Thursday, May 27, 2010

Jawatan Kosong @ UTeM

UTEM BLOGGERS UNITED ( YUBIYU )
klik gambar untuk lihat iklan Permohonan Jawatan @ UTeM
 
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mempelawa seluruh warga Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk mengisi kekosongan jawatan Bukan Akademik (Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Sokongan) di Universiti ini seperti yang telah diiklankan di akhbar-akhbar tempatan dan laman web Universiti bermula 24 Mei 2010.
 
Note :
Bagi permohonan jawatan akademik - terbuka sepanjang tahun
Bagi permohonan jawatan bukan akademik - sehingga 20 Jun 2010
 
..............................................................

Tuesday, May 25, 2010

Lelaki kacak bila dah tua tak kacak !

Entri ini tercetus akibat daripada pertanyaan adik aku kelmarin. Masa tu baru balik berjogging dekat stadium. Oh ya ! sebelum tu, aku nak bagitahu yang sekarang ni aku sedang giat bersenam membakar-bakar segala-gala lemak-lemak yang ada.

Ceh! Cakap gebang je aku ni. Harap-harap azam nak hidup secara sihat ni bertahan lama sikit. Aku ni cepat je jemu kalau buat satu-satu benda. Sebab tu la badan aku semakin berlemak-lemak.

Berat tidak naik dan tidak turun sejak beberapa bulan yang lalu..tapi baju kurung makin tak selesa nak dipakai, seluar track yang guna untuk pergi jogging semua kena beli baru, pakai tshirt pun dah rasa macam pakai inner baju adik. Ah! Serabut sungguh!

Okeh. Cukup intro.

...................................................

Lelaki muka kacak badan biasa-biasa atau lelaki muka tak kacak tapi badan sehat (fit)? Yang mana akak lagi prefer?

Aku ambil masa juga nak jawab soalan ni. Haha. Kalau aku, aku prefer lelaki muka tak kacak tapi badan fit. Biarlah muka dia tak kacak sekalipun, asalkan dia mempunyai badan ibarat seorang atlet...wahhh! demand pulak. Haha

Kalau badan dia cantik macam
Fahrin Ahmad ke,

Remy Ishak ke..

aku tak heran sangat. Malah, kalau badan dia ada six pax sekalipun..

aku tak berapa heran. Aku suka badan yang biasa-biasa sahaja tapi nampak fit.. macam ni..



Oh ya ! mereka berdua ni bermuka kacak dan berbadan cantik.. maaflah, sudah penat mencari tapi tak jumpa gambar lelaki tak kacak berbadan cantik.. mereka-mereka di atas ni kira bonus lah! muka kacak, badan pun kacak. ngee..

tapi kan..sebenarnya..jawapan aku pada adik aku hari tu lebih kurang macam ni. 
kalau muka handsome macam mana pun, nanti dah tua pun tak berapa handsome lagi dah..tapi kalau badan dia fit, nanti dah tua pun dia masih boleh kekalkan lagi badan fit dia tu..hehe

setuju tak? setuju tak?

Saturday, May 22, 2010

Bila Orang Tua dah Terpengaruh dengan Transformers...


Sebenarnya dah lama nak upload gambar ni..  Aku asyik duk fikir malasnya nak pakai kabel handphone nak transfer gambar.. terlupakan boleh je guna bluetooth.. (lembap sungguh..)

ni aku upload gambar.. gambar ni diambil masa aku bawak mak pergi bagi zakat orang..
aku macam biasa duduk je dalam kereta..malas nak turun..
tengah-tengah lepak tu...terperasan ada robok almari yang dah pecah kat tepi rumah kampung tu..

sekali pandang je terus aku cakap..
"eh..almari tu macam tengah tidur lah..!"
nasib baik aku sorang dalam kereta phewww~
kalau orang dengar mesti diorang fikir yang bukan-bukan..kan? hehe

tak puas hati dengan gambar jarak jauh ni..
aku gerak kereta depan sikit..kasi close up itu almari..


Serius aku kata macam almari yang tengah tidur sambil mulut ternganga ambil udara..haha

.....

Friday, May 21, 2010

My Lovely Kim Sam Soon

Kali ni review cerita korea lagi..
Cerita ni ramai cakap best.. banyak dapat anugerah pulak lagi tu..
Tak percaya? Tengok kat sini --> MY LOVELY KIM SAM SOON


Jadi, secara tak langsung..aku pun tengoklah jugak..

Bila dah tengok...berapa bintang aku nak bagi untuk cerita ni ek? Tiga? Dua? Ah tak kesahlah.. overall, bagi aku cerita ni bosan kot..

Cerita dia pasal sorang perempuan berisi yang suka kat bos dia..
Bos dia pun ada feeling kat dia ni..tapi tetiba pulak ex-girlfriend bos ni datang balik..
Lepas tu, ada pulak doktor yang sukakan ex-girfriend bos dia ni..
Pusing punya pusing punya pusing..mestilah yang perempuan berisi ni bercinta dengan bos dia. Tamat.

Kenapa aku tak suka cerita ni? Sebab watak heroin dia tu kasar. Sangat-sangat kasar. Langsung tak boleh masuk dengan jiwa aku. Aku kasar jugak orang nya, tapi bila tengok heroin cerita ni buat aku rasa meluat. Haha. Gila evil komen. No offense ok? kepada peminat-peminat cerita ni..it’s just my opinion.

Tapi yang bagusnya cerita ni..dia menunjukkan yang orang gemuk pun boleh dapat cinta sejati. Ceh ! at least dalam cerita ni heroin tu ada x-factor dia..boleh buat kek yang sedap dan cantik. Aku? *tetiba emo (-_-")

Tapi..dulu kan.. dulu la..

Aku pernah kot fikir macam heroin tu.. kalau ada jejaka datang approach dan kita senang bergaul dengan dia...dia lah harapan terakhir.. tapi aku sedar.. susah nak jumpa jejaka yang betul-betul jujur sekarang ni...kan? *emo lagi ..sob..sob

.......................................

Jarum Jahit Collection !

dah lebih seminggu aku tak update..
tak de idea? writer's block? ceh ! tak ada maknanya..
aku hari-hari bukak blog ni.. tapi mood untuk mengupdate tu tak ada.. bosan kot.

la ni..alang-alang aku nak update blog ni..
saja aku nak promote blog isteri abang sedara aku..
dia ada jual baju-baju a.k.a dress bebudak kecik.. dia jahit sendiri.. jual online..

disebabkan aku belum kahwin dan ada anak..
aku tolong promote je lah..ada diskaun beb !
jom jengok-jengok meh !

Klik sini --> JARUM JAHIT COLLECTION

Thursday, May 13, 2010

Tutorial Update Blog Guna SMS...

Sebelum ni aku ada post entri guna sms kan?

La ni, aku nak letak tutorial sikit macam mana nak update blog guna sms..
Ini rasanya entri tutorial aku yang pertama...kan?

Langkah-langkah :

1.     Klik setting --> klik Email & Mobile --> letak emel hangpa (suka hati hangpa la nak letak apa)

Emel korang adalah rahsia..jangan duk perheboh dekat orang lain..


2.     Pilih dulu nak terus publish kat blog ke, nak biar dia masuk kat draft dulu ke..suka hati --> tekan Save Settings kalau dah sudah..

3.     Hantarkan SMS --> BLOG REG [label] [emel blogger] ke 32728.
Korang boleh letak je nama apa-apa untuk ruangan [label] tu. Contoh SMS adalah macam ni :

BLOG REG belogaboi aboilah.98765@blogger.com    

4.     Bila dah berjaya...korang akan dapat satu sms yang bunyinya macam ni lebih kurang..

RM0.00 BLOG : Thank you. Your belogaboi has been registered. To update bla..bla..bla..

5.      Selesai.... selesai register je beb...

......................................................................................

Langkah-langkah nak update blog guna sms pula :

1.     Hantar SMS --> BLOG [label] [tajuk entri] # [entri blog] ke 32728.

2.     Contoh SMS :

BLOG  belogaboi  Testing Update Blog Guna SMS # Ini adalah percubaan semata-mata. Tiada kena-mengena antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Eh, salah..pasti ada kena-mengena dengan belog aboi.

*hijau = label, merah = tajuk entri, biru = entri blog

3.     Bila entri korang dah dipublishkan...korang akan dapat satu notifikasi sms daripada DAPAT [32728]

4.     Lepas tu.....selesai sudaaa.... cubalah... Good luck !

.......................................................................................

~ pertama kali buat tutorial...korang faham tak? hehe


Wednesday, May 12, 2010

10 Blogger yang Sentiasa Menjadi Perhatian Aku..

Aku sekarang sangat sibuk. Sibuk dengan exam semua bagai..

Bila dah tua-tua ni nak kena ambil exam balik...mulalah kepala meragam..
Macam-macam hal pula.

Semalam punya paper..macam confident boleh lulus..
Hari ni punya paper..macam nak menangis pun ada..lulus tipis pun jadi la..asal lulus..huhu
Esok paper kewangan pula.. ntah apa yang diorang akan soal nanti ya..*sob sob

Lupakan soal exam, sekarang ni curi-curi masa sekejap nak menaip entri baru..
Entri paling ringkas yang dapat aku fikir..

10 Blogger yang aku akan sentiasa kunjungi eventhough diorang tak buat entri sekalipun..kenapa 10 je? suka hati aku lah... ;P

1. Sembang Kencang

2. Joegrimjow

3. Ariff Shah

4. Comic Striper

5. !ARC13!

6. Pocket

7. Luffy

8. Nurulism

9. SS501 ~ Saranghaeyo

10. ALLKPOP.COM

Oh ya ! aku mana sempat nak review satu-satu blog diorang ni. Jadi korang view lah sendiri. Memang best. Lagipun aku malas nak puji lebih-lebih..nanti kalau diorang terbaca, tak ke aku yang segan nanti..haha
Cukup cukup!

Actually, aku nak taip 8 blog je..tapi macam tak seronok kalau nombor genap.. (eh..10 pun genap juga kan..? nasiblah...) jadi aku cukupkan lah 10. Yang nombor 9 & 10 tu selingan je. Korea punya cerita..hehe

Lagi satu, Blog Realiti Konspirasi pernah termasuk dalam senarai..tapi sebab dia tak update-update, terkeluar carta lah gamaknya..hehe

Ok? Adios !

Saturday, May 8, 2010

Update Blog guna SMS?

aku sedang cuba memajukan diri dengan belajar cara-cara mengupdate blog guna sms..

Bukan apa, nak buat live blogging pun dah lupa..skang ni nak cuba try pakai sms pula..

Kalau korang dapat bace entri ni..maknenye aku dah berjaya la..hehe

Friday, May 7, 2010

Tak Sanggup..

Macam tak sanggup pula nak biarkan blog ni sunyi sepi tanpa berita.
tapi aku benar-benar sibuk sekarang ni. heh.tipu ;P

aku sebenarnya dah dua hari ni duk sibuk cuba mengupdate blog guna sms.
tapi tak jadi-jadi.  kredit jalan macam formula one bila aku duk sibuk hantar-hantar post guna sms...tapi blog..langsung tak de update.  siput sedut betul !

Thursday, May 6, 2010

Hong Gil Dong !

Ah ! kali ni entri pasal cerita korea lagi. Maaflah ya ! hehe

2 hari lepas baru je habiskan tengok cerita Hong Gil Dong. Dvd ni ayah aku yang bagi. Jangan jeles. Haha

Ayah aku ada bagi 2 dvd, satu Hong Gil Dong dan satu lagi cerita New Heart. Cerita New Heart tu tunggu-tunggu dululah. Ada 2-3 lagi cerita yang aku dah beli tapi belum tengok. Tak menyempat hokay !

Sekarang ni, aku nak cerita pasal Hong Gil Dong.
Cerita ni rasanya berdasarkan novel Tale of Hong Gil Dong.


Macam biasalah, aku mesti nak cakap cerita ni best. Lagi best dari cerita-cerita yang aku tengok sebelum ni. Rasanya, setiap kali aku tengok cerita baru, setiap kali tu lah aku kata cerita baru lagi best. Kan?

Cerita ni lain sikit dari kebanyakan cerita yang aku dah tengok. Yang aku perasan dan selalu tengok adalah cerita-cerita yang bertunjangkan kisah cintan-cintun semata-mata. Tapi dalam cerita ni, lain sikit. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab kan... aku rasa cerita cintan-cintun dia tak berapa menyerlah sangat.. cerita perjuangan dia untuk menolong orang-orang miskin dan sebagainya adalah lebih menyerlah.

Cerita dia tersangat lah best dan kena dengan jiwa aku. Dari awal cerita sampai habis cerita, duk fighting saja. Cara diorang mempersembahkan martial arts tu, sangat mengkagumkan diri aku ni ha. Best..best..

Lagi best yang membuatkan aku stuck dengan cerita ni adalah disebabkan oleh Jang Guen Suk lah. Haha dia jadi Chang Hwi dalam cerita ni. Putera raja yang duk sibuk nak rampas takhta balik. Watak dia dalam cerita ni macam pathetic sikit.


Yang buat aku suka tengok dia dalam cerita ni ialah part dia menangis. Setiap kali tengok dia menangis, terdetik pulak dalam hati ni...senangnya dia ni buat-buat menangis (berlakon)..huhu

Hero cerita ni pulak, nama dia Hong Gil Dong..dilakonkan oleh Kang Ji Hwan.


Heroin dia, Heo Yi Nok..dilakonkan oleh Sung Yu Ri...


Heroin kedua yang tak banyak memberi impak bagi aku, nama dia Seo Eun Hye..dilakonkan oleh Kim Ri Na


Walaupun hero dan heroin dia dah tak berapa nak muda lagi..tapi aku sangat suka ! Sung Yu Ri sangat cantik dan Kang Ji Hwan pula sangat macho ! Jang Guen Suk? All time favourite aku! Hehe

Ah ! lagi satu...aku siap bila dah habis tengok cerita ni, aku sanggup bukak balik episode 1 untuk pastikan yang diorang ni mati ke tidak sebenarnya..haha

Sangat seronok cerita ni ! berbaloi-baloi untuk ditonton... (^^,)

Wednesday, May 5, 2010

Matahari Terbit di Barat..?

Klik gambar untuk tumbesaran


dulu... aku pernah bermimpi matahari terbit di barat..
perasaannya..jangan cakaplah..
sangat menakutkan..
aku bersyukur, yang ianya cuma mimpi..
tapi sekarang?

Habang hayang hadik, hau !


Sengau.

Pernah dengar? Pernah jumpa? Pernah ada relationship dengan diorang?

Well, aku pernah ada seorang abang angkat yang sengau. Setiap kali aku teringatkan dia, aku mesti rasa sedih. Aku macam tak boleh nak marah dekat dia walaupun dia tu adakalanya sangat annoying pada masa ketika aku masih berkawan dengan dia.

Kami kenal masa dalam awal tahun 2006. Aku tak ingat tarikh dia, tapi mungkin abang Amy masih ingat. Ok. Nama dia Suhaimi bin ... (terpaksa dirahsiakan, kot..kot la dia tak buta it..aku mesti malu kalau dia tetiba pula terbaca entri ni).

Masa tu aku sedang bekerja di Syarikat Business Point Sdn. Bhd.. Syarikat ini adalah syarikat jualan langsung yang menjual buku-buku agama, buku kanak-kanak dan sebagainya. Satu hari tu, aku kena ikut abang Hisham a.k.a manager aku jual buku-buku tu semua dekat Bandar Tampin.

Dah penat round-round, bodek sikit-sikit orang suruh beli buku, baju pun dah nak hampir lencun. Aku rehat jap kat tepi tembok. Lepas tu, nampak dua tiga orang mamat lalu lalang kat kaki lima. Aku pergi approach dia suruh beli buku kalau berminat.

Antara dua tiga orang tu..ada la sorang yang handsome + putih + suka senyum.. tapi dia senyap je..kawan dia yang duk sibuk cakap-cakap. Last-last dia yang beli buku dari aku, kawan dia yang banyak mulut tu tak beli pun. huh

Lepas tu, kawan dia minta nombor telefon untuk konon-konon nak buat report incase cd rosak or tak boleh bukak. Manager aku memang cakap bagi nombor telefon kalau ada sebarang masalah. Tapi aku tak ada pulak nombor telefon dia, jadi aku bagi nombor telefon aku.

Aku masa tu mestilah riang sebab dah jual satu lagi buku. (dapat jual satu buku tu pun dah kira rahmat dah tau masa tu..hehe). tengah-tengah sibuk approach orang lain, aku dapat mesej. Nak berkenalan, dari abang Amy tu. Dia suruh tengok atas, aku tengok la atas (tingkat atas sekali bangunan kedai tu).

Dia lambai + senyum kat aku. Kawan dia lagi happy semacam. Aku? Aku suka jugak..sebab dia handsome. Lepas tu, aku berbalas-balas la jugak mesej dengan dia. Sebagai kawan je ! jangan fikir lain pulak...lalalala

Dah tu, dia pun terus terang dengan aku yang dia ni sebenarnya sengau.

Reaksi aku? Aku tak kisah. Betuuuul..

Dah tu, dia ni pula makin confident agaknya sebab aku still layan dia walaupun dia dah ngaku yang dia ni sengau. Aku bukan kisah pun. Nak kawan, dengan sapa-sapa pun boleh.. tak gitu? Tapi..tiba-tiba dia nak aku jadi awek dia. Masa tu, aku tak tahu nak cakap apa lah kan.

Macam-macam aku fikir masa tu. Tapi, disebabkan masa zaman aku muda-muda dulu tu masih lagi dalam zaman adik beradik yang terangkat-terangkat ni. Aku decide untuk terima dia sebagai abang angkat sahaja. Tak lebih dari tu. tak mahu jadi girlfriend dia.

Kitorang kawan lama jugak lah. Bertahun-tahun jugak. Tapi lama-lama, aku rasa dia macam dah ‘senget’ agaknya duk panggil aku sayang..sayang.. seriau tau ! dan dan tu jugak lah, aku ambil initiatif untuk tidak lagi melayan dia.

Bila dia mesej tu, kadang-kadang je aku jawab. Kalau call? Lagi la aku tak angkat. Bukan tak nak cakap dengan dia ke apa..tapi takut nanti aku suruh dia ulang banyak kali (macam kebiasaannya) sebab tak faham. Huhu..

Makin lama, makin hambar la hubungan kitorang. Walaupun dia bekerja sebagai pengawal keselamatan, aku tak pernah pandang rendah pada dia. Sebab dia baik, cuma mungkin kekurangan kasih sayang kot. Haha

Dah tu, lama-lama terus je senyap. Tapi aku tak lupa tiap-tiap tahun untuk wish birthday dia. Dia pun sama, tak pernah lupa wish bezday aku tiap-tiap tahun.

Tapi....

Tahun ni aku terlupa untuk mesej dia di hari kelahiran dia yang ke-29 tahun. Betul-betul terlupa. Hari ni baru aku teringat, tapi dah 3 hari lewat. Lama juga aku fikir...nak mesej ke tak nak, nak mesej ke tak nak.. last-last aku decide untuk diamkan saja. Biarlah jadi sejarah je antara aku dan dia. Ececece..ayat...haha

Jadi sekarang ni, aku tak suka kalau ada orang mempersendakan orang yang sengau. Bukan dia suka-suka nak jadi sengau. Dia tak boleh ubah semua tu. Aku masih ingat lagi macam mana sukanya abang Amy bila dia dah dapat kad OKU. Masa dia bagitahu tu..aku rasa macam nak menangis..kesiannya dia..

Tak dinafikan, memang kelakar kalau diorang ajuk-ajukkan orang sengau dalam televisyen. Tak kiralah sama ada melawak ke ape ke. Aku suka juga, cuma aku mesti akan rasa sedih. Tak tahu kenapa.  Huhu...

Tuesday, May 4, 2010

Seronok ke Jadi Budak-Budak?

Sejak aku memasuki alam pekerjaan ni. Ada masa, aku seronok. Ada masa aku tak seronok. Biasa lah kan... hidup ni mesti ada best dengan tak best kan... kalau tak, tak colourful lah dunia ni kan?

Aku bukan apa, di saat aku menulis blog ni..hujan tengah turun dengan selebat-lebatnya... membuatkan aku terkenangkan saat-saat aku menjadi seorang pelajar di mana belajar di bilik prep dalam suasana sunyi dan yang hanya kedengaran adalah bunyi hujan... memang dengar bunyi hujan je, tak de dengar langsung bunyi kawan bedengkur kat sebelah...betul..hehe

Tahun ni umur aku masuk 22 tahun..dah makin tua..tinggal dalam 2 bulan lebih je aku nak merasa muda..haha (21 tahun tu muda lagi bagi aku..) di saat aku dah bersenang-lenang menjawat jawatan awam, kawan-kawan aku kebanyakannya masih struggle lagi nak dapatkan segulung ijazah.. aku? ijazah?

Masih belum hantar lagi permohonan sambung belajar for degree..kenapa? aku pun tak tahu kenapa aku boleh careless sangat sampai terlupa nak hantar salinan sijil semua bagai..sekarang, tarikh tutup permohonan dah pun tutup.. maknanya, belum rezeki lagi agaknya..

Ok. Berbalik kepada tajuk di atas.

Semua orang (I mean almost everyone) cakap yang zaman kanak-kanak yang paling seronok...tak ada tekanan..tak takut mencuba.. dan sebagainya lah..

Aku memang sangat, sangat, sangat setuju dengan kenyataan tu.

Dalam situasi aku sekarang ni.. aku merasakan macam zaman remaja aku ni tak berapa nak best.. bila di tempat kerja, nak tak nak.. aku terpaksa untuk mematangkan diri.. bila aku bergaul dengan rakan-rakan sekerja yang jauh lebih tua dan berpengalaman dari aku, aku dapat merasakan macam aku ni sangat-sangatlah kecil (walaupun badan aku lagi besar la..).

Aku terpaksa mencari rentak untuk bergaul dan bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman. Aku kena tinggalkan segala perangai-perangai budak-budak aku dulu. Aku tak boleh lagi berfikir macam budak-budak sebaya aku. (maksudnya, dari segi kebebasan, batas percakapan, kelakuan dan sebagainya).

Kadang-kadang rasa macam jeles bila tengok student-student yang datang kat office, happy dan tak perlu cover-cover masa bercakap dan bergaul sesama sendiri. Kadang-kadang macam susah nak jadi diri sendiri masa di pejabat.

Ada batasnya bila bercakap dengan orang yang lebih senior, ada batasnya bercakap dengan ketua, kelakuan sentiasa kena jaga sebagai seorang staf. Dan kadang-kadang rasa macam hipokrit pun ya juga.

Ah ! Mungkin pemikiran aku masih belum matang dan terbuka sehinggakan aku boleh tulis entri pasal ni pula kan. Haha

Kalau lah aku dapat seorang kaunselor peribadi. Kan bagus.. (^^,)

Monday, May 3, 2010

Korang ada cita-cita?

Aku ada buat ujian personaliti dalam majalah hari sabtu hari tu. Pasal cita-cita. Nak tau tak result dia apa? Agak mendukacitakan jugaklah. Huhu.

Bercita-cita tapi macam tidak bercita-cita.

Huh ! korang rasa macam mana maksud dia tu?

Bila difikir-fikir balik, macam betul jugak tau keterangan dia tu. Aku bercita-cita nak jadi pensyarah tak pun cikgu. Tapi aku tak tau nak jadi cikgu apa / pensyarah apa. Mengajar bahasa ke? Mengajar bahagian admin ke? Tak tau.

Bercita-cita nak jadi macam Mahathir Lokman. Boleh bertutur dalam banyak bahasa. Sejak duduk sibuk layan cerita korea ni. Rajin pulak nak melayan + belajar bahasa korea ni. Dan bila dapat pergi umrah hari tu, buat aku rasa nak belajar semula Bahasa Arab yang aku labelkan sebagai subjek maut masa PMR dulu. Teringin juga nak belajar Mandarin. Bila baca paper, Shila anak N.D. Lala tu dapat belajar Mandarin dalam masa sebulan je. Tiada yang mustahil kan? Macam-macam bahasa sebenarnya yang aku nak belajar. English, Jepun, Mandarin, Tamil, Korea, Arab. Tapi tak tahu mana nak mula. Dan tak tau pun nak praktik belajar dan bercakap dengan siapa. Huhu

Setiausaha ni bukanlah kerjaya pilihan aku. Tapi disebabkan aku telah ditakdirkan untuk sambung belajar dalam bidang setiausaha ni, aku tiada pilihan. Oh bukan ! Bukan tiada pilihan. Cumanya dulu aku teringin menjadi seorang ahli farmasi. Terpedaya dengan nama jurusan Diploma SAINS Kesetiausahaan dulu, menyebabkan aku menjadi seorang setiausaha sekarang ni.

Mungkin memang aku ditakdirkan untuk menjadi seorang setiausaha? Pasti ada hikmahnya kan? Bila sudah ditawarkan jawatan sebagai setiausaha ni, ada masa-masanya, aku berangan juga menjadi setiausaha yang berjaya. Setiausaha yang disegani dan menjadi setiausaha yang betul-betul setiausaha. Setiausaha yang betul-betul berurusan dengan orang luar, setiausaha yang betul-betul menjadi orang penting di dalam sesebuah organisasi. Haha.

Tapi aku dapat rasakan yang bidang yang serius-serius ni macam tak kena dalam jiwa. Heh. But, who knows? Right?

Ah, lagi satu. Macam nak jadi novelis. Tapi angan-angan tu datang sekali lalu je bila fikir yang ayat aku tulis kat blog ni pun berterabur, inikan pula nak tulis novel. Haha.

Aku pernah juga terfikir untuk kerja dalam bidang perhotelan.  sebab aku memang suka je duduk hotel ni.  kalau dapat peluang belajar mengurus hotel, pasti hati berbunga-bunga dah.. haha.  tapi aku terpaksa juga terima kenyataan yang aku ni sekarang sudah bekerja di jabatan awam.  kerja tetap pula tu.  terasa sayang pula kan nak lepas jawatan di jabatan awam ni.  untuk menyedapkan hati, aku selalu fikir..hotel tak bagus, sebab ada club, ada jual minuman keras, dah tu orang selalu buat projek kat hotel.. tak bagus kan? tak bagus kan? tak bagus kan? (-.-') huuuuu 

Anyway, so far, aku masih belum jumpa lagi kerjaya dalam bidang apa yang akan buatkan aku gembira. Wish me luck in finding my path! hehe

.....Merajuk ke?

Tiba-tiba rasa lemas pakai ‘contact lens’..

Rindunya dekat cermin mata lama.. sejak dah buat cermin mata baru tahun lepas.. cermin mata lama pun entah ke mana atau entah di mana aku letak. Aku suka sangat-sangat cermin mata lama. Terasa elegan + muda remaja bila pakai cermin mata tu. haha


Bagi aku, cermin mata baru tu nampak macam matured = tua. Mungkin sebab warna putih? Entahlah ye. Kadang-kadang aku terfikir jugak. Yang setakat ni aku sedar, memang aku kalau dah dapat yang baru..yang lama memang aku tinggalkan..huhu


Tapi ada masanya, aku bila dapat yang baru..aku tak akan pakai kalau sebab aku suka yang lama.. tengok benda jugaklah. Tapi kini, bukan cermin mata saja yang merajuk dengan cara menghilangkan diri. Handphone aku pun merajuk sekarang ni. Dan aku sangat-sangat sedih. Huhu

Aku baru sambar Nokia N86 hari tu masa pergi umrah.

Jadi, sekarang ni aku dah ada 3 handphone. Sekarang ni, handphone baru jadi handphone utama. Handphone kedua aku adalah Nokia X3 yang boleh kata baru juga aku beli. Handphone ketiga aku, kosong. Tak ada simcard tapi aku tak nak jual. Bukan apa, sebab handphone tu ada sentimental value.

Handphone ketiga a.k.a Nokia 5030, aku beli gunakan duit gaji pertama aku masa praktikal campur sikit-sikit duit ptptn. Hehe. Sekarang handphone ni masih boleh digunakan, tapi lampu dah tak nak nyala dah. Kalau ‘on’ je handphone tu, boleh guna tapi tak nampak sebab lampu dah tak nyala. Dah tu kadang-kadang dia buat onar dengan memblinking-blinkingkan lampu dia sampai aku hilang sabar. Tapi.. Kesian handphone aku tu kan? Huhu.

Bila fikir-fikir balik, banyak benda juga yang aku bila dapat yang baru aku tinggalkan yang lama.


Macam-macam.
Related Posts with Thumbnails