Monday, February 8, 2010

Nak Cerita Apa Lagi????

Apa topik yang akan anda bawa semasa berada di dalam situasi-situasi berikut?

Topik apa yang akan anda ceritakan...
Apabila anda berada di kalangan pendengar radio ERA FM sedangkan anda adalah pendengar radio HOT FM?
Orang misteri ERA kah?

Topik apa yang akan anda ceritakan..
Apabila anda berada di kalangan ibu-ibu yang sibuk bercerita mengenai keletah anak-anaknya sedangkan anda belum berkahwin dan mempunyai anak?
Cerita perihal anak saudarakah?

Topik apa yang akan anda ceritakan...
Apabila anda berada di samping rakan-rakan sekolah yang merupakan pelajar universiti sedangkan anda adalah seorang staf di universiti?
Assigment kah? Lecturernya kah?

Topik apa yang akan anda ceritakan...
Apabila anda berada di kalangan rakan-rakan yang sudah berkahwin atau yang akan berkahwin sedangkan anda belum mempunyai calon untuk berkahwin?
Perihal berapa bilangan anak yang ditargetkah? Hehe.

Topik apa yang akan anda ceritakan..
Apabila anda berada di kalangan rakan-rakan yang bertambah kurus dan kaya sedangkan anda bertambah gemuk dan papa kerana membeli makanan?
Bertanya soal Jus dietkah?

Topik apa yang akan anda ceritakan..
Apabila anda berada di kalangan ibu-ibu mengandung yang sibuk membincangkan simptom-simptom normal semasa mengandung sedangkan anda hanya mempunyai perut yang buncit seperti orang mengandung?
Mabuk lautkah? huhu

10 comments:

  1. baca entry yg menarik ni...dgn tersenyum

    ReplyDelete
  2. adoi... tsenyum simpul aku baca entry ni..xmo la gelak, nnt org kata aku gila gelak sorg2 dpn pc....kih3...

    mnarik gle beb topik ni..
    bab topik calon untuk bkahwin, gemuk dan papa kerana membeli mknan dan perut buncit seperti org mngandung tu...... ttbe aku terasa sendiri beb.... pedas!!! menikam di kalbu...huwaaaa!!!

    * aku xsuke dgr hotfm....lalalala...

    ReplyDelete
  3. haha...lily2..
    aku slalu hadapi situasi2 macam tu..
    tapi aku susah nak nyampuk..sb tak ada idea..huhu

    * aku suka dengar erafm..lalalala

    ReplyDelete
  4. eh..salah...

    *aku tak suka dengar erafm..lalala

    ReplyDelete
  5. hahahaha....
    bkn la... kalu nympuk kang kena marah pulak.. bek diam..hehehe...

    *ape daa..itu pon bole salahkah?? wakakaka...

    aku suke dgr sinarfm....lalala...
    (cm org tua x?)
    lg 1...
    aku suke dgr klasik nasional..hahahaha.. (lg mcm org tua...)

    ReplyDelete
  6. haha...aku tak penah dengar lagi sinar fm or klasik nasional.. ;P

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails