Tiba-tiba rasa lemas pakai ‘contact lens’..
Rindunya dekat cermin mata lama.. sejak dah buat cermin mata baru tahun lepas.. cermin mata lama pun entah ke mana atau entah di mana aku letak. Aku suka sangat-sangat cermin mata lama. Terasa elegan + muda remaja bila pakai cermin mata tu. haha
Bagi aku, cermin mata baru tu nampak macam matured = tua. Mungkin sebab warna putih? Entahlah ye. Kadang-kadang aku terfikir jugak. Yang setakat ni aku sedar, memang aku kalau dah dapat yang baru..yang lama memang aku tinggalkan..huhu
Tapi ada masanya, aku bila dapat yang baru..aku tak akan pakai kalau sebab aku suka yang lama.. tengok benda jugaklah. Tapi kini, bukan cermin mata saja yang merajuk dengan cara menghilangkan diri. Handphone aku pun merajuk sekarang ni. Dan aku sangat-sangat sedih. Huhu
Aku baru sambar Nokia N86 hari tu masa pergi umrah.
Jadi, sekarang ni aku dah ada 3 handphone. Sekarang ni, handphone baru jadi handphone utama. Handphone kedua aku adalah Nokia X3 yang boleh kata baru juga aku beli. Handphone ketiga aku, kosong. Tak ada simcard tapi aku tak nak jual. Bukan apa, sebab handphone tu ada sentimental value.
Handphone ketiga a.k.a Nokia 5030, aku beli gunakan duit gaji pertama aku masa praktikal campur sikit-sikit duit ptptn. Hehe. Sekarang handphone ni masih boleh digunakan, tapi lampu dah tak nak nyala dah. Kalau ‘on’ je handphone tu, boleh guna tapi tak nampak sebab lampu dah tak nyala. Dah tu kadang-kadang dia buat onar dengan memblinking-blinkingkan lampu dia sampai aku hilang sabar. Tapi.. Kesian handphone aku tu kan? Huhu.
Bila fikir-fikir balik, banyak benda juga yang aku bila dapat yang baru aku tinggalkan yang lama.
Macam-macam.
boleh thn hp ni...cite psl baru & lama..teringat kata "hidup ini perlu diperbaharui.,.yg lama jd kan kenangan..dan teladan wat ms depan,"
ReplyDeletekak mia, iyalah..kalau tidak, kita tidak akan maju..hehe
ReplyDeleteTu la ko...cermin lama tu lah yang banyak berjasa...yang membuatkan ko pelajar tercerdik...cian die....
ReplyDeleteseha, haha..memang banyak berjasa pun..puas lah aku nak menggeledah rumah carik balik cermin mata lama tu..huu
ReplyDeletehaha...
ReplyDeleteAku cermin mata aku yang patah tu pun aku simpan tau..lagi satu..nak beli cermin mata kena tengok dan cuba banyak2 kali tengok sesuai ke tidak
masa cuba-cuba pakai tu nampak ok je.. tapi sekarang rasa macam warna terang ni tak sesuai sangat dengan muka..huhu
ReplyDelete