Thursday, February 18, 2010

Aku kena tangkap basah ! Vol. 2

haiyoo.. seram pula aku dengan tajuk entri aku sebelum ni.. hehe

Sambungan last entry..

Selepas tu, ada lagi acara-acara lain yang betul-betul menguji semangat kekitaan kumpulan kami. Dah la baru kenal, kena pula buat sama-sama. But, aku salute dengan pelajar cina. Mereka sangat bekerjasama dan berdiplomasi.

Tidak salah mengampu pelajar-pelajar cina kan? Nak-nak lagi sekarang ni kan masih semangat tahun baru lagi..hehe

Then, kalau tak silap. Acara terakhir kami adalah bekerjasama menghabiskan biskut yang di supply. Senior-senior yang baik hati telah memberi kami makan setelah berhempas pulas menyelesaikan aktiviti-aktiviti sukan itu.

Tolong jangan impressed ! makan biskut cream cracker (yang bulat-bulat tu) bersama dengan ‘wasabi’ yang rasa dia macam...haram !! adalah sangat tidak lazat dan meloyakan anak tekak..okay ! aku syak, dia bukan letak wasabi. Tapi dia letak watercolour buncho bewarna hijau pucuk pisang. Langsung tak pedas dan bau ‘wasabi’ itu juga sebijik macam watercolour buncho.

Dan di saat aku terasa mual seperti orang yang sedang mengandung, si dia datang membantu. Dia dan temannya (lelaki) bukan teman lelaki okay ! membantu menghabiskan biskut-biskut tersebut tanpa banyak soal. Muka dia merah padam juga masa tu. Sangat comel ! hehe.

Dua tiga hari juga aku boikot tak mahu makan biskut cream cracker tu. Trauma.

..............................................

Dia juga sangat suka keluar daripada kelas pabila ketiadaan cikgu. Kata rakan-rakan yang lain dia pergi mencari cikgu yang mengajar bagi matapelajaran tersebut. Entah benar apa tidak. Aku tak tau. Kalau benar, memang dia sangat-sangatlah memikat orangnya. Betul tak?

Dia juga agak popular di sekolah itu. Mungkin disebabkan oleh dia pernah menjadi ketua pustakawan sekolah sebelum itu. Berkarisma sungguh kan dia? Oh lupa. Dia juga sangat kemas. Sentiasa kemas. Eh, pernah juga dia kelihatan selekeh. Sekali sekala aja mungkin. Hehe

Cukuplah kan aku cerita sampai kat sini. Nanti cerita lebih-lebih takut kamuorang semua tidak dapat menerima kenyataan jika aku berjiwang-jiwang pula mengenai dia di sini.

By the way, aku ingin mengucapkan selamat tahun baru cina kepada semua warga cina di Malaysia dan di negara-negara lain juga.

6 comments:

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails