Thursday, February 18, 2010

Aku kena tangkap basah !

Sekarang ni sibuk pasal Chinese New Year.. sangat meriah !
Tapi aku bukan nak cerita pasal sambutan CNY ni..

Aku nak cerita pasal seorang budak cina lelaki yang sangat good looking dan gentleman sehingga boleh membuatkan aku terpikat kepadanya dalam hanya masa beberapa hari berkenalan.. (ceh ! macam real pula bunyinya)

.......................................

2006

Aku pernah bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yok Bin, Jalan Air Leleh, Melaka (SMYB).

SMYB ni juga digelar sebagai ‘Sekolah Berbudaya Tinggi’..
Di sekolah inilah saya bertemu dengan jejaka tersebut...

Nak tahu nama dia? Hehe..
Secara jujurnya aku beritahu pada semua bahawa aku dah tak ingat nama dia..
Sudah terlalu lama.
Berkenalan cuma dalam tempoh 2 minggu.. terpisah sudah hampir 4 tahun..
Masakan aku masih mengingati namanya..kan?
[aku bukan apa..aku cuma nak cakap yang aku tak ada la minat dia sangat-sangat.. betul tak? Hehe]

Ok. Enough !

.........................................

Jun 2006

Minggu Orientasi pelajar baru – tingkatan enam (bawah)

Pertama kali menjejakkan kaki di SMYB.. dia adalah pelajar yang pertama tersenyum pada aku..
Ok. Aku tipu.
Tapi memang dia senang tersenyum. Sangat menyenangkan dan sedikit sebanyak dapat juga meredakan kegugupan aku di sekolah baru. Mesti korang terfikir, ek eley minah ni..first time tengok dah tertarik...ntah apa-apa. Kan?

Kami (pelajar baru) ditempatkan di sebuah bilik (tak ingat bilik apa..tapi aku syak bilik tayang) untuk sesi perkenalan dan pembahagian kelas.

Cikgu tengok result spm aku..tapi dia was-was nak masukkan aku dalam kelas apa..fizik atau biologi.. sebab result aku sama je baik kimia, biologi, fizik, matematik tambahan dan EST.
Lepas tu aku pun choose biologi..sebab konon-konon minat lagi biologi daripada fizik..hehe
Tak sangka pula yang aku dan dia satu kelas. Itulah namanya jodoh ! kan?

Then, kitorang kena jalani proses orientasi pelajar baru..
Lepas ceramah-ceramah, sembang-sembang dan rebut-rebut kerusi sikit-sikit..
Kitorang kena jalani aktiviti outdoor yang sepenuhnya di organize oleh senior-senior – tingkatan enam (atas)

Banyak sangat aktiviti dia..tapi aku sikit pun tak kesah.. sebab si dia dapat satu group dengan aku.. Jodoh atau kebetulan??
eh ! aku tidak melebih-lebih bukan pabila bercerita mengenai si dia?? Haha.

Aktiviti-aktiviti dia sangat menyusahkan dan memerlukan kekuatan mental yang tinggi..kekuatan fizikal sikit-sikit aja yang teruji.

Dan.. ada satu aktiviti..by group lah..

Kami disuruh untuk berbaris mengadap urusetia..
Sekali lagi diingatkan..
Si dia pun dalam group aku juga. Takut-takut korang terlupa..hehe

Dan.. semua pelajar perlu memikirkan satu nombor dari 1 hingga 100..
Seorang urusetia beri taklimat sepotong dua ayat.
Yang seorang lagi sibuk kendong belon air yang kadang-kadang sengaja di acah-acahkan di atas kepala kami.

Rules nya adalah, jika urusetia tadi terfikir nombor yang sama dengan nombor yang sedang kita fikir.
Boom ! Kecepek ! Pecahlah belon air tadi di atas kepala kita. Basahlah kita !

Jadi, kisahnya sekarang...aku lah antara orang yang telah dibasahkan oleh senior. Aku syak senior tu saja je nak tangkap aku kasi basah. Eh ! bukan tangkap basah ye.. (^^,)

Dendanya, aku kena menyanyi lagu SMYB dengan penuh semangat dan dedikasi di hadapan ahli-ahli kumpulan aku. Masak ! Sepatah haram pun aku tak ingat lirik dia apatah lagi rentak muzik dia..
Then, datanglah penyelamat.. Oh my hero ! opps..terlebih sudaaa..

Si dia datang ke depan. Berdiri sebelah aku untuk menjadi volunteer bagi menyanyikan lagu SMYB bagi pihak aku. Wah ! sangat gentleman okay ! ulalala... hatiku berlagu riang !


Sambungannya next entry....

5 comments:

  1. hik3..sopan2 je aku gelak baca entry ko ni...pdhal nk blambak gelak aku..... hahahhahahahahaha....
    adoyai.. bgus nye dak tu..
    stakat ni aku lom jmpe mamat segentleman tu.. beruntung ko..

    ReplyDelete
  2. suspen jer tajuk tuhh hah..hehe

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails