Friday, May 21, 2010

My Lovely Kim Sam Soon

Kali ni review cerita korea lagi..
Cerita ni ramai cakap best.. banyak dapat anugerah pulak lagi tu..
Tak percaya? Tengok kat sini --> MY LOVELY KIM SAM SOON


Jadi, secara tak langsung..aku pun tengoklah jugak..

Bila dah tengok...berapa bintang aku nak bagi untuk cerita ni ek? Tiga? Dua? Ah tak kesahlah.. overall, bagi aku cerita ni bosan kot..

Cerita dia pasal sorang perempuan berisi yang suka kat bos dia..
Bos dia pun ada feeling kat dia ni..tapi tetiba pulak ex-girlfriend bos ni datang balik..
Lepas tu, ada pulak doktor yang sukakan ex-girfriend bos dia ni..
Pusing punya pusing punya pusing..mestilah yang perempuan berisi ni bercinta dengan bos dia. Tamat.

Kenapa aku tak suka cerita ni? Sebab watak heroin dia tu kasar. Sangat-sangat kasar. Langsung tak boleh masuk dengan jiwa aku. Aku kasar jugak orang nya, tapi bila tengok heroin cerita ni buat aku rasa meluat. Haha. Gila evil komen. No offense ok? kepada peminat-peminat cerita ni..it’s just my opinion.

Tapi yang bagusnya cerita ni..dia menunjukkan yang orang gemuk pun boleh dapat cinta sejati. Ceh ! at least dalam cerita ni heroin tu ada x-factor dia..boleh buat kek yang sedap dan cantik. Aku? *tetiba emo (-_-")

Tapi..dulu kan.. dulu la..

Aku pernah kot fikir macam heroin tu.. kalau ada jejaka datang approach dan kita senang bergaul dengan dia...dia lah harapan terakhir.. tapi aku sedar.. susah nak jumpa jejaka yang betul-betul jujur sekarang ni...kan? *emo lagi ..sob..sob

.......................................

4 comments:

  1. sabo dik, bio si dia bole trima keadaan kite seadanya adlh anugerah yg plg best

    ReplyDelete
  2. oh! Daniel Henneyku... he2...

    ReplyDelete
  3. baik kurus atau gemuk, semua mempunyai cerita cinta sendiri..aboi juga pastinya ada kan.

    bile rs terluka, pasti kte rs kecewa dgn yg bernama 'cinta'

    kisah ni sy dulu minat tgk gak..tp sy ni jenis tgk jap je..lps tu x ulang tayang dah

    anyway jgn sedih2x ye aboi...

    ReplyDelete
  4. kak lina, iyelah..harap-harap cepat2 jumpa la orang macam tu..hehe

    jue, ceh ! sama jugak minat kita..haha

    kak mia, aboi pun selalunya tak de ulang tayang-ulang tayang..tapi.. ntah macam mana...cerita you're beautiful dah tengok 2 kali..hehe

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails