Wednesday, February 24, 2010

Gigi. Darah. Muntah. Loya.

Gigi..

Bila sebut je gigi..aku macam fobia ! entah kenapa aku rasa doctor gigi tu semua menakutkan. Tak kira walau dia cantik atau handsome..bila aku tengok dia pegang mesin untuk tampal gigi tu aku dah kata dia jahat… [masa kecil-kecil dulu la.]
Seram wey !

Kalau kamu orang nak tau..
Aku adalah orang yang paling tak gembira bila nampak van pejabat kesihatan datang kat sekolah. Aku tau ! dia orang semua mesti nak check gigi budak-budak. Dia orang memang kejam.

Bila nampak je dia orang keluar dari van. Aku dah start berpeluh-peluh menunjukkan tanda-tanda gementar yang amat. Aku dulu umur 4 tahun aku dah tumbuh gigi betul. Sebab gigi susu aku dah patah bila mana aku jatuh. 4 batang gigi tu hilang !! rongak aku sekejapan. Tapi still comel okay..haha

gigi ni memang nightmare !
sumber : google

Ingat lagi, masa sekolah rendah..
Kena bawa berus gigi pergi sekolah.. aku ingat-ingat lupa kena bawak cawan sendiri ke tak. Tak kesah la yang pasti masa nak belajar gosok gigi tu kena ada cawan dan berus gigi. Rasanya ubat gigi dia supply kot. Tak ingat.

Cikgu suruh beratur panjang-panjang luar kelas bila tiba giliran. Jalan lah menonong ke depan bilik darjah tempat nurse-nurse tu bertandang. Beratur sambil hulur berus gigi nak kasi nurse tu letak ubat gigi. [eh! Memang dia supply ubat gigi lah]

gambar hiasan
sumber : google

Lepas tu, bercangkung lah kami beramai-ramai di tepi longkang sambil pegang berus gigi dan cawan berisi air paip. Nurse tu pun ajarlah kami cara-cara berus gigi yang betul. Ada budak yang sungguh-sungguh berus gigi..sampai darah-darah.. tension aku tengok.. ceh !

Geli-geleman lah juga masa tu. Tapi apa boleh buat..terima saja lah.
Lepas berus gigi tu, berkumuh la kami beramai-ramai. Ada juga yang berkumuh sambil meludah. Masa tu sikit je lagi aku hampir-hampir nak tepuk kepala dia kasi muntah betul-betul. Huh !

Dah sudah tu, semua pakat lap mulut dengan lengan baju. Aku je steady lap dengan tudung sekolah. Dari awal sampai akhir urusan berus gigi tu. Nurse tu tak henti-henti bercakap. Panas juga telinga dengar bebelan nasihat nurse-nurse tu.

Cikgu-cikgu yang tengok dan yang iring kita orang sikit pun tak masuk campur. Terangguk-angguk macam burung belatuk. Sikit pun tak backing kita orang. Dah tu, tak habis-habis suruh kita orang buat barisan. Nak balik kelas pun kena berbaris juga.

Malas sudah mahu cerita lagi. Aku nak pergi makan sarapan.
Nak tau sejarah berus gigi? Dulu berus tu dia orang buat guna bulu babi tau. Tak percaya??
Klik saja kat gambar bawah ni.
~ anak kawan sepejabat saya kena bawa berus gigi ke sekolah hari ini.. (^^,)

3 comments:

  1. hahaha....
    teringat aku zaman skola rendah dulu...
    sama la... aku xkira la.. nurse gigi ke... kesihatan ke...
    aku bkn takot.. tp aku benci..
    da la garang nk m****s..
    suka2 ati je nk tengking2..
    aku smpai skrg dendam ngn nurse yg cuci gigi aku... 3ari aku xselera nk mkn sbb gusi bengkak... dia punye keja la....huh!!

    ReplyDelete
  2. haha...nasib ko tak baik la masa tu..nak buat macam mana..

    rasanya kat aku skola aku nurse baik-baik..tak de tengking2 rasanya..lupa sudaa..hehe

    ReplyDelete
  3. erm... pelik gak..
    agknye nurse2 kt KL ni stress kot.. sbb byk sgt kena pcemaran kt KL tu.... wakakakaka....

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails