Sejak dua menjak ni aku dah jadi addicted dengan drama-drama korea ni. Banyak jugak aku tengok drama-drama korea yang panjang berjela-jela cerita dia. Sangat melalaikan dan sikit lagi aku nak kena hentak dengan mak guna bantal gara-gara tak mahu basuh pinggan dengan segera bila sedang tengok drama-drama korea ni.
Ah, disebabkan drama-drama korea ni jugaklah menyebabkan blog aku ni sunyi sepi sementara tanpa kabar berita. Aku pun lebih rela tengok korea dah sekarang dari main farmville kat facebook. Ntah apa cerita ntah tanaman-tanaman aku kat muka buku tu.
Ok, berbalik kepada tajuk cerita.
Aku sekarang dah gila bayang dengan Jang Kuen Suk (Hero You’re Beautiful – Hwang Tae Kyung).. adeh ! meleley aku tengok muka dia..haha. Ok, ok..aku bukan saja terkesima dengan muka dia yang handsome lagi jambu, tetapi watak-watak lakonan dia..peh ! terkesan di jiwa..haha
ni lah dia...handsome kan?
Punya lah aku addicted dengan dia. Siap sign up as member fanclub dia lagi. Bukan tu saja, saja nak kerek dengan korang..bezday dia sama dengan bezday aku..haha
Tak faham bahasa korea? Hello ! dunia dah maju lah..copy paste dekat google translate aja sudah..haha. walaupun bila translate tu ayat dia terabur macam hape, tapi demi Kuen Suk.. I sanggup. Haha. Ok, aku dalam mood gedik.
nampak tak pakcik google punya function?
Cumanya aku tak faham bila dia keluar macam kat bawah ni. apa aku nak translate kan? ceh !
Lagi satu, walaupun jalan cerita filem Do Re Mi Fa So La Ti Do tu sangatlah ntah hape-hape..berganding pulak dengan heroin yang tak berapa cun, tapi dia tetap menten comel...
Kalau dalam filem Baby & Me tu pulak, aduii...lagi la tak tahan.. dah 2 kali aku tengok cerita tu.. sebab tengok dia dengan baby tu..sama-sama comel.. adeh !
comel kan diorang ni...(^^,)
Aku ingat nak tengok lagi sekali cerita You’re Beautiful (watak Kuen Suk dalam cerita tu sangatlah menarik perhatian aku)..
tapi terpaksa tangguh dulu sebab sekarang tengah layan drama Boys Before Flowers kat mysoju.com.
Pesanan aku kat kawan-kawan, kalau belum layan cerita korea..janganlah mulakan ! tengok drama Na O Mei tu lagi bagus..support melayu la beb !
~ ah ! tiba-tiba rasa entri ni macam entri remaja-remaja perempuan zaman sekarang..ahaks!
adik kak mia pun suke cite mcm ni..smpai mak marah..sebab dah addicted...hg kan kat labtop dia penuh gmbr korea & artisnya...aduhai..
ReplyDeletekak mia, tau tak pe...aboi ni pun sikit je lagi nak kene sesah sebab dah addicted sangat..huhu
ReplyDelete