Tuesday, May 25, 2010

Lelaki kacak bila dah tua tak kacak !

Entri ini tercetus akibat daripada pertanyaan adik aku kelmarin. Masa tu baru balik berjogging dekat stadium. Oh ya ! sebelum tu, aku nak bagitahu yang sekarang ni aku sedang giat bersenam membakar-bakar segala-gala lemak-lemak yang ada.

Ceh! Cakap gebang je aku ni. Harap-harap azam nak hidup secara sihat ni bertahan lama sikit. Aku ni cepat je jemu kalau buat satu-satu benda. Sebab tu la badan aku semakin berlemak-lemak.

Berat tidak naik dan tidak turun sejak beberapa bulan yang lalu..tapi baju kurung makin tak selesa nak dipakai, seluar track yang guna untuk pergi jogging semua kena beli baru, pakai tshirt pun dah rasa macam pakai inner baju adik. Ah! Serabut sungguh!

Okeh. Cukup intro.

...................................................

Lelaki muka kacak badan biasa-biasa atau lelaki muka tak kacak tapi badan sehat (fit)? Yang mana akak lagi prefer?

Aku ambil masa juga nak jawab soalan ni. Haha. Kalau aku, aku prefer lelaki muka tak kacak tapi badan fit. Biarlah muka dia tak kacak sekalipun, asalkan dia mempunyai badan ibarat seorang atlet...wahhh! demand pulak. Haha

Kalau badan dia cantik macam
Fahrin Ahmad ke,

Remy Ishak ke..

aku tak heran sangat. Malah, kalau badan dia ada six pax sekalipun..

aku tak berapa heran. Aku suka badan yang biasa-biasa sahaja tapi nampak fit.. macam ni..



Oh ya ! mereka berdua ni bermuka kacak dan berbadan cantik.. maaflah, sudah penat mencari tapi tak jumpa gambar lelaki tak kacak berbadan cantik.. mereka-mereka di atas ni kira bonus lah! muka kacak, badan pun kacak. ngee..

tapi kan..sebenarnya..jawapan aku pada adik aku hari tu lebih kurang macam ni. 
kalau muka handsome macam mana pun, nanti dah tua pun tak berapa handsome lagi dah..tapi kalau badan dia fit, nanti dah tua pun dia masih boleh kekalkan lagi badan fit dia tu..hehe

setuju tak? setuju tak?

1 comment:

  1. hahaha....
    aku stuju!!

    hehehe..amboi.. bkn men lg ea... da start joging dia.. aku blom start lg... ada msalah kt kaki.. ade ke mak aku ckp gout..choi!! baru nk baik ni... t da baik, aku nk joging dr presint 10 smpai presint 11 (berangan xsudah..)

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails