak - pagi tadi.... dengan ayah - cakap kat facebook je 2,3 hari lepas..hehe

(16) Who Is The Last Person That Texted You?
Kak Noor Azian...

(17) Where Did You Have Dinner Last Night?
Di rumah...berbuka sekali dengan family....hehe

(18) The Last Surprise You Got?
Leader dah tak sign kontrak dengan DSP Entertainment?? What?? (gila kecoh..hahaha)

(19) Last Thing You Borrowed From Your Friend/Family
Malam tadi..pinjam duit Hisyam RM 18.00 bayar baki duit contact lens...

(20) Who is Your Bf/Gf Or Husband/Wife?
Belum ada lagi... T_T

(21) What Do You Feel Now?
Lapar gila !

(22) Wanna Share With Who?
Kawan sekerja ar..lapar ni..nak ajak pergi makan..

(23) Who Knows Your Secret?
Kalau yang betul-betul secret...tak da la orang yang tahu...
kalau secret yang gitu-gitu je... kawan-kawan baik je tahu...

(24) They Keep Your Secret?
Of course ! if not... what can I say? T_T

(25) Are You Angry With Someone?
Currently...... nope ! No one...


(26) What do you order at McD?
Ayam goreng Spicy...

(27) The Last Time You Felt So Sad?
Last two night.... layan Mohabbatein beb ! hahaha

(28) You are Crazy With....Colour?
Purple...Green..

(29) Selepas Ini Tag Kepada Siapa?
Siapa-siapa sahaja yang rasa nak layan tag...

.................................................................
Related Posts with Thumbnails