Wednesday, May 5, 2010

Habang hayang hadik, hau !


Sengau.

Pernah dengar? Pernah jumpa? Pernah ada relationship dengan diorang?

Well, aku pernah ada seorang abang angkat yang sengau. Setiap kali aku teringatkan dia, aku mesti rasa sedih. Aku macam tak boleh nak marah dekat dia walaupun dia tu adakalanya sangat annoying pada masa ketika aku masih berkawan dengan dia.

Kami kenal masa dalam awal tahun 2006. Aku tak ingat tarikh dia, tapi mungkin abang Amy masih ingat. Ok. Nama dia Suhaimi bin ... (terpaksa dirahsiakan, kot..kot la dia tak buta it..aku mesti malu kalau dia tetiba pula terbaca entri ni).

Masa tu aku sedang bekerja di Syarikat Business Point Sdn. Bhd.. Syarikat ini adalah syarikat jualan langsung yang menjual buku-buku agama, buku kanak-kanak dan sebagainya. Satu hari tu, aku kena ikut abang Hisham a.k.a manager aku jual buku-buku tu semua dekat Bandar Tampin.

Dah penat round-round, bodek sikit-sikit orang suruh beli buku, baju pun dah nak hampir lencun. Aku rehat jap kat tepi tembok. Lepas tu, nampak dua tiga orang mamat lalu lalang kat kaki lima. Aku pergi approach dia suruh beli buku kalau berminat.

Antara dua tiga orang tu..ada la sorang yang handsome + putih + suka senyum.. tapi dia senyap je..kawan dia yang duk sibuk cakap-cakap. Last-last dia yang beli buku dari aku, kawan dia yang banyak mulut tu tak beli pun. huh

Lepas tu, kawan dia minta nombor telefon untuk konon-konon nak buat report incase cd rosak or tak boleh bukak. Manager aku memang cakap bagi nombor telefon kalau ada sebarang masalah. Tapi aku tak ada pulak nombor telefon dia, jadi aku bagi nombor telefon aku.

Aku masa tu mestilah riang sebab dah jual satu lagi buku. (dapat jual satu buku tu pun dah kira rahmat dah tau masa tu..hehe). tengah-tengah sibuk approach orang lain, aku dapat mesej. Nak berkenalan, dari abang Amy tu. Dia suruh tengok atas, aku tengok la atas (tingkat atas sekali bangunan kedai tu).

Dia lambai + senyum kat aku. Kawan dia lagi happy semacam. Aku? Aku suka jugak..sebab dia handsome. Lepas tu, aku berbalas-balas la jugak mesej dengan dia. Sebagai kawan je ! jangan fikir lain pulak...lalalala

Dah tu, dia pun terus terang dengan aku yang dia ni sebenarnya sengau.

Reaksi aku? Aku tak kisah. Betuuuul..

Dah tu, dia ni pula makin confident agaknya sebab aku still layan dia walaupun dia dah ngaku yang dia ni sengau. Aku bukan kisah pun. Nak kawan, dengan sapa-sapa pun boleh.. tak gitu? Tapi..tiba-tiba dia nak aku jadi awek dia. Masa tu, aku tak tahu nak cakap apa lah kan.

Macam-macam aku fikir masa tu. Tapi, disebabkan masa zaman aku muda-muda dulu tu masih lagi dalam zaman adik beradik yang terangkat-terangkat ni. Aku decide untuk terima dia sebagai abang angkat sahaja. Tak lebih dari tu. tak mahu jadi girlfriend dia.

Kitorang kawan lama jugak lah. Bertahun-tahun jugak. Tapi lama-lama, aku rasa dia macam dah ‘senget’ agaknya duk panggil aku sayang..sayang.. seriau tau ! dan dan tu jugak lah, aku ambil initiatif untuk tidak lagi melayan dia.

Bila dia mesej tu, kadang-kadang je aku jawab. Kalau call? Lagi la aku tak angkat. Bukan tak nak cakap dengan dia ke apa..tapi takut nanti aku suruh dia ulang banyak kali (macam kebiasaannya) sebab tak faham. Huhu..

Makin lama, makin hambar la hubungan kitorang. Walaupun dia bekerja sebagai pengawal keselamatan, aku tak pernah pandang rendah pada dia. Sebab dia baik, cuma mungkin kekurangan kasih sayang kot. Haha

Dah tu, lama-lama terus je senyap. Tapi aku tak lupa tiap-tiap tahun untuk wish birthday dia. Dia pun sama, tak pernah lupa wish bezday aku tiap-tiap tahun.

Tapi....

Tahun ni aku terlupa untuk mesej dia di hari kelahiran dia yang ke-29 tahun. Betul-betul terlupa. Hari ni baru aku teringat, tapi dah 3 hari lewat. Lama juga aku fikir...nak mesej ke tak nak, nak mesej ke tak nak.. last-last aku decide untuk diamkan saja. Biarlah jadi sejarah je antara aku dan dia. Ececece..ayat...haha

Jadi sekarang ni, aku tak suka kalau ada orang mempersendakan orang yang sengau. Bukan dia suka-suka nak jadi sengau. Dia tak boleh ubah semua tu. Aku masih ingat lagi macam mana sukanya abang Amy bila dia dah dapat kad OKU. Masa dia bagitahu tu..aku rasa macam nak menangis..kesiannya dia..

Tak dinafikan, memang kelakar kalau diorang ajuk-ajukkan orang sengau dalam televisyen. Tak kiralah sama ada melawak ke ape ke. Aku suka juga, cuma aku mesti akan rasa sedih. Tak tahu kenapa.  Huhu...

3 comments:

  1. kt tmpt akk ada gak lecturer yg sengau...tp dia sehabis boleh memastikan suaranya didengar oleh stdn, baik bdk tu

    ReplyDelete
  2. ye ke? boleh pulak ek dia diterima sebagai lecturer.. bagus.. boleh jadi seorang yang dicontohi..

    ReplyDelete
  3. an aboi kan..hari ni akak sangat sedey

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails