Friday, April 30, 2010

Nenek sakit jantung

Oh ya ! nenek kesayangan saya telah selamat selepas membuat pembedahan bagi mengubati ‘heart blockage’. Pembedahan yang melibatkan belon. Aku betul-betul tak tahu apa nama rawatan tu dan aku tak pernah terfikir pun nak tanya sesiapa sehinggalah di saat aku menaip entri ini.


Time ni la aku menggelupur nak ingat nama rawatan tu. Aku tak nak lah nanti korang kata aku buat entri tak buat rujukan dulu kan. Nama kaedah rawatan ni adalah ‘balloon catherer’. Belon ni akan disumbat ke dalam pembuluh darah untuk menolak plak yang menyumbat pembuluh darah tu. (info lanjut -> klik sini)

Bila tengok keadaan nenek, nampak segar Alhamdulillah. Terfikir juga aku masa tu. Macam mana agaknya perasaan aku kalau aku yang dapat sakit macam tu. Kalau aku yang terlantar kat hospital macam tu. Huih ! minta dijauhkan la..huhu

Agaknya apa perasaan ayah aku masa kena warded pasal kes yang sama ek?. Ayah aku pula kat Singapore. Kalau sakit pening susah nak pi jenguk. Harap-harap nenek dan ayah akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayat. Amin.

Ok. Aku nak gerak pergi hospital ni.


An nyeong hi ge se yo ! to ba yo !
Ilalliqa’ ! maassalamah !
Good bye ! See you later !
Selamat tinggal ! Jumpa lagi !
Adios !
(gila kerek tulis good bye dalam banyak bahasa..haha)

5 comments:

  1. salam buat ur grandma. didoakan semoga nenek bertambah sihat

    ReplyDelete
  2. semoga nenek dayah makin smebuh slps pembedahan ni ye....

    ReplyDelete
  3. bayangkan orang yang pertama kali bagi idea nak buat treatment tu.
    mesti sound stupid kan..

    'kita boleh guna belon!! masukkan belon tu dlm pembuluh darah n tolak clogging material tu keluar.. it would work!!'

    'yer yer.. good idea sangat lah tuu'

    heheheh:)

    ReplyDelete
  4. abg pocket..haha... ye lah kan..

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails