Saturday, February 20, 2010

Asyik-Asyik Tuah..Asyik-Asyik Jebat.. mana pergi Lekir, Lekiu & Kasturi???

Pernah tak kamu orang semua terfikir bila masa kita bercerita mengenai sejarah melayu je..
mesti cerita hangat yang disembangkan adalah mengenai Hang Tuah bergaduh dengan Hang Jebat..

Padahal, kecil-kecil lagi kita dah tahu bahawa pahlawan melayu ni semua ada 5 sekawan..Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi & Hang Lekiu..
Mereka telah pergi menuntut ilmu bersama-sama di gunung ledang suatu ketika dulu..tapi

kenapa hanya Hang Tuah dan Hang Jebat sahaja diingati?
kerana pergaduhan merekakah? dan kenapa pula Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi tidak se'glamour' mereka? kerana tiada pergaduhan kah?
anda rasa kenapa?

aku terfikir juga..kenapa ya aku tidak tahu apakah sejarah-sejarah pahlawan-pahlawan melayu terdahulu..aku belajar tak habiskah? hehe
rasanya bila orang tanya.. pasti aku akan ungkitkan mengenai pergaduhan di antara Hang Tuah dan Hang Jebat..

dan aku boleh jamin kepada semua, yang aku pasti tidak akan menyentuh mengenai Hang Lekir, Hang Lekiu mahupun Hang Kasturi..
paling-paling bijak pun aku rasa aku cuma cakap yang Hang Nadim tu anak Hang Jebat tau ! korang tahu ke?

Ni aku cerita sikit-sikit pasal Hang Tuah ngan Hang Jebat.. ringkas-ringkas sudaa..
takut juga aku kalau cerita panjang-panjang kamu orang tak mahu baca sampai habis..hehe

Ceritanya macam ni..

Hang Tuah kene fitnah berzina dengan Melor.. disebabkan itu, Sultan murka dan jatuhkan hukuman mati pada Hang Tuah..
tapi Hang Tuah tak mati sebab Bendahara tak mahu bunuh dia..kesian mungkin? aku tak tahu.
Cerita Hang Tuah dengan Hang Jebat yang difilemkan zaman dulu-dulu pun aku tak pernah tengok sampai habis.. bila tengok, tahu-tahu saja dah tamat..hehe

Lepas tu, Hang Jebat yang merupakan rakan karib Hang Tuah bertindak untuk menuntut bela di atas kematian Hang Tuah.
Hang Jebat mengamuk sakan dan menderhaka pada Sultan. Tidak ada pahlawan lain yang boleh menandingi Hang Jebat dengan adanya keris Taming Sari di tangannya.
Bila dah jadi macam tu, Sultan menyesal dan Bendahara pun bagitahulah yang sebenarnya dia tak bunuh Hang Tuah.

Bila sahaja Sultan tahu Hang Tuah masih hidup. Dia telah menitahkan Hang Tuah untuk membunuh Hang Jebat.
Last-last Hang Jebat kalah juga lepas Hang Tuah dapat rampas keris Taming Sari tu..
Hang Jebat tewas di tangan Hang Tuah setelah dia cube membela Hang Tuah yang difitnah.

untuk mengetahui lebih lanjut.. sila klik SINI (versi Melayu) atau klik SINI (versi Bahasa Inggeris)


Oh ya ! Ini antara monumen atau perkara yang membuatkan kita tak boleh lupa Hang Tuah, Hang Jebat dan keris Taming Sari..
Jalan Hang Tuah
(Uitm dengan UTeM ada kat situ..Pizza Hut juga ada di Jalan Hang Tuah)


Perigi Hang Tuah
(tak pernah kering dan airnya jernih)

Jambatan Hang Jebat
(masih tengah renovate lagi ni)

Menara Taming Sari
(Aku dah pernah naik..tengok entri ni)

Ni la keris Taming Sari dan menaranya
(sumber : google)

Kalau Hang Lekir, Hang Lekiu & Hang Kasturi...
paling kuat yang aku pernah tahu..nama diorang diadaptasikan sebagai nama group untuk baju sukan sekolah..
Warna dia aku ingat-ingat lupa..
paling aku ingat group Nadim - baju sukan colour purple..hehe

Oh ! Sebut mengenai Hang Nadim..
Dialah yang bagi cadangan letak batang pisang sepanjang pantai untuk elak serangan ikan todak kat Singapura zaman dulu-dulu... nak tau pasal Hang Nadim? Klik SINI

Aku teringin juga bercerita dengan lebih lanjut mengenai Hang Lekir, Hang Lekiu & Hang Kasturi..
tapi aku dah gode-gode google...yahoo pun aku ada jeling-jeling..
tetapi result yang aku terima..mendukacitakan sungguh..

paling hebat pun dia kata mungkin Hang Kasturi yang berbalah dengan Hang Tuah..bukan Hang Jebat..apakah?

eh ! eh !
aku hampir terlupa..ada juga berita hebat yang aku dapat semasa menyelongkar internet tadi..
ada desas-desus mengatakan yang pahlawan-pahlawan hebat ini adalah dari keturunan CINA..

Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir & Hang Kasturi = cina???
tak percaya? Klik SINI

Aku tak percaya..jadi aku selongkar lagi google..
akhirnya jumpa la info ni.. yang ala-ala backing sikit la cakap pahlawan 5 orang tu bukan cina..
sejauh mana kebenarannya tu..wallahualam..
aku tak tahu.
nak baca penerangan yang berkaitan? Klik SINI


Jom layan video part Hang Tuah lawan dengan Hang Jebat..




~ entri ni tercetus disebabkan oleh Jambatan Hang Jebat yang saya lalu semalam..

4 comments:

  1. betul lah. hang2 lain semua senyap je. takde dgr cerita hot2 pun kan.

    ReplyDelete
  2. yep...mungkin ada sejarah mereka yang tersendiri..
    cuma tidak digembargemburkan je..huhu

    ReplyDelete
  3. entry ni wat aku bpikir sekejapan...

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails