Wednesday, March 31, 2010

Kelahiran di bulan Mac..

Ok. Sekarang ni curi-curi update blog sambil klik sikit-sikit google map untuk cari mileage nak siapkan claim boss.

Bukan apa, hari ni kan hari last bulan Mac. - tetibe..hehe

Bulan ni ada 3 orang colleagues aku sambut hari lahir masing-masing..semua nak kongsi bulan..ceh !
Acara menyambut birthday ni adalah secara kecil-kecilan je..nak tunggu besar-besaran campur hadiah semua bagai lambat nau..

Malas mahu cerita banyak.. kita layan gambar aje le..


Puan Noor Azian
- PA boss besar pejabat -
- Tarikh lahir : 02 Mac ..... -



Puan Nur Ain Zakirah
- Penolong Akauntan pejabat -
- Tarikh lahir : 11 Mac ..... -



Encik Mazlan
- PT P/O pejabat -
- Tarikh lahir : 25 Mac ..... -

apa-apa pun, aku doakan agar semuanya panjang umur dan dimurahkan rezeki.  semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

ok. sambung kerja.

Tuesday, March 30, 2010

Drama Korea...bagus sangat ke?

Sejak dua menjak ni aku duk asyik melayan cerita korea..
Baru je nak berjinak-jinak sebenarnya..tapi sekarang macam ketagih pula..
Sejak tengok citer korea ni, hari-hari aku tidur lewat..

bila bangun pagi nak pergi kerja mula lah rasa bengong-bengong kepala..
sampai satu tahap rasa macam tidur kat lantai opis tanpa bantal lagi seronok dari taip surat-surat..

cerita pertama yang aku layan, “Princess Hour”..
lepas tu, aku layan “Yuu Hee, The Witch”..
lepas tu aku layan “My Girl”..
yang baru je lepas aku layan ni, cerita “You’re Beautiful”..
lepas ni ingat nak rehat kejap. Boleh ke? Haha. Tak tau. Tak tau.

Ah ! kalau ikutkan sebenarnya cerita drama korea ni lebih kurang je cerita dia. Mesti ada sahaja cinta tidak berbalas. Kan? Hehe.
Kalau dah tengok cerita korea ni. Mestilah ada watak-watak dalam cerita ni yang menjadi feveret penonton kan. Tak terkecuali juga dengan aku.

Kalau dalam “Princess Hour” of course lah aku suka hero dia. Ngeh3. Walaupun dia nampak macam hati batu, bengis dan macam-macam lagi, tapi dia sangat COOL ! haha. Walaupun muka dia tak berapa nak handsome tapi dia tetap comel. Haha

Kalau dalam “Yuu Hee, The Witch” pulak. Aku mestilah suka hero dia jugak. Bukan ke memang dah termaktub hero tu dijadikan untuk disukai penonton. Hehe. Rasanya, dalam banyak-banyak hero cerita korea. Hero ni lah yang aku rasa macam ada ciri-ciri lelaki tulen atau yang betul-betul nampak macam lelaki sebenar. Haha. Lelaki sangat ke? Aku tak tau.

Kalau dalam “My Girl”, aku mestilah suka hero dia jugak. Tapi dalam cerita ni, lain sikit. Aku suka giler-giler dengan hero no.2 tu. Sangat berkarisma ok ! konflik-konflik dalam cerita tu telah membuatkan aku sangat-sangat adore dengan dia. Di saat dia kecewa tu, peh ! memang rasa macam nak masuk dalam drama tu gantikan heroin pergi pujuk dia. Haha. Best juga berangan-berangan macam tu.

Kalau dalam “You’re Beautiful” pula, hero dia lah yang pastinya. Haha. Mata dia sangat cantik. I Like ! hero tu boleh kira macam dalam hati ada taman la.. haha. Tersengih-sengih pula sorang-sorang bila teringatkan hero dia ni. Dah la aku share birthday dengan hero ni. Erk, aku bukan stalker ek. lalalalala. Bila tahu hero ni sama birthday dengan aku and lepas tu tua setahun je dari aku, entah kenapa aku sesak nafas secara tiba-tiba. Terlalu gembira mungkin. Haha, gedik.

Ok. Cukup-cukup.

Monday, March 29, 2010

Aku dah Gila Bayang !

Sejak dua menjak ni aku dah jadi addicted dengan drama-drama korea ni. Banyak jugak aku tengok drama-drama korea yang panjang berjela-jela cerita dia. Sangat melalaikan dan sikit lagi aku nak kena hentak dengan mak guna bantal gara-gara tak mahu basuh pinggan dengan segera bila sedang tengok drama-drama korea ni.

Ah, disebabkan drama-drama korea ni jugaklah menyebabkan blog aku ni sunyi sepi sementara tanpa kabar berita. Aku pun lebih rela tengok korea dah sekarang dari main farmville kat facebook. Ntah apa cerita ntah tanaman-tanaman aku kat muka buku tu.

Ok, berbalik kepada tajuk cerita.

Aku sekarang dah gila bayang dengan Jang Kuen Suk (Hero You’re Beautiful – Hwang Tae Kyung).. adeh ! meleley aku tengok muka dia..haha. Ok, ok..aku bukan saja terkesima dengan muka dia yang handsome lagi jambu, tetapi watak-watak lakonan dia..peh ! terkesan di jiwa..haha

ni lah dia...handsome kan?

Punya lah aku addicted dengan dia. Siap sign up as member fanclub dia lagi. Bukan tu saja, saja nak kerek dengan korang..bezday dia sama dengan bezday aku..haha




antara page utama website dia


Tak faham bahasa korea? Hello ! dunia dah maju lah..copy paste dekat google translate aja sudah..haha. walaupun bila translate tu ayat dia terabur macam hape, tapi demi Kuen Suk.. I sanggup. Haha. Ok, aku dalam mood gedik.

nampak tak pakcik google punya function?

Cumanya aku tak faham bila dia keluar macam kat bawah ni.  apa aku nak translate kan? ceh !


Lagi satu, walaupun jalan cerita filem Do Re Mi Fa So La Ti Do tu sangatlah ntah hape-hape..berganding pulak dengan heroin yang tak berapa cun, tapi dia tetap menten comel...






ni dia dalam cerita Do Re Mi Fa So La Ti Do..sangat jambu kan?


Kalau dalam filem Baby & Me tu pulak, aduii...lagi la tak tahan.. dah 2 kali aku tengok cerita tu.. sebab tengok dia dengan baby tu..sama-sama comel.. adeh !



comel kan diorang ni...(^^,)


Aku ingat nak tengok lagi sekali cerita You’re Beautiful (watak Kuen Suk dalam cerita tu sangatlah menarik perhatian aku)..


tapi terpaksa tangguh dulu sebab sekarang tengah layan drama Boys Before Flowers kat mysoju.com.



Pesanan aku kat kawan-kawan, kalau belum layan cerita korea..janganlah mulakan ! tengok drama Na O Mei tu lagi bagus..support melayu la beb !

~ ah ! tiba-tiba rasa entri ni macam entri remaja-remaja perempuan zaman sekarang..ahaks!

Thursday, March 25, 2010

Aku nak bunuh diri !

Ok ! sekarang aku sangat bengang dan aku rasa macam nak bunuh diri. 

Wednesday, March 24, 2010

Bercumbu best? Bercium, Mencium dan dicium? ah ! Budak-budak Zaman Sekarang Lebih Tahu dari Oldies..

Fadhilat Bercium


Ahli perubatan mendapati bahawa berciuman baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan? Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

*Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. Ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

*Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

*Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

Lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahawa dengan berciuman berghairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang berghairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.

Selamat bercium-ciuman...hehehehe..kasi forward ramai2..biar pasangan anda/kawan2 kita hubungan suami isteri jadi mesra gitu & x cari org lain. I dapat ni from my hb, kalau bohong artikel ni, bohang la i....ada sesiapa yang tau betul ke tak fakta ni? Let's share with us, please.... (Ok ! ni pesanan orang lain..pesanan aku dekat bawah)

p/s : kahwin dulu baru cium-cium ni.  jangan nak mengada-ngada bercumbu sebelum kahwin.  nak kena terajang?

Monday, March 22, 2010

Kawan Lama dengan Kawan Baru..Siapa yang kita kena 'Back-up'?

Mula-mula aku dah taip ‘aku sekarang dalam dilema’..lepas tu aku padam.

Kemudian aku taip ‘aku sekarang ni ada masalah la’..aku padam lagi..


Last-last aku decide nak terus tanya je dekat kamu orang semua.. apa yang akan kamu orang buat bila berada dalam situasi macam kat bawah ni..


Kamu ada kawan. Dulu dia kawan baik kamu. Tapi lepas beberapa insiden, kamu tidak lagi menganggap dia kawan baik kamu. Mungkin masih dianggap sebagai kawan, mungkin juga tidak. Tak tahu. Selepas berapa lama kamu tidak mendengar apa-apa berita mengenai dia, tiba-tiba kamu terjumpa dia balik. Bukan secara ‘live’ tetapi jumpa di alam maya.


Kebetulan, dia juga seorang blogger. Dan secara tak langsung kamu juga tahu siapa pakwe dia melalui blog dia. Masalahnya sekarang, kamu dapati yang pakwe dia tu seorang yang sangat ‘annoying’. Juga timbul sedikit isu yang langsung tak enak dibaca mengenai perselisihan faham antara pakwenya dengan beberapa blogger lain.


Beberapa orang blogger lain itu sudah aku anggap sebagai kawan. (semua blogger adalah kawan aku..ok!) Sekarang, kamu tidak pasti sama ada kawan kamu tu tahu atau tidak tentang perselisihan faham pakwenya tu.


Seterusnya, kamu rasa patutkah kamu memberitahu kepada kawan kamu itu bahawa pakwe dia sangat tidak best dan tidak gentleman dan nasihatkan dia supaya mengingatkan sikit pakwe dia tu. Well, Rude is the bestest word to say to describe pakwe dia (kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku tak suka baca kenyataan balas dia. Macam sangat berlagak. Meluat aku).


Atau.. kamu ignore je dia orang tu, kamu bukan suka pun dengan dia orang.


Kalau kamu orang? Kamu orang buat apa?




*layout ni ok ke..layout lama yang ok?*

Friday, March 19, 2010

Pengikut no. 50

Hari tu dalam entri ni aku ada cakap nak tunggu followers yang ke-50..
Kak Ieda adalah follower aku yang ke-50..
So, jom lah jengah-jengah blog dia.. -Kisah Hidup Seorang Wanita, Isteri & Ibu-

Memang aku lahir kat kandang kerbau..ko pehal ???

Entah kenapa, aku macam fobia nak mengaku tempat aku lahir masa kecik-kecik dulu. Dari aku sekolah rendah lagi, kalau orang tanya, aku mesti jawab aku lahir kat Singapore. Aku bangga lahir di Singapore tapi aku segan nak bagitahu detail.


Masa sekolah rendah, ada la beberapa orang kawan aku yang duk sebuk gelak-gelakkan tempat aku lahir. Bukan aku mintak dilahirkan kat situ, tapi dah takdir mak aku nak memberanakkan aku kat tempat tu. Nak buat macamane ye tak?


Yang paling aku tak boleh lupa, masa aku darjah 4. Ada seorang kawan aku cakap kat aku. “Patutlah badan ngko gemuk, rupa-rupanya lahir kat kandang kerbau...hahahaha”. memang macam celaka ! dan dan tu jugak aku sikit lagi nak tumbuk muka dia. Cinabeng betul.


Aku pun ragu-ragu jugak, kenapalah nama hospital tu Hospital Kandang Kerbau. Dah tak ada nama lain lagi agaknya yang dia orang boleh fikir. Yang menanggu malu..siapa? akuu jugak.. haha, tapi tu dulu lah..sekarang ni tak segan dah. Pedulilah apa orang yang kata. Bak kata orang, berani kerana benar. (tak memasal)


Yang penting sekarang ni aku hidup sehat walafiat. Hospital tu pun dah makin besar, makin cantik. Cuma nama dia saja yang tak tukar lagi kot. Sekarang ni nama dia Kandang Kerbau Women’s and Children’s Hospital. Senang cakap hospital KK la. Memang tempat orang beranak tu hospital tu.


Kamu orang jangan berani nak kutuk-kutuk aa..aku sepak laju-laju kang.

google : Hospital KK

Auto-publish. Sangat membantu !

Sekarang ni aku dalam usaha membuat sebanyak mana entri yang boleh untuk di auto-publishkan semasa ketiadaan aku nanti. Blog ni mungkin akan berehat dekat 2 minggu pada bulan April nanti. Jadi kalau target aku nak buat satu hari satu entri, aku kena sediakan busuk-busuk pun dalam 14 entri juga.


Ah sebenarnya bukan apa, takut nanti kamu orang semua lupakan aku. Nanti aku jadi sangat sedih lantas nangis sambil guling-guling atas tilam. Kalau dah jadi macam tu sapa mahu bertanggungjawab?

Mengarut tak sudah-sudah.

Wei ! Pokok tu bagi oksigen dekat kita tau !







sumber : designshoot

Aku selalu mengimpikan untuk duduk kat rumah yang dikelilingi oleh pohon-pohon kehijauan.  damai je rasa hati.  lagi pulak tengok rumah macam ni..simple dan cantik.. 

sebab tu aku suka duduk kampung. kalau aku duduk bandar, haruslah aku pergi ke shopping mall untuk bershopping sehingga aku benar-benar jemu.  mungkin selepas aku berasa jemu dan kehabisan duit, aku pasti tidak betah lagi untuk duduk di bandar yang serba mewah itu.

jangan salah faham. aku bukan tidak suka duduk di bandar. cuma kurang gemar duduk di bandar metropolitan seperti di kuala lumpur itu.  aku suka duduk di bandar yang tenang dan aman sahaja macam di Singapura.  oh ! tempat lahir lagikan dikenang. ngeh3

impian aku ialah ingin mempunyai sebuah rumah yang mempunyai taman ! taman-taman kehijauan. bila bangun-bangun pagi saja tengok pokok-pokok hijau berdiri teguh, bunga-bunga berkembang mekar. aaahhh, pasti cantik bukan?

kalau tidak pun, kalau banyak duit sikit.  buat resort. konsep dia 'resort dalam taman'..haha
biar dipenuhi pokok-pokok yang hijau. tapi tak da la kan sampai nampak macam perkampungan dalam hutan. 

resort-resort sekarang ni jarang sangat nak nampak kehijau-hijauan dia.  tidak dinafikan memang banyak pokok-pokok kat resort-resort ni.  tapi still nampak kosong.  alah, dia orang pun, rasa aku jarang memikirkan yang pokok-pokok tu jugak bagi oksigen kat kita.  lain orang, lain cara kan..hehe

cukup sudah berangan untuk hari ni. babai.

Thursday, March 18, 2010

Sapa kata Lady Gaga best?


aku first time tengok video dia orang ni dekat blog Hanis Zalikha.  sejak dari tu lah, setiap kali aku dengar lagu telephone-Lady Gaga tu kat radio terus teringatkan dia orang ni punya video.  sangat best ! dan aku rasa dia orang ni lagi best dari Lady Gaga tu. dah macam dia orang ni telah menenggelamkan penyanyi sebenar lagu ni. 

tak dinafikan lagu-lagu Lady Gaga memang catchy-catchy semuanya.  tapi disebabkan pakaian dia pelik-pelik dan orangnya pun nampak sangat pelik, aku tak da heran sangat or peduli sangat dengan adanya dia dalam industri muzik ni.. ceh..ceh..ceh ! cakap macam bagus sangat. haha
(ni personal opinion haa...peminat Lady Gaga lepas ni jangan pula datang bawa kayu nak hempuk kepala aku pulak ye) 



Ni pulak lagi satu feveret video aku.  walaupun aku tak pernah dengar lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi asal tapi aku assume yang nyanyian Gamaliel sangat best dan boleh menandingi penyanyi asal lagu tu. (ada kenyataan yang menyokong pendapat aku tu - sila baca komen kat youtube ea)

~ dalam hati ada taman bunga..haha

Tampar Laju-Laju kasi Sedar !

Semalam petang aku ada aktiviti lari-lari anak kat padang. Bukan setakat lari-lari anak je, baling-baling bola, pukul-pukul bola dan sebagainya. Bila dah peluh-peluh sikit agak-agak dah cukup kalori aku bakar, aku pun balik la. Buat apa lama-lama kat tengah padang tu kan.


Kira aku happy gila-gila la semalam. Dah lama tak senam, tiba-tiba dapat bakar sikit-sikit kalori. Wow ! bagus sangat dah tu. Haha. Tapi kegembiraan aku tu sekejap je.


Balik rumah mak masak lauk sedap-sedap walaupun hanya sekadar telur dadar, kuah celok dan udang goreng. Mula-mula terfikir mahu makan terus sebelum solat maghrib. Tapi mak pula cakap makan sama-sama lepas maghrib kang. Ok, aku tangguh dulu.


Dah lepas maghrib, macam malas pulak nak makan sebab dah bukak citer korea. Tapi mak suruh makan jugak. Aku berjalan malas je ke dapur walaupun dalam kepala aku dah terbayang telur dadar mak aku. Dalam kepala saja fikir makanan, dalam hati fikir mak ni tak support langsung anak dia ni nak diet, tak mahu makan malam. Huhu


Aku cedok nasik sikit saja. Masuk sesuap, ah! Sedap pula. Suap punya suap punya suap, tangan aku automatik cedok nasik lagi masuk dalam pinggan. Alah ! kenapa makan banyak sangat ni. Hati aku bermonolog. Walaupun rasa berdosa sebab makan banyak, tapi aku tak menyesal sebab mak masak memang sedap. Haha


Bila dah kenyang sangat-sangat ni. Maklong dan paklong pula datang sekeluarga. Bawa pula nasi tomato. Adeh ! terpaksa makan lagi la...tapi kali ni sikit je tau, terpaksa pula tu ! percaya lah ea, aku tak tipu..ehem !


Kesimpulannya, useless sahaja aku turun padang petang semalam. Niat nak kawal makan pun dah ke laut. Ceh !

Wednesday, March 17, 2010

Study Oversea Lagi !


Ah ! masih lagi mahu bercerita mengenai luar negara. Lepas baca komen kak lina dari entri Result SPM? Teruja ke? Nak belajar Luar Negara?, tiba-tiba aku stat fikir. Betul jugak kata kak lina tu..kenapa aku masih tak puas hati pasal isu sambung belajar kat oversea ek?

Aku cuba cari apakah punca-punca yang menyebabkan timbul semula rasa tidak puas hati aku tu. Padahal bukannya pandai mana pun aku ni, kenapa asik tak puas hati je..bukan memang tak layak ke? Lepas senarai, senarai, senarai.. ada juga la beberapa sebab yang dapat aku listkan dekat sini.


Sebab pertama, mungkin sebab aku langsung tidak mendapat tawaran daripada mana-mana universiti tempatan masa lepas SPM dulu. Mungkin masa tu aku dah setkan dalam kepala aku, kalau aku apply universiti kat luar negara, mungkin nasib aku tak seperti ni. Ah ! sangat tidak matang rupanya pemikiran aku dulu-dulu. Tak fikir jauh.


Sebab kedua, mungkin sebab rakan-rakan sekolah aku semuanya dapat sambung belajar dalam bidang-bidang sains dan teknologi, elektrik dan elektronik yang memungkinkan mereka mendapat pekerjaan yang best dan bergaji lumayan. Padahal aku cuma belajar cara-cara urus pejabat, urus bos, dan belajar tulisan shorthand yang sekarang ni boleh dikira useless sahaja sebab tidak langsung digunakan di tempat kerja. (langsung tak praktik shorthand, tangan pun jadi keras..huhu)


ini tulisan shorthand yang aku belajar dulu


Sebab ketiga, mungkin disebabkan aku bekerja di universiti. Jadi aku sedikit sebanyak terdedah juga kepada lecturer-lecturer yang nak pergi luar negara untuk sambung belajar, tak pun yang baru balik dari luar negara, tak pun yang banyak duit sikit..pergi bercuti di luar negara..tengok anak lah..apa lah. Adeh, persekitaran kat sini pun buat aku fikir macam tertekan..heh ! tak munasabah langsung alasan. Haha.


Sebab keempat dan yang terakhir la, mungkin sebab aku banyak sangat follow blog-blog student yang study oversea. Tak pun para ibu yang mengikut suami pergi study or pergi kerja kat oversea. Walaupun diorang cakap susah or tak best duduk kat sana. Aku tetap macam nak merasa jugak pergi sana. Haha.


Antara blogger yang aku follow macam Kak Asmara (Japan), Zack Zukhairi (Japan), Ariff Shah (Russia), Kak Chika (Australia), Oh!Malaysia (Australia), Long Hafiz (London) and Joegrimjow (Sheffield). Blog dia orang best tau. Tak caya? Pegi baca blog dia orang. Dia orang sangat ramai peminat juga.


Pstt! Kamu orang nak tahu tak? Masa aku tengah gigih nak carik universiti yang apply sambung belajar, tetiba terbuka web untuk apply sambung belajar kat oversea. Lepas baca sikit-sikit, terketar juga aku sekejapan. Haha (masa tu la aku fikir, kalau aku pergi, boleh ke tahan rindu ngan mak aku, sapa nak jaga mak aku..kan?)


Ah ! perasan aku selama ini mungkin gangguan syaitonirajim...

Monday, March 15, 2010

Orang muda tak romantik

gambar hiasan
Pagi tadi punya cerita. (eh ! perasan tak, sekarang ni cerita terkini je kan..)
Hantar adik ke Lendu naik Ranformers jam 6.40 pagi.
Berhenti di simpang sebab traffic light merah.

Nampak satu couple ni. Pangkat makcik dan pakcik la. Dua-dua muka bahagia je. Tak pasal-pasal aku terfikir something.

Romantiknya dia orang ! haha

Aku syak dia orang baru balik dari masjid sebab pakcik tu masih pakai kopiah. Muka sorang-sorang pun suci je. Mungkin masih ada wudu’ lagi.
Romantik gila pergi masjid sama-sama pagi-pagi buta. Haha. Serius aku jeles.

Ah zaman sekarang susah betul nak jumpa pasangan muda mudi jalan beriringan ke masjid kan?

Yang dia orang tahu jalan beriringan ke pusat membeli belah, ke panggung wayang, ke taman-taman bunga. Lebih advance siap pegang-pegang tangan, peluk-peluk sikit lepas tu semua ke laut. Semua dah salah konsep

Orang tua-tua juga bagus.. tak perlu jalan pegang-pegang tangan nak tunjukkan dia orang tu romantik. bebudak tengok pun dah tau yang dia orang tu romantik...kan..kan?

Sunday, March 14, 2010

Bila marah mesti sebut celaka..kenapa?

Ok. ini cerita pasal semalam.
semalam kaki aku sakit, hati aku sakit, kepala aku sakit, tangan aku sakit...
sampai aku dah macam nekad nak hantar proposal kat PM melalui pertandingan menulis surat kepada Perdana Menteri untuk isytihar semalam adalah hari sakit semalaya..
tapi niat terbantut pula bila dapat kentang spring mak aku belanja.

semalam aku pergi rumah orang kawin di Sungai Mati, Muar.
pengantin lelaki diiring oleh sekumpulan penunggang motosikal berkuasa besar..
pertama kali tengok, jadi aku sangat kagum !

mengikut imaginasi aku, pengantin lelaki akan turun dari moto tersebut, buka helmet dan terus pakai tanjak tanpa membetulkan rambut dia..peh ! memang style !
tapi..
yang kelakarnya pengantin lelakinya jalan kaki sahaja..haha
pengantin lelaki makan asap moto begitu sahaja tanpa dapat apa-apa faedah..

lepas tu, aku pergi rumah orang kawin satu lagi..
ada sorang makcik ni..selamber parking sebelah kereta aku..
bukak pintu sebesar-besar alam.. kena side mirror aku..
bergesel ! dengan muka selamber dia lagi, dia tarik balik sebab nak tutup pintu..bergesel sekali lagi.. 

aku yang masa tu tengah betul-betulkan tudung nak kasi nampak lagi comel di rumah orang kawin. terus hangin ! nak marah, makcik ! jadi aku tak jadi marah.. aku keluar kereta buat-buat macam orang yang sangat cool..check side mirror aku..calar la cket.. spontan aku cakap celaka punya makcik !  terus lepas tu istighfar dalam hati...astagfirullahalazim...

sudah habis cerita di rumah orang kawin..
tapi entri ni belum habis lagi..

lepas selesai amik berkat di rumah orang kawin..
aku bawak mak aku pergi beli barang dapur..
oh ya ! masa tu aku masih marah pada makcik yang gesel kereta aku..jadi aku tak ada mood..

budak-budak sekolah rendah datang minta derma pun aku tak bagi..
sikit pun tak terniat nak menderma.. kesiannya budak tu..dia pula yang jadi mangsa kemarahan aku kepada makcik yang gesel kereta aku.. (saja aku ulang banyak2 kali..supaya kamu orang semua ingat..jangan sesekali gesel kereta aku..nanti aku publish entri baru dan highlight kan nama kamu orang..haha)

sudah lah tidak menderma, aku juga hangin dengan ex-boyfriend aku.. eh? ada boyfriend ke? haha. gedik.
ok..kesimpulannya, semalam sahaja aku duduk tunggu mak aku dalam kereta..
minyak wangi ambipure yang kata boleh tenang-tenangkan perasaan orang, sikit pun tak berkesan..iklan tu tipu ke hape?

ah ! kalau entri tak puas hati pasti panjang..kenapa?

Saturday, March 13, 2010

Kontest Kahwin? Hanya Propaganda Semata..

Pada mulanya aku nak karang something untuk join kontest brader ariff shah...
tapi lepas aku gode-gode blogspot ni tadi..aku jadi blur..
apa aku dah buat ni ???????

haha, sendiri tukar..sendiri tensi..
ntah hape-hape aja yang aku dah tukar..nak tulis post pun dah jadi lain...
ini pun aku main belasah aja taip..
publish tak publish belakang kira..haha

hujung minggu ni aku sibuk sikit..
jadi aku buat auto-publish saja..
masa kamu orang baca ni mungkin aku sedang bercanda ria.. oh bukan..bukan..
mungkin sedang makan nasik minyak di rumah orang-orang kawin..
(ah ! sering saja perkataan kawin ni berlegar-legar di telinga..apakah?? haha)

sebut pasal kawin..
minggu depan kawan aku kawin.. pehh ! gerek gila muda mudi dah kawin.. baru 22 kot..
apa-apa pun tahniah la kepada dia.
hadiah apa ya yang aku patut belikan untuk dia...? kipas angin kah? mangkuk tingkat kah? set pinggan mangkuk kah? kuali kah? oh..atau lesung batu ? (hadiah kawin brader pidomat..kah3)

ok lah.. ok lah..
tak mahu cerita panjang-panjang..
nanti orang bosan..

oh ya ! aku juga sedang menunggu follower yang ke-50..
kenapa pula nak tunggu dia?  oh..saja-saja mahu tunggu..itupun kalau ada..haha


tata !

Friday, March 12, 2010

Misi Menyelamat Sara Liona yang diperkosa !

Sara ! Sara ! eh..bukan..bukan.. Liona ! Liona !
Kenapa aku masih berperasaan bahawa nama itu tidak sesuai sungguh dengan fizikal dan perwatakan dia?? Ah ! pedulilah !

Di saat ini saya dengan bersungguh-sungguh memerah otak saya sehingga telah menjadi kering. Kekeringan idea. Di saat saya melihat Sara Liona diperkosa oleh Ah Fatt tadi, kepala saya diterjah dengan idea-idea atau strategi-strategi yang menarik dan berkesan dalam usaha menamatkan Sara Liona. Saya begitu yakin saya boleh menyelamatkan Sara Liona !.

Tetapi, apakan daya. Saya hanya seorang manusia. Manusia memang mudah lupa. Entah kenapa, idea baik yang datang telah terbang dan hilang dalam sekelip mata. Tapi, jangan susah ! niat mahu menyelamatkan Sara Liona masih tersemat kemas dalam hati sanubari ni.

Oh ya ! terfikir juga ya. Sara Liona tu mahu ke saya menyelamatkan dia? Mahukah dia bersama saya setiap hari nanti? Saya tau dia berminat kepada wanita yang comel-comel dan ramai juga orang yang cakap saya comel. Ehiks ! malu pula tiba-tiba.

Kalau la saya berjaya menyelamatkan dia dengan membuatkan hati Ah Fatt cair dengan kata-kata saya. Pasti indah hari saya selepas-selepas ni kan? Sebab saya juga memerlukan teman yang sama comel dengan saya. Saya boleh letak Sara Liona dalam kereta saya. Saya boleh bawa dia kemana-mana sahaja saya pergi selepas ni. Pasti kereta saya tidak akan nampak ganas seperti yang diwar-warkan sebelum ni. Pasti kereta saya akan dicop sebagai kereta geli-geli selepas ini. Eh..salah-salah. Kereta yang bercirikan girly-girly sikit. Kan?

Kalau tidak pun, jika saya berjaya.. mungkin juga saya akan serahkan Sara Liona tu kepada salah seorang daripada anak buah saya. Percayalah ! anak-anak buah saya memang comel-comel belaka. Sesuai saja dengan ciri-ciri Sara Liona yang boleh menjadi teman tidur mereka. Suci murni sungguh kan niat saya tu? hehe

Oh ya, Ah Fatt ! Serahkan sahaja Sara Liona tu pada saya. Saya rasa saya telah jatuh cinta dengan dia ! eh..tak..tak..mana ada.. tipu saja tu.. hik..hik (tergelak comel pula)

Apa-apa pun yang terjadi kepada saya semasa dalam misi menyelamatkan Sara Liona, saya harap kawan-kawan dapat merindui saya sepenuh jiwa. Ok? Jangan lupa doakan saya berjaya ya ! Ganbatte !

Inilah Sara Liona yang saya gembar-gemburkan sebentar tadi. comel bukan?
untuk mengetahui detail contest ini, jangan segan silu tekan dekat hidung Sara Liona tu ye.. daa !

Thursday, March 11, 2010

Result SPM? Teruja ke? Nak belajar luar negara?

Tadi blog Oh! Malaysia ada cerita pasal Permohonan Biasiswa JPA dan MARA bagi Program Ijazah Luar Negara 2010. Informasi yang best.


Dan bila mana aku tengok syarat-syarat permohonannya tu. Memang konfem-konfem la aku tak dapat..sebab aku dah nak masuk 22 tahun..syarat umum dia kena berumur bawah 18 tahun..hehe


Bila saja aku tengok syarat-syarat khusus dia. Mak aih.
Hati aku macam dicarik-carik. Sedihnya hati aku macam ditikam bertubi-tubi guna pisau rambo..
Kenapa sedih?


Sebabkan.. kenapa lah dulu-dulu aku tak pernah tahu macam mana nak apply belajar kat luar negara. Kalau tidak mungkin sahaja sekarang ini aku sedang berada di US, tak pun Canada, kalau tak pun..Australia.. United Kingdom pun ok jugak.


Juga, kalau tidak sekarang ni mesti aku tengah duduk-duduk sambil taip blog sambil menelaah undang-undang.. eh tak pun tengah menelaah course dalam bidang sains sosial..tak pun dalam bidang sastera ikhtisas...haha.


Sudah lah aboi ! jangan berangan lebih-lebih. Universiti tempatan pun ko tak lepas syarat (syarat yang tak lepas..bukan bumiputera..kot) inikan pula nak sambung belajar di luar negara. Oh ya ! mungkin juga niat masa aku nak apply universiti tu terpesong sedikit.


Niat apa? Oh ! mungkin sebab aku teringin sangat nak buktikan pada kawan-kawan aku yang result aku lebih gempak dan aku lebih pandai daripada dia orang walaupun dia orang duk gebang-gebang dengan aku pasal result PMR dia orang yang lebih best dari aku. Huh ! 2 tahun ok menjeruk rasa dengan rakan-rakan lama. Oi ! result SPM aku lagi best la dari kamu orang ! (orang-orang tertentu sahaja..kalau rasa kamu orang tidak pernah berlagak dengan aku jangan terasa..ok?)
Cukup cerita kisah lama.


Sekarang ni aku sedang dalam dilema, dan aku masih samar-samar lagi dalam mencari-cari jurusan apa yang perlu aku sambung untuk degree aku. Sekali aku dah kena reject macam seriau aje nak buat permohonan baru.


Menyesalkah aku belajar dalam jurusan setiausaha? Oh tidak ! hurm..mungkin sedikit.. tapi itu bukan masalahnya. (ceh ! ayat kaber..haha)
Sekarang aku sudah bekerja..sebagai seorang setiausaha di sebuah institut pengajian tinggi awam.. untuk sambung belajar, aku haruslah memohon yang jarak jauh punya. Aku tak boleh mohon sepenuh masa sebab terdapat rumours atau sebenarnya memang fakta bahawa kerani yang macam aku ni tidak akan dapat cuti belajar bergaji penuh. Jangan kata bergaji penuh..hatta separuh gaji juga tidak akan dapat kerana tiada paksaan dalam urusan melanjutkan pengajian. Huh ! agak mengecewakan bukan?


Cukuplah sampai sini. Entah kenapa entri aku sejak kebelakangan ini terasa macam panjang berjela. Bila mana aku aku tengah taip entri ni, aku sedang menunggu-nunggu khidmat pesanan ringkas dari mak aku mengenai result SPM adik sedaraku.


Aku juga yang berdebar-debar saat keputusan SPM keluar.

Wednesday, March 10, 2010

Kalau emosi tak stabil beginilah jadinya..


Hari ni aku sangat marah !!
Dalam 73 blog yang aku follow hanya beberapa orang sahaja yang update blog. Terima kasih kepada yang mengupdate blog hari ni. Anda memang best.

Kenapa aku marah sangat??
Sebab bila time aku free saja pasti blogger-blogger lain semua sedang bizi lantas tidak langsung mengupdate blog. Hari ni aku sangat bersenang-lenang. Tapi aku sangatlah bosan hendaknya.

Bukan apa, aku lemah sikit bila time aku tersangatlah bizi dalam menyempurnakan kerja-kerja di atas dunia ini, time itu jugalah ramai sangat blogger yang mempunyai idea mencurah-curah sehinggakan aku jadi tensi kerana tidak dapat membaca kesemua entri-entri tersebut.

Sudahlah aku bosan membebel sendirian di twitter, para blogger tidak mengupdate blog pula.
Ah sudahlah ! terlalu banyak mengarut nanti followers lari pula. Haha. Perasan !

Ok. Bye.

p/s : aku konon tengah marah tapi sebenarnya emosi saja lebih.

Tuesday, March 9, 2010

Twitter !

oh ye ! saya baru sign up twitter.
ID : duniaaboi


mintak tolong sesiapa ajarkan saya. saya agak pening. dan saya juga kecewa sebab saya tak dapat cari blogger pujaan saya.


terima kasih.

Kenapa wanita bekerjaya dan berpelajaran tinggi lambat kahwin?

Aku belum kahwin. Harap maklum.

Mulanya aku dah taip panjang-panjang pasal aku dah gatal nak kahwin tapi tak ada calon, nak anak ramai, tak mahu lambat kahwin, tak mahu jadi andartu, nak jadi suri rumah sepenuh masa. Tapi, bila fikir-fikir balik. Tak jadilah nak tulis pasal semua-semua tu.
Kamu orang bukannya berminat nak tahu..ye tak? Hehe

Ok. Teruskan.
.....................................................

Kamu orang perasan tak? Sekarang inikan macam dah jadi trend perempuan kahwin dengan lelaki lebih muda. Macam Que Haidar dengan Linda Jasmine. Tak pun macam Rita Rudaini dengan Aidil Zafuan. Kalau tak pun macam Aidid Marcello dengan Norzie Pak Wan Chik. Kan?

Jadi perlu ke aku tunggu jadi tua sedikit lagi untuk mencari lelaki yang lebih muda? Tak pun perlu ke aku mencari remaja-remaja sekolah untuk diusha..? haha. Terasa bengong.

Sambil-sambil taip entri. aku garu-garu kepala. Berfikir. Boleh ke post entri ni?
Ok..ok.. cukup2

.......................................................

Persoalan di atas pasti membuatkan aku sekali sekala berasa seram sejuk juga. Kadang-kadang aku terfikir. Kalau aku masih student mesti aku boleh ngorat-ngorat lagi kawan-kawan lelaki yang hensem-hensem sebab belum bekerjaya. Dan kadang-kadang timbul juga perasaan was-was nak sambung belajar lagi ke tak. Hehe. Yelah ! takut kahwin lambat kan.

Haha. Mengarut saja dari tadi.

......................................................

Kali ini betul-betul. Aku ada juga buat survey mengenai perkara kenapa perempuan bekerjaya dan berpelajaran tinggi lambat kahwin. Survey-survey tu mestilah dapat dari pakcik google sahaja.

Ok. Aku dapat ni dari forum. Forum apa ? aku tak tau.

Reason kenapa perempuan bekerjaya lambat kahwin :

Auntie_girl “jodoh tak sampai lagik !”

Cek_yah “tak jumpa calon somi lagi

Shopahollic “belum puas hidup bujang lagi katanya

Cbx “bagi saya ramai gurls skarang bz2 belaka...sebab tu takde masa nak kenal & berkawan dgn org baru...:( kalau kenal pun gitu2 je then habis...”

Mutazanita “sebab semua lelaki baik dah kawin katenyer


Sassy_girl82 “i mmg nk khwin tp x bsdia lg...nk mntapkn diri dlm smua aspek..stabil dlu

Komag “takdak orang berkenan kut, itu yang tak kawin2 tu

Awinpj
“1)terlalu memilih...nak lelaki yg muda, bachelor, kacak, bergaya, bijak, berpangkat, berharta, ...kadang2 we demand the men to provide us wif dat n dat tapi kita terlupa utk fikir apa lak yg kita bule offer, layakkah kita utk dipilihnya...seharusnya lelaki yg sebegitu juga menginginkan wanita yg juga exceptional sepertinya

2)terlalu independent.....selalu merasakan diri sendiri bule melakukan segalanya tanpa bantuan sesiapa

3)bercita cita tinggi dan career mind.....terlalu sibuk mengejar cita2, tiada masa utk berkenalan dan mengenali hati budi lelaki

4)mahu devote life to family.....kadang2 keluarga susah, dia mahu bantu keluarga dia dulu

5)tidak suka pada kongkongan....suka kehidupan bachelor, bebas kesana ke mari tanpa ada yg menghalang

6)terlalu berhati2 memilih pasangan.....kadang2 terlalu teliti menilai org...sibuk nak mencari sesorg yg sempurna dimata dia, asalkan slack sikit reject...well nobody perfect..

7)mempunyai kenangan silam...frust bercinta, bf/tunang meninggal and etc

8)takut mengambil risiko...takut family x ske, takut kalo kahwin jodoh x panjang

9)family pun memilih...family set their own criteria pas2 si anak harus carik lelaki yg ada spec sebegitu...

10)belum jodoh...harus doa dan usaha lebih

Nak baca lebih lagi? Klik sini ------> ehem ! nak tau ke?


Reason kenapa perempuan berpelajaran tinggi lambat kawin :

Wartawan “mungkin semua berkait soal kufu

Afaf “wanita di Malaysia majoriti lebih educated dr lelaki, so biase le, dh bz ngan study, pas abis study lak, jawatan tinggi, so org lelaki pun tak berani...

Nurmawaddah “mungkin lelaki ni ego sangat sampai tak berani nak beristerikan perempuan yang lebih dari dia

Nak baca lebih lagi? Klik sini -----> aik? Nak tau jugak lagi?

........................................................

Ok cukup. Kalau nak letak banyak-banyak confirm aku buat novel ala-ala Dr. Cinta yang bertajuk..kenapa masih belum dapat pakwe walau umur dah lanjut. Haha. Sori, mengarut lagi.

~ banyak dapat jemputan kahwin. Satu pun tak pergi. Malu ! hehe

Monday, March 8, 2010

Berblogging...haram??


Blogging merupakan suatu aktiviti yang dilakukan oleh seorang seorang blogger terhadap blog yang dimilikinya. Ini termasuk kerja-kerja mengemaskini blog, meletakkan pautan di blog, menyusun atur kedudukan widget di blog dan pelbagai lagi. Jika telah memiliki blog aktiviti-aktiviti ini merupakan satu perkara biasa. Secara kasar, tidak nampak sebarang unsur haram pada aktiviti-aktiviti yang disebutkan.

Dimana Haramnya?

Setakat ini tidak terdapat sebarang hukum yang dibuat mengenai blog dan juga aktiviti blogging. Walaupun begitu kita boleh sifatkan blog sebagai salah satu cabang media yang mana sama konsepnya sepertimana radio, TV, akhbar dan majalah maka baik ataupun buruk sesuatu media khususnya blog itu bergantung kepada pemiliknya. Kita boleh ambil analogi yang dibuat oleh Dr Yusuf al-Qardawi ketika menjawab tentang hukum menonton TV. Menurut beliau halal dan haramnya bergantung kepada cara dan tujuan sesuatu itu diwujudkan seperti halnya dengan pedang, jika di tangan mujahid ia adalah alat untuk berjihad; dan bilamana di tangan perompak, maka pedang itu merupakan alat untuk melakukan perkara kejahatan.

Secara realitinya pula kita boleh berfikir begini, jika sesuatu blog itu diwujudkan untuk berkongsi tentang sesuatu ilmu yang bermanfaat tidak kira samada ilmu dunia ataupun ilmu akhirat selama mana ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam maka jelas disitu tiada sebab untuk dijatuhkan haram keatasnya. Tetapi ianya akan menjadi sebaliknya sekiranya kandungan serta tujuan sesuatu blog itu memang semata-mata untuk membawa cerita fitnah, gossip, maki hamun dan juga diselangi dengan gambar-gambar yang haram untuk dilihat.

Blog itu mempunyai virus

Tidak dinafikan yang aktiviti berblogging ini kadangkala boleh mendatangkan rasa ketagih. Lebih-lebih lagi jika blog seseorang itu menjadi begitu popular sehingga mencapai ribuan hits di dalam sehari. Sekiranya tidak dibentengkan diri dengan takwa, pemilik blog boleh menjadi alpa sehingga membuatkannya lalai untuk bersolat oleh kerana terlalu asyik masyuk melayan komen-komen di blog serta memikir idea-idea untuk menambah entri-entri yang menarik buat pembaca. Walaupun mungkin kandungan blognya tidak bertentangan dengan ajaran islam tetapi kehadiran blog tersebut telah membuatkan pemiliknya lalai menurut perintah Allah.

Itulah salah satu virus bahaya yang bakal dihadirkan oleh blog. Secara analoginya sama sepertimana kita menonton TV. Walaupun mungkin rancangan yang dihidangkan adalah mengenai tazkirah dan hiburan Islam tetapi keasyikkan menontonnya telah membuatkan kita terlepas untuk bersolat maghrib. Oleh sebab itu setiap blogger muslim wajib membentengi diri mereka dengan takwa supaya tidak mudah terpedaya dengan tipudaya Syaitan yang akan sentiasa mencari jalan supaya kita lalai dalam melaksanakan suruhan Allah.

Dalam kes ini yang menjadikan ianya haram bukan aktiviti berblogging itu tetapi sikap blogger itu sendiri. Jika dalam sesuatu keadaan fungsi blog itu kelihatan sangat berpontensi dalam memperluaskan syariat islam serta memberi kebaikan buat umat mungkin ada ulama yang akan menfatwakan blogging itu wajib sepertimana pendapat seorang Ulama Moden dari Albania, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah berkenaan TV.

Syeikh al-albani telah memfatwakan TV itu haram pada zamannya kerana pada beliau kandungaan TV pada waktu itu adalah 99% rancangan yang melalaikan umat seperti program nyanyian yang haram, pornografi, kefasikan dan kemaksiatan. Tetapi menurut beliau, jika ada Negara Islam yang dapat memanfaatkan TV dengan program-program ilmiah yang sangat bermanfaat buat umat islam maka pada waktu itu beliau tidak akan hanya mengatakan menonton TV itu boleh bahkan akan menghukumkannya sebagai wajib.

( Artikel ini berdasarkan pandangan serta maklumat yang saya perolehi. Sekiranya sesiapa mempunyai pandangan yang lebih baik sila nyatakan. Mohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan di dalam artikel ini )



* aboi terbaca dalam blog nuaeman dan aboi rasa boleh dikongsi dengan kamu orang semua.

Sunday, March 7, 2010

Bukti !

Ingat lagi tak entri aku yang dulu pasal Kasut Sport PUMA harga RM 200++ jual lambak je?
Ni aku upload bukti... ngeh3

kalau dah convert harga dia lebih kurang RM 262.33

see ! berlambakan kan?

aku tak tipu mehh !

Friday, March 5, 2010

Ranformers dah sembuh !

cantik ! haha.

aku gembira. Ranformers yang aku hantar pergi hospital dah balik !
banyak sangat dah aku lukakan badan dia. luka sana. luka sini.

berbulan-bulan juga aku ikat perut nak hantar dia pergi hospital.

tapi aku tak berduit. duit-duit yang aku kumpul sambil potong-potong bil-bil bulanan masih belum cukup nak buat hantar dia pergi hospital.

tapi sebab niat aku baik and luka-luka Ranformers itu nampak semakin parah.
ada la kiranya aku ni mendapat duit terpijak.

bila dapat saja duit terpijak tu.
aku bergegas-gegas sampai keluar keringat nak cari pakar bedah nak rawat luka-luka Ranformers tu.

bila jumpa pakar bedah. luar dalam dia tengok tanpa sedikit pun rasa malu-malu. dia kata ini kes senang ni. pakai minyak gamat sapu-sapu sikit, mesti baik.
bila dah master semua penyakit Ranformers dalam tangan. terus saja dia bincang pasal kos pembedahan. tak ada tunggu-tunggu lagi.

nasib baik la kos pembedahan tu masih dalam bajet. fuhh !
lepas 4 hari kena tahan dekat hospital. Ranformers sudah sembuh dan nampak lebih sihat dan cantik.

pehh ! kembang-kempis hidung aku bawak Ranformers hari ni.. (^^,)


~ oh ! cerita di atas adalah rekaan semata-mata.


ini la Ranformers

Thursday, March 4, 2010

Duduk luar negara..best sangat ke?

tengah aku duduk-duduk..belayar-layar kat lautan internet ni sambil korek hidung. pastu kesat kat baju bila time nak taip.. aku tiba-tiba terfikir..

kenapa la dulu aku tak belajar pandai-pandai kan?
kalau aku belajar pandai-pandai, sampai masuk universiti luar negara dan jawab exam macam makan nasi ayam mesti aku dapat suami dari golongan orang yang pandai-pandai juga kan?

tapi nenek aku marah bila cakap 'kalau'..
kata nenek semua tu dah lepas..
kena fikir masa depan..
actually nenek aku tak cakap macam tu pun.
tapi maksud yang dia sampaikan pada aku melalui nasihat dia yang kalau ikut kiraan masa aku, boleh habiskan limau 2 biji tu, lebih kurang macam tu la.

itu yang aku berazam tu.
lepas ni aku nak belajar pandai-pandai sampai masuk universiti. dapat degree. dapat master. dapat lelaki pandai yang juga bercita-cita nak sambung PhD kat luar negara. mesti best kan?

oh ! kalau PhD mungkin amik masa bertahun-tahun kan? nanti mesti anak aku pandai cakap omputih..best2..
eh, kalau masa tu mungkin la kan mak aku dah berumur sikit kan. kalau aku duduk luar negara mesti aku rindu kat mak aku sangat-sangat kan. erm.. mungkin carik suami yang amik PhD dalam negara tetapi saja suka-suka jalan kat luar negara. cara juga kan?

eh ! tak boleh..tak boleh..
nak gak merasa duduk oversea.. amik 'feel' sikit-sikit..
tapi nanti jauh dengan keluarga..
aku pening ! aku pening !

Kasut Sport PUMA harga RM200++ jual lambak je..

percaya tak?
mesti korang tak percaya kan.
kasut sukan mahal mestilah tersusun cantik di kedai-kedai seperti Al-Ikhsan kan?


tapi percaya atau tidak.
aku tengok sendiri dengan mata aku yang cantik ni kasut-kasut sport PUMA tu bergelimpangan je kat atas rak-rak kasut.

berlambakan bersama-sama kasut sport mahal yang lain.
tak nampak macam mahal pun.
selamber badak je tuan punya supermarket jual macam tu. memang respect ar dengan dia.

yang membuatkan cerita kasut PUMA ni lebih menarik adalah.
ada seorang kawan kepada adik aku.
dia mempunyai kasut idaman. dan kasut itu adalah dari brand PUMA.
of course lah kan. tajuk entri pun Kasut SPort PUMA.


kisahnya, dia telah pergi ke kedai-kedai kasut sekitar Melaka mencari-cari kasut idaman dia itu. malangnya, tiada kasut mahal yang dijual dekat Melaka tu.

menurut cerita adik aku, kawan dia ini tak putus asa.
bersungguh-sungguh betul dia kan.

dah kat Melaka tak ada. dia sanggup ni pergi PAVILION semata-mata nak pergi cari kasut idaman dia kat PUMA Centre. PAVILION yang berstandard tinggi tu pun tak ada kasut mahal PUMA tu tau. punyalah dugaan.

last-last, kawan dia beli juga kasut PUMA yang lain. seakan-akan kata adik aku.
harga dia pun lebih kurang kasut mahal tu juga.

sia-sia saja dia bersusah payah mencari kasut mahal tu.
dekat Mustafa Centre, Singapore kasut mahal tu jual lambak je meh..


adik aku ada ambil gambar.

tapi gambar tu masih dalam handphone dia. kalau kamu orang nasib baik. nanti aku upload gambar kasut mahal yang dijual lambak tu. itupun kalau adik aku tak delete lagilah gambar tu.

Wednesday, March 3, 2010

Aku Sebagai Follower.. Masalah lagi !

Aku ada masalah.
Aku suka jadi follower bila aku rasa blog seseorang itu best..
tapi..
masalahnya sudah terlampau banyak blog yang aku follow..
jadi kebanyakan entri-entri baru banyak aku terlepas pandang..
ok. ni salah aku. tapi..

persoalannya,
ada beberapa blog yang aku follow sudah lama tidak update dan entri2 mereka juga tidak best lagi bagi aku.. kebanyakannya blog yang buat contest la.
patutkah aku berhenti menjadi follower mereka?
marahkah mereka? sedihkah mereka?

aku serba salah. sebab kalau aku. aku akan rasa sedih bila followers larik. tapi bila aku tak berhenti follow. aku selalu juga skip baca blog dia orang. dan aku juga rasa macam agak terganggu..sama juga kan?

kalau kamu orang, kamu orang berhenti follow ke atau pandang sebelah mata saja bila dia orang update entri baru? pendapat kamu orang macam mana?

Tuesday, March 2, 2010

Hadiah? Admire? Kembang?

Aku ada seorang 'buddy'..
nama dia Wanna..

dia seorang yang comei dan sangat peramah..
dia adalah salah seorang daripada kakitangan kerajaan Malaysia..

dia ada kereta naza kaler merah..
dia juga merupakan seorang blogger..
nak kunjungi blog dia? tekan sini ----> W.A.N.N.A

Ok ! Itu sedikit mengenai dia. nak tau banyak-banyak, tanya dia sendiri.
Oh ya ! dia juga sedang hangat bercinta.. tett !

.................................................................................

Sekarang ni aku bukan nak cerita pasal dia.
tapi aku nak cerita pasal hadiah yang dia bagi dekat aku.

hadiah apa? bila pula dia bagi? kenapa dia bagi?
meh aku cerita..

hadiah ni sempena hari 'buddy' kelas aku masa semester akhir dekat Poli PD..
setiap 'buddy' kena bagi hadiah pada 'buddy' masing-masing..

hadiahnya tak perlu aku bagitahu..
kita layan gambar..nanti korang tahu..

..time ni malu-malu kucing semua nak kene tunjuk hadiah apa..

hadiah untuk 'buddy' aku.. bantal dan beg tangan

itu hadiah untuk aku dari 'buddy' aku...puzzle dan special card


Nak dijadikan cerita...
Hari tu (tak ingat bila) aku kemas-kemas barang-barang aku dari dalam stor..
Kemas kotak-kotak yang sangat besar dan berat dengan bahan-bahan ilmiah..
dan terjumpa balik 'special card' yang 'buddy' aku kasi dulu..

Tiba-tiba hati aku rasa berbaur-baur..
terharu, sedih, marah, geram dan segala kenangan silam menyerpa silih berganti..

yang paling aku sedih.
Kad istimewa aku tu dah rosak...

dah kembang !! macam kena air..
Air sirap? air kencing? air bersih? air hujan?
aku tak tahu..

gambar pun dah bertompok-tompok hitam..
sedihnya..

eh2 ! nak tahu tak kenapa aku kata kad tu istimewa?
sebab kan..ada tanda tangan Mr. Kerepek yang aku admire zaman dulu-dulu...hehe

inilah kad yang dah rosak tu..

tengok..gambar pun dah bertompok-tompok..


"Kekuatan fikiran bergantung kepada iman, maka lahirlah ikutan sunnah nabi yang membawa kejayaan dunia dan akhirat yang abadi.. selamat berjaya semua dalam menghadapi peperiksaan..amin.." - Mr. Kerepek


~ ada kes pasal hari 'buddy' ni..nanti aku cerita..
Related Posts with Thumbnails