Thursday, February 25, 2010

Masih Ingat Alien Workshop???


Dulu-dulu zaman aku sekolah rendah..
sticker-sticker alien workshop ni sangat laris di pasaran..

aku rasa mende ni macam fenomena je masa tu..
semua kawan-kawan aku duk kumpul sticker-sticker alien bermacam bentuk dan warna..
siapa yang ada paling banyak.. mestilah mereka akan gebang-gebangkan barang dia orang tu pada kawan-kawan yang belum cukup duit untuk beli sticker banyak-banyak.
punya la berlagak ! ceh !

aku pun duk sibuk juga mengumpul sticker-sticker ni semua.
duk sibuk kumpul tapi sikit pun tak tau apa-apa pasal alien workshop ni..
ntah mana datangnya pun aku tak tau..

aku beli cuma sekadar membuktikan bahawa aku ni tak la ketinggalan daripada rakan-rakan yang lain..
dah banyak-banyak sticker..tak tau nak buat apa..
kan dah membazir..

last-last..fikir punya fikir, aku tampalkan sticker-sticker tu dekat pensel box dan basikal aku..
yang mana ada kepala comel dia sahaja..aku tampal dekat pensel box..
kadang-kadang buat tak pandang je tampal kat atas meja..
bila cikgu datang, tutup dengan buku teks..bajet tengah struggle study..hehe

antara sticker yang paling banyak aku ada adalah macam kat bawah ni..
memang banyak, colourful sungguh...sangat menarik..ngeh3



tiba-tiba saja aku teringat tadi..
dan dan tu juga aku google apa sebenarnya alien workshop ni..

rupa-rupanya, syarikat skateboard da...
baru la aku tau..korang tau ke?
mesti tak tahu juga kan? nak tau lebih lanjut... klik saja di SINI

~ seronok kan zaman sekolah dulu-dulu..

Wednesday, February 24, 2010

Kerjaya VS Zodiak

*this is an auto-publish post
rasanya macam betul je sikit-sikit..hehe

Spring Sport Saga Ranformers !

*this is an auto-publish post

Pada asalnya.. aku nak jadikan blog ini sebagai blog yang menceritakan segala-galanya pasal kereta aku..

tapi disebabkan kereta aku tak ada apa-apa update yang best melainkan calar-balar disebabkan oleh geselan-geselan manja dengan gate rumah orang...dengan divider...dengan kereta myvi..dengan dinding kedai dan sebagainya..
jadi tak ada la aku update apa-apa pasal kereta aku...hehe

.....................................................

Sehari sebelum aku pergi pasang spoiler [hari Sabtu la maknenya]..
aku dah pergi kedai Richard..kat telok mas..
tukar spring sport..
spring apa kah jenama nya... aku lupa.. serius lupa !

jumlah kerugian...RM 320..

nampak tak spring tu?? tu la spring Ranformers yang lama..


ni pula..adik aku yang duduk sebelah rim-rim sukan di kedai Richard.


mana gambar-gambar semasa menukar spring? aku tak ambil.. malaslah !

Saga Ranformers !

kenapa Ranformers?? nanti aku cerita...





hari ahad lepas aku g kedai bodykit kat malim..
kedai ni aku pernah survey ngan abg ayie (prosboc) lama dulu..hehe
baru skarang duit betul-betul cukup nak tukar..

hari ahad tu aku cuma pasang spoiler je dulu..sb skirt yang lain kena order dulu..
spoiler je RM 200 ++..harga betul-betul..tak ingat.

Lepas tu..semalam petang, Wong tu telefon suruh datang kedai pasang..
aku pun balik kerja terus shoot pergi kedai dia..
dia sempat racun aku suh pasang skali front diffuser yang panjang.. RM 180 tak silap aku dia cakap..

so..kat atas tu gambar hari ni, lepas makan dekat depan Mini Malaysia..



jumlah kerugian semua sekali..
spoiler mugen + depan modulo + skirt tepi modulo juga kalau tak silap. lupa lagi + belakang skirt AC... sama dengan RM 720...

itu pun aku dah bargain.. kemut betul tokey tu ! ceh !

tapi..apa-apa pun..kesimpulannya, aku puas hati..ngeh3..


ni la Wong..orang yang bertanggungjawab pasang bodykit Ranformers..

Gigi. Darah. Muntah. Loya.

Gigi..

Bila sebut je gigi..aku macam fobia ! entah kenapa aku rasa doctor gigi tu semua menakutkan. Tak kira walau dia cantik atau handsome..bila aku tengok dia pegang mesin untuk tampal gigi tu aku dah kata dia jahat… [masa kecil-kecil dulu la.]
Seram wey !

Kalau kamu orang nak tau..
Aku adalah orang yang paling tak gembira bila nampak van pejabat kesihatan datang kat sekolah. Aku tau ! dia orang semua mesti nak check gigi budak-budak. Dia orang memang kejam.

Bila nampak je dia orang keluar dari van. Aku dah start berpeluh-peluh menunjukkan tanda-tanda gementar yang amat. Aku dulu umur 4 tahun aku dah tumbuh gigi betul. Sebab gigi susu aku dah patah bila mana aku jatuh. 4 batang gigi tu hilang !! rongak aku sekejapan. Tapi still comel okay..haha

gigi ni memang nightmare !
sumber : google

Ingat lagi, masa sekolah rendah..
Kena bawa berus gigi pergi sekolah.. aku ingat-ingat lupa kena bawak cawan sendiri ke tak. Tak kesah la yang pasti masa nak belajar gosok gigi tu kena ada cawan dan berus gigi. Rasanya ubat gigi dia supply kot. Tak ingat.

Cikgu suruh beratur panjang-panjang luar kelas bila tiba giliran. Jalan lah menonong ke depan bilik darjah tempat nurse-nurse tu bertandang. Beratur sambil hulur berus gigi nak kasi nurse tu letak ubat gigi. [eh! Memang dia supply ubat gigi lah]

gambar hiasan
sumber : google

Lepas tu, bercangkung lah kami beramai-ramai di tepi longkang sambil pegang berus gigi dan cawan berisi air paip. Nurse tu pun ajarlah kami cara-cara berus gigi yang betul. Ada budak yang sungguh-sungguh berus gigi..sampai darah-darah.. tension aku tengok.. ceh !

Geli-geleman lah juga masa tu. Tapi apa boleh buat..terima saja lah.
Lepas berus gigi tu, berkumuh la kami beramai-ramai. Ada juga yang berkumuh sambil meludah. Masa tu sikit je lagi aku hampir-hampir nak tepuk kepala dia kasi muntah betul-betul. Huh !

Dah sudah tu, semua pakat lap mulut dengan lengan baju. Aku je steady lap dengan tudung sekolah. Dari awal sampai akhir urusan berus gigi tu. Nurse tu tak henti-henti bercakap. Panas juga telinga dengar bebelan nasihat nurse-nurse tu.

Cikgu-cikgu yang tengok dan yang iring kita orang sikit pun tak masuk campur. Terangguk-angguk macam burung belatuk. Sikit pun tak backing kita orang. Dah tu, tak habis-habis suruh kita orang buat barisan. Nak balik kelas pun kena berbaris juga.

Malas sudah mahu cerita lagi. Aku nak pergi makan sarapan.
Nak tau sejarah berus gigi? Dulu berus tu dia orang buat guna bulu babi tau. Tak percaya??
Klik saja kat gambar bawah ni.
~ anak kawan sepejabat saya kena bawa berus gigi ke sekolah hari ini.. (^^,)

Tuesday, February 23, 2010

Ciuman? Kasih Sayang atau Kebencian?? Nak Kene Bunuh ???

aku rasa semua orang penah kene cium... kan?
alaa, zaman sekarang kissing-kissing ni dah jadi perkara yang biasa..kan?
setakat kissing-kissing..aku rasa budak-budak zaman sekarang ni lagi advance..kan?

Aku suka kena cium ! [statement berani tu..]
Aku suka juga cium orang ! [bukan semua orang ye !]

Ala..setakat cium mak..cium nenek setiap pagi nak pergi kerja tu..apa adahal..kan?

tapi...

...........................................................


Apa kejadahnya nyamuk nak cium pipi aku pagi-pagi buta tadi?
KIRI dan KANAN pulak tu !


............................................................

BARAN juga aku pagi tadi..
tak dapat pulak tu aku bunuh dia !

pagi-pagi buat mood aku barai...

Monday, February 22, 2010

Komik ? Politik? Blogging? Merapu Meraban? = Tidak Stabil

Brader Ariff pernah mengetengahkan perkara mengenai
- Jenis-jenis Blog yang Wujud Dalam Dunia Blogging Melayu.

Antara Jenis-Jenis Blog yang disenaraikan adalah:

1 - Blog Personal
2 - Blog Informasi
3 - Blog ntah hape hape/blog copy paste
4 - Blog Translate
5 - Blog Gambar
6 - Blog Politik
7 - Blog cerita

nak baca keterangan mengenai blog yang disenaraikan ? Klik SINI

Dalam banyak-banyak blog yang disenaraikan ni..
Aku tak pernah jejak or baca blog Politik.. tiada keinginan dan tak rajin nak baca..huhu

Dalam banyak-banyak blog yang aku follow..ada satu jenis lagi yang rasanya brader Ariff tak nyatakan..yang aku suka sekali adalah blog yang macam komik.. i mean macam...blog-blog diorang ni..

Zack Zukhairi - dia suka lukis story pendek siap dengan lagu lagi.. best !

Comicstriper - lukisan + cerita tak pernah menghampakan..best juga !

A Reseacher's Life - lukisan dia pun best tapi dia jarang update blog..but I tetap follow..hehe


~ singgah la kat blog diorang...for sure you all tidak akan kecewa..ngeh3

Exposing Myself? Do you actually care?

[This is an auto-published post..]

I do lots of quizzes in facebook yesterday..
And here is the result..











~ I'm bored

Saturday, February 20, 2010

Asyik-Asyik Tuah..Asyik-Asyik Jebat.. mana pergi Lekir, Lekiu & Kasturi???

Pernah tak kamu orang semua terfikir bila masa kita bercerita mengenai sejarah melayu je..
mesti cerita hangat yang disembangkan adalah mengenai Hang Tuah bergaduh dengan Hang Jebat..

Padahal, kecil-kecil lagi kita dah tahu bahawa pahlawan melayu ni semua ada 5 sekawan..Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Kasturi & Hang Lekiu..
Mereka telah pergi menuntut ilmu bersama-sama di gunung ledang suatu ketika dulu..tapi

kenapa hanya Hang Tuah dan Hang Jebat sahaja diingati?
kerana pergaduhan merekakah? dan kenapa pula Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi tidak se'glamour' mereka? kerana tiada pergaduhan kah?
anda rasa kenapa?

aku terfikir juga..kenapa ya aku tidak tahu apakah sejarah-sejarah pahlawan-pahlawan melayu terdahulu..aku belajar tak habiskah? hehe
rasanya bila orang tanya.. pasti aku akan ungkitkan mengenai pergaduhan di antara Hang Tuah dan Hang Jebat..

dan aku boleh jamin kepada semua, yang aku pasti tidak akan menyentuh mengenai Hang Lekir, Hang Lekiu mahupun Hang Kasturi..
paling-paling bijak pun aku rasa aku cuma cakap yang Hang Nadim tu anak Hang Jebat tau ! korang tahu ke?

Ni aku cerita sikit-sikit pasal Hang Tuah ngan Hang Jebat.. ringkas-ringkas sudaa..
takut juga aku kalau cerita panjang-panjang kamu orang tak mahu baca sampai habis..hehe

Ceritanya macam ni..

Hang Tuah kene fitnah berzina dengan Melor.. disebabkan itu, Sultan murka dan jatuhkan hukuman mati pada Hang Tuah..
tapi Hang Tuah tak mati sebab Bendahara tak mahu bunuh dia..kesian mungkin? aku tak tahu.
Cerita Hang Tuah dengan Hang Jebat yang difilemkan zaman dulu-dulu pun aku tak pernah tengok sampai habis.. bila tengok, tahu-tahu saja dah tamat..hehe

Lepas tu, Hang Jebat yang merupakan rakan karib Hang Tuah bertindak untuk menuntut bela di atas kematian Hang Tuah.
Hang Jebat mengamuk sakan dan menderhaka pada Sultan. Tidak ada pahlawan lain yang boleh menandingi Hang Jebat dengan adanya keris Taming Sari di tangannya.
Bila dah jadi macam tu, Sultan menyesal dan Bendahara pun bagitahulah yang sebenarnya dia tak bunuh Hang Tuah.

Bila sahaja Sultan tahu Hang Tuah masih hidup. Dia telah menitahkan Hang Tuah untuk membunuh Hang Jebat.
Last-last Hang Jebat kalah juga lepas Hang Tuah dapat rampas keris Taming Sari tu..
Hang Jebat tewas di tangan Hang Tuah setelah dia cube membela Hang Tuah yang difitnah.

untuk mengetahui lebih lanjut.. sila klik SINI (versi Melayu) atau klik SINI (versi Bahasa Inggeris)


Oh ya ! Ini antara monumen atau perkara yang membuatkan kita tak boleh lupa Hang Tuah, Hang Jebat dan keris Taming Sari..
Jalan Hang Tuah
(Uitm dengan UTeM ada kat situ..Pizza Hut juga ada di Jalan Hang Tuah)


Perigi Hang Tuah
(tak pernah kering dan airnya jernih)

Jambatan Hang Jebat
(masih tengah renovate lagi ni)

Menara Taming Sari
(Aku dah pernah naik..tengok entri ni)

Ni la keris Taming Sari dan menaranya
(sumber : google)

Kalau Hang Lekir, Hang Lekiu & Hang Kasturi...
paling kuat yang aku pernah tahu..nama diorang diadaptasikan sebagai nama group untuk baju sukan sekolah..
Warna dia aku ingat-ingat lupa..
paling aku ingat group Nadim - baju sukan colour purple..hehe

Oh ! Sebut mengenai Hang Nadim..
Dialah yang bagi cadangan letak batang pisang sepanjang pantai untuk elak serangan ikan todak kat Singapura zaman dulu-dulu... nak tau pasal Hang Nadim? Klik SINI

Aku teringin juga bercerita dengan lebih lanjut mengenai Hang Lekir, Hang Lekiu & Hang Kasturi..
tapi aku dah gode-gode google...yahoo pun aku ada jeling-jeling..
tetapi result yang aku terima..mendukacitakan sungguh..

paling hebat pun dia kata mungkin Hang Kasturi yang berbalah dengan Hang Tuah..bukan Hang Jebat..apakah?

eh ! eh !
aku hampir terlupa..ada juga berita hebat yang aku dapat semasa menyelongkar internet tadi..
ada desas-desus mengatakan yang pahlawan-pahlawan hebat ini adalah dari keturunan CINA..

Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir & Hang Kasturi = cina???
tak percaya? Klik SINI

Aku tak percaya..jadi aku selongkar lagi google..
akhirnya jumpa la info ni.. yang ala-ala backing sikit la cakap pahlawan 5 orang tu bukan cina..
sejauh mana kebenarannya tu..wallahualam..
aku tak tahu.
nak baca penerangan yang berkaitan? Klik SINI


Jom layan video part Hang Tuah lawan dengan Hang Jebat..




~ entri ni tercetus disebabkan oleh Jambatan Hang Jebat yang saya lalu semalam..

Friday, February 19, 2010

Lelaki..Perlu ke jadi GENTLEMAN??

Well, pada pendapat aku..lelaki perlu menjadi seorang yang gentleman..
Tapi ! mesti kena pada masa, perkara dan tempatnya..

Jangan jadi macam Putera Yul dalam Princess Hour – bersikap gentleman dalam meluahkan rasa hati tetapi bersikap kebudak-budakan dalam mendapatkan apa yang diingini.. oh ya ! perbuatan dia menyelamatkan keadaan di saat-saat genting adalah sangat gentleman..berani buat berani tanggung la..kan?

Jangan juga menjadi seperti Putera Shin dalam Princess Hour – bersikap gentleman dalam menjalani kehidupan seharian (tidak meminta tolong selagi mampu menjalani kehidupan) tetapi bersikap dingin dalam meluahkan rasa hati..

Apa yang dapat aku simpulkan adalah mereka berdua ini gentleman pada masa, perkara dan tempat yang tidak sesuai...sangat pathetic okay !

Ok. Cukup !

......................................

Sekarang ni..aku bukan nya nak cerita mengenai lelaki gentleman..
Tetapi aku nak cerita mengenai lelaki yang langsung tidak gentleman..malah kebudak-budakan..
Lelaki ini wujud di alam realiti. Wujud di dalam hidup insan yang bersembunyi di sebalik nama aboi.. ngeh3
sendiri rasa menyampah !

Lelaki ini nama gelarannya adalah kudung. Atas sebab apa dia dapat nama tu? Biarlah jadi rahsia.
Kami pernah berkawan bagi mengenal hati budi masing-masing.
Tapi..semakin aku kenal dia..semakin tak serasi aku rasa..

Dulu selalu berhubung dengan dia..
Tak kira sama ada melalui khidmat pesanan ringkas mahupun telefon-telefon..
Hati aku pernah juga terusik dengan kehadiran dia..
Mungkin juga kerana aku sunyi tiada teman lelaki.. ceh ! touching plak..

Hari berganti hari, entah kenapa..aku semakin malas nak layan dia..
sebab bagi aku dia sangat lah immature !

Then semalam, aku saja-saja mesej dia ucap selamat hari lahir..
Tujuan aku tu ikhlas nak ucap selamat walaupun hati rasa macam tak best..
Dulu dia jauh nun di Skudai..
Sekarang dah dekat...ada di Merlimau..

Dan aku ni sangat panas baran orangnya..agaknya lah
Dan aku mudah sakit hati dengan lelaki-lelaki touching macam ni..
Bila terima balasan mesej dari dia semalam.. aku jadi geram.. menyampah !
Ni la kandungan mesej aku dan dia semalam..


Aku : Selamat hari lahir..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..

Kudung : Tq..egt lg ea..nk tnye ckit.

Aku : Apa?

Kudung : Bwk sy jln2..

Aku : Tak boley la..sye ni bukan jenis yang senang kuar umah..susah nak kuar

Kudung : Yelh dayah..spe lh sy kan..egt lak kat sy nie npe

Aku : Saje nak ucap bezday..x boley ke?

Kudung : Boley..cme pelik..ble sy call..x jwb..msg x reply..

Aku : Sb sye x boley angkat n reply..sebab apa..jangan tanya..sye tak akan jawab..

Kudung : Xpe lah dyah lau cmtu..tq a lot..aggp je sy nie bkn kwn awk ag

Aku : Kenapa cakap macam tu?

Kudung : Xde pelh..lau cmtu cbe ckp npe x jwb kol n rply msg

Aku : Sye x slalu pegang phone sye..jadi sye slalu x pasan msg masuk atau ada call masuk..pastu awak asik ajak jalan2..sye bukan bley ske2 kuar umah.. bile sye nak kuar saya kuar..sye duduk ngan family..susah..lg pulak klau sye cakap kawan laki..

Kudung : Npe? Dh ade yg kwal ke? Mean tunang?

Aku : Mana ada, family la kawal..

Kudung : Yelh tu..

Aku : Terpulang..sama ada awak nak pecaye atau x..tu lah kebenarannya..

Kudung : Yelh dyah..x pelh..

Aku : Suke hatilah..

Kudung : Ok..tq


See??? Nampak tak??
Menyampah tak??

Kalau aku sangat menyampah okay ! Meluat betul !
Macam budak-budak. Tak macam dah dewasa langsung.
Sikit-sikit nak merajuk..nak buat ayat-ayat touching..
Nak feeling-feeling..

Hello ! grow up and be a man lah !
Bersikap la macam orang-orang dewasa sikit..baru gentleman beb !

Thursday, February 18, 2010

Aku kena tangkap basah ! Vol. 2

haiyoo.. seram pula aku dengan tajuk entri aku sebelum ni.. hehe

Sambungan last entry..

Selepas tu, ada lagi acara-acara lain yang betul-betul menguji semangat kekitaan kumpulan kami. Dah la baru kenal, kena pula buat sama-sama. But, aku salute dengan pelajar cina. Mereka sangat bekerjasama dan berdiplomasi.

Tidak salah mengampu pelajar-pelajar cina kan? Nak-nak lagi sekarang ni kan masih semangat tahun baru lagi..hehe

Then, kalau tak silap. Acara terakhir kami adalah bekerjasama menghabiskan biskut yang di supply. Senior-senior yang baik hati telah memberi kami makan setelah berhempas pulas menyelesaikan aktiviti-aktiviti sukan itu.

Tolong jangan impressed ! makan biskut cream cracker (yang bulat-bulat tu) bersama dengan ‘wasabi’ yang rasa dia macam...haram !! adalah sangat tidak lazat dan meloyakan anak tekak..okay ! aku syak, dia bukan letak wasabi. Tapi dia letak watercolour buncho bewarna hijau pucuk pisang. Langsung tak pedas dan bau ‘wasabi’ itu juga sebijik macam watercolour buncho.

Dan di saat aku terasa mual seperti orang yang sedang mengandung, si dia datang membantu. Dia dan temannya (lelaki) bukan teman lelaki okay ! membantu menghabiskan biskut-biskut tersebut tanpa banyak soal. Muka dia merah padam juga masa tu. Sangat comel ! hehe.

Dua tiga hari juga aku boikot tak mahu makan biskut cream cracker tu. Trauma.

..............................................

Dia juga sangat suka keluar daripada kelas pabila ketiadaan cikgu. Kata rakan-rakan yang lain dia pergi mencari cikgu yang mengajar bagi matapelajaran tersebut. Entah benar apa tidak. Aku tak tau. Kalau benar, memang dia sangat-sangatlah memikat orangnya. Betul tak?

Dia juga agak popular di sekolah itu. Mungkin disebabkan oleh dia pernah menjadi ketua pustakawan sekolah sebelum itu. Berkarisma sungguh kan dia? Oh lupa. Dia juga sangat kemas. Sentiasa kemas. Eh, pernah juga dia kelihatan selekeh. Sekali sekala aja mungkin. Hehe

Cukuplah kan aku cerita sampai kat sini. Nanti cerita lebih-lebih takut kamuorang semua tidak dapat menerima kenyataan jika aku berjiwang-jiwang pula mengenai dia di sini.

By the way, aku ingin mengucapkan selamat tahun baru cina kepada semua warga cina di Malaysia dan di negara-negara lain juga.

Aku kena tangkap basah !

Sekarang ni sibuk pasal Chinese New Year.. sangat meriah !
Tapi aku bukan nak cerita pasal sambutan CNY ni..

Aku nak cerita pasal seorang budak cina lelaki yang sangat good looking dan gentleman sehingga boleh membuatkan aku terpikat kepadanya dalam hanya masa beberapa hari berkenalan.. (ceh ! macam real pula bunyinya)

.......................................

2006

Aku pernah bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yok Bin, Jalan Air Leleh, Melaka (SMYB).

SMYB ni juga digelar sebagai ‘Sekolah Berbudaya Tinggi’..
Di sekolah inilah saya bertemu dengan jejaka tersebut...

Nak tahu nama dia? Hehe..
Secara jujurnya aku beritahu pada semua bahawa aku dah tak ingat nama dia..
Sudah terlalu lama.
Berkenalan cuma dalam tempoh 2 minggu.. terpisah sudah hampir 4 tahun..
Masakan aku masih mengingati namanya..kan?
[aku bukan apa..aku cuma nak cakap yang aku tak ada la minat dia sangat-sangat.. betul tak? Hehe]

Ok. Enough !

.........................................

Jun 2006

Minggu Orientasi pelajar baru – tingkatan enam (bawah)

Pertama kali menjejakkan kaki di SMYB.. dia adalah pelajar yang pertama tersenyum pada aku..
Ok. Aku tipu.
Tapi memang dia senang tersenyum. Sangat menyenangkan dan sedikit sebanyak dapat juga meredakan kegugupan aku di sekolah baru. Mesti korang terfikir, ek eley minah ni..first time tengok dah tertarik...ntah apa-apa. Kan?

Kami (pelajar baru) ditempatkan di sebuah bilik (tak ingat bilik apa..tapi aku syak bilik tayang) untuk sesi perkenalan dan pembahagian kelas.

Cikgu tengok result spm aku..tapi dia was-was nak masukkan aku dalam kelas apa..fizik atau biologi.. sebab result aku sama je baik kimia, biologi, fizik, matematik tambahan dan EST.
Lepas tu aku pun choose biologi..sebab konon-konon minat lagi biologi daripada fizik..hehe
Tak sangka pula yang aku dan dia satu kelas. Itulah namanya jodoh ! kan?

Then, kitorang kena jalani proses orientasi pelajar baru..
Lepas ceramah-ceramah, sembang-sembang dan rebut-rebut kerusi sikit-sikit..
Kitorang kena jalani aktiviti outdoor yang sepenuhnya di organize oleh senior-senior – tingkatan enam (atas)

Banyak sangat aktiviti dia..tapi aku sikit pun tak kesah.. sebab si dia dapat satu group dengan aku.. Jodoh atau kebetulan??
eh ! aku tidak melebih-lebih bukan pabila bercerita mengenai si dia?? Haha.

Aktiviti-aktiviti dia sangat menyusahkan dan memerlukan kekuatan mental yang tinggi..kekuatan fizikal sikit-sikit aja yang teruji.

Dan.. ada satu aktiviti..by group lah..

Kami disuruh untuk berbaris mengadap urusetia..
Sekali lagi diingatkan..
Si dia pun dalam group aku juga. Takut-takut korang terlupa..hehe

Dan.. semua pelajar perlu memikirkan satu nombor dari 1 hingga 100..
Seorang urusetia beri taklimat sepotong dua ayat.
Yang seorang lagi sibuk kendong belon air yang kadang-kadang sengaja di acah-acahkan di atas kepala kami.

Rules nya adalah, jika urusetia tadi terfikir nombor yang sama dengan nombor yang sedang kita fikir.
Boom ! Kecepek ! Pecahlah belon air tadi di atas kepala kita. Basahlah kita !

Jadi, kisahnya sekarang...aku lah antara orang yang telah dibasahkan oleh senior. Aku syak senior tu saja je nak tangkap aku kasi basah. Eh ! bukan tangkap basah ye.. (^^,)

Dendanya, aku kena menyanyi lagu SMYB dengan penuh semangat dan dedikasi di hadapan ahli-ahli kumpulan aku. Masak ! Sepatah haram pun aku tak ingat lirik dia apatah lagi rentak muzik dia..
Then, datanglah penyelamat.. Oh my hero ! opps..terlebih sudaaa..

Si dia datang ke depan. Berdiri sebelah aku untuk menjadi volunteer bagi menyanyikan lagu SMYB bagi pihak aku. Wah ! sangat gentleman okay ! ulalala... hatiku berlagu riang !


Sambungannya next entry....

Blog - Realiti atau Fantasi??

Aboi pernah ditanya, macam ni...

Tak malu ke cerita pasal diri sendiri dekat blog?
Tak segan ke?
Kenapa nak tulis blog?

Kalau korang, korang jawap apa?

Wednesday, February 17, 2010

Geng Blogger – Sakit Hati, Sakit Mata, Tak Segan, Rakan, Gila Glamour

Apa bestnya Geng Blogger sampai aku target nak jadi Blogger Paling Friendly satu hari nanti?

Apa bestnya Geng Blogger sampai aku seboleh-boleh berharap agar satu atau dua entri aku tersenarai dalam Entri Popular Hari Ini?

Apa bestnya Geng Blogger sampai aku teringin sangat nak tergolong dalam golongan Profail Popular Hari Ini?

Apa bestnya Geng Blogger sampai aku nak ping entri aku setiap kali aku update blog?

Apa bestnya Geng Blogger sampai aku nak blog aku tersenarai sebagai blog Paling Glamour Bulan Ni?

Apa bestnya Geng Blogger sampai aku asyik jeling-jeling isi kandungan forum sampai juling?

Apa bestnya Geng Blogger sampai aku bercita-cita nak ditemuramah macam Blogger Bulan Ini?

Apa bestnya Geng Blogger sehingga boleh buat aku penasaran ketika ini?

Apa bestnya Geng Blogger sehingga setiap kali aku sign in.. idea untuk mengupdate blog datang mencurah-curah?

Apa bestnya Geng Blogger sampai aku rasa aku telah follow blog seseorang tu padahal aku tak pernah follow pun?

Apa bestnya Geng Blogger sampai aku rasa macam lepak dengan kawan-kawan di alam maya?

Apa bestnya Geng Blogger sampai aku rasa macam aku ni gila glamour?

Apa bestnya Geng Blogger???

YOU TELL ME ! (^^,)

Apa ada dengan Nokia X3 ??


Saya semakin hari semakin kecewa !
Sebab apa?
Sebab handphone ni la !!

Sebab apa? Sebab handphone ni kamera dia tak fokus...gambar tak cantik...gambar macam blur ! (ke tangan aku yang menggeletaq??) ah !! aku peduli apa ! aku tension ! aku tension ! huhu

pasal function lain tu..aku no comment la..
sebab aku ni bukannya peduli sangat pasal function lain..
aku beli Nokia X3 ni pun sebab kamera dia 3.2 megapixel..

bila terjadi macam ni..harapan nak buat 'live blogging' selalu semakin memudar.. keterujaan aku nak ber'live blogging' sedikit demi sedikit terhakis mengikut peredaran masa..

nak tukar..tak nak tukar? nak tukar...tak nak tukar?

Coklat Jalan Kualiti dengan United Kingdom (UK) = apa kene mengena?



Kaitannya adalah...

Coklat 'Quality Street' ini dibawa khas dari UK...

hebat bukan?
[actually kan..aku tak tau la betul ke tak coklat ni dibawa khas dari UK..aku andaikan dari UK la sebab hari tu khabarnya En. Nizam ke UK atas urusan viva]

Ok ! kesimpulannya...

Coklat ini sangat lazat !


~ Oh ya ! Terima kasih ya En. Nizam...ngeh3

Monday, February 15, 2010

I'm Not Sexy ! So What?

It's been so long since I've updated my last entry..
It's all because of Korean Drama named Goong..
I'm so so so addicted to the drama..hehe

actually, I've plenty story to tell you guys and I don't actually know where to start..
erm...

I'll start with this one..
Just now, I'm joining a Asia's room chat..
just wanna to blow my 'lonely feel' away..heh !

then, the conversation begin... cehh !

kirehashari3711: salam

posto_88: walaikumussalam

kirehashari3711: asl

posto_88: 22 f m'sia..u?

kirehashari3711: 26 m iran

kirehashari3711: are u sexy

posto_88: no

kirehashari3711 is typing...

kirehashari3711: bye

posto_88 : bye

what kind of question is that? huh !
what are his purpose of chatting huh? making friends or making love with stranger? what a person !

Thursday, February 11, 2010

Anda Takut Mati Tak??

Awal bulan Februari ni..
keluarga saya telah disajikan dengan berita-berita yang menyedihkan..

Pada 7 Februari 2010..(Ahad).. jam 1.30 petang..

Tok Andak saya telah kembali ke Rahmatullah disebabkan oleh penyakit kanser paru-paru..
Arwah meninggal di rumah sepupunya yang sedang melangsungkan perkahwinan untuk anaknya. Bayangkan ! Saya dan emak pergi ke majlis perkahwinan hanya kerana untuk memenuhi jemputan orang tetapi tiba-tiba mendapat khabar serta melihat sendiri jenazah arwah terbujur kaku di rumah orang kahwin. Sungguh saya tak sangka !

Pada 10 Februari 2010 pula...(Rabu).. jam 5.30 pagi..

Tok Uda saya juga telah kembali ke Rahmatullah disebabkan oleh penyakit angin akhmar atau lebih dikenali sebagai stroke..
Arwah meninggal di Hospital Melaka genap seminggu, arwah ditimpa penyakit angin ahmar.. Bayangkan ! bangun-bangun tidur sahaja sudah dikejutkan dengan berita itu.. Betapa sedihnya saya.. dalam masa 4 hari sahaja saya telah kehilangan 2 orang atuk saudara yang dikasihi.

dan pada saat ini.. saya masih terbayang-bayang lagi gelagat kedua-dua arwah..
dan situasi ini benar-benar menyedarkan saya bahawa mati itu sangat dekat dengan kita..

Justeru itu, dengan ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang tanda-tanda kematian bagi mengingatkan saya dan juga teman-teman bahawa mati itu pasti !


"Sungguh mati itu benar dan setiap yang bernyawa itu akan mati."


Mengikut Ustaz Ridwan tanda tanda kematian itu pada peringkat Umumnya yang boleh dilihat dengan mata kasar adalah seperti berikut:

1. Uban di kepala.

2. Mata dah kabur. Ustaz telah bermurah hati beri petua-petua supaya mata lambat kabur dengan Izin Allah swt:

a. Lihat dan baca Al Quran sentiasa.
b. Lihat Kaabah.
c. Lihat telaga zam zam. (Dulu bolehlah, sekarang dah tak boleh turun ke bawah tu)
d. Tengok wajah ibu. (Beruntunglah sesiapa yang masih ada ibu.)
e. Tengok laut yang terbentang luas.

3. Pendengaran kurang.

4. Gigi-gigi mula dah goyang dan mula dah nak gugur.

5. Sendi-sendi longgar


Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.


Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Bila Malaikat mencabut Nyawa
\Baginda Rasulullah S.A.W. Bersabda :

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
Malaikat kedalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

Setelah itu datang pula sekumpulan Malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai keperut dan kemudian
mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan Malaikat yang lain masuk dan
menarik rohnya dari perut hingga sampai kedada dan kemudian mereka
keluar.

Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan Malaikat masuk dan menarik roh
dari dadanya hingga sampai ke kerongkongan dan itulah yang dikatakan saat
Nazak orang itu."

Sambung Rasulullah S.A.W. lagi :
Kalau orang yang Nazak itu orang beriman, maka Malaikat Jibril A.S akan
menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang Nazak itu
dapat melihat kedudukannya di Syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat Syurga, maka dia akan lupa kepada orang-orang yang
disekelilingnya. Ini adalah karena sangat rindunya
pada Syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S."

Kalau orang yang Nazak itu orang Munafik, maka Jibri A.S. akan menebarkan
sayap disebelah kiri. Maka orang yang Nazak itu dapat melihat
kedudukannya di Neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang
disekelilingnya. Ini adalah karena terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah Hadits bahwa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin
itu dicabut nyawanya, maka datanglah Malaikat maut. Apabila Malaikat maut
hendak mencabut roh orang Mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah
Dzikir dari mulut orang Mukmin itu dengan berkata : "Tidak ada jalan bagimu
mencabut roh orang ini melalui jalan ini karena orang ini senantiasa menjadikan lidahnya ber-Dzikir
kepada Allah S.W.T."

Sebaik Malaikat maut mendapat perintah dari Allah S.W.T. maka Malaikat
maut pun mencoba mencabut roh orang Mukmin dari arah tangan. Tapi
keluarlah sedekah dari arah tangan kanan orang Mukmin itu, keluarlah
usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan : "Tidaklah ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang
Mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan > sedekah, tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh karena itu Malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang Mukmin dari
arah kanan maka Malaikat maut
mencoba pula dari arah kakinya.

Malangnya Malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata : "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini juga
karena kaki ini senantiasa berjalan berulang kali mengerjakan shalat
dengan berjema'ah dan kaki ini juga berjalan menghadiri Majlis-majlis ilmu.

" Apabila gagal Malaikat maut mencabut roh orang-orang Mukmin dari arah
kaki, maka Malaikat maut mencoba pula dari arah telinga. Sebaik saja
Malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata : "Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini karena telinga ini senantiasa mendengar bacaan Al-Qur'an dan Dzikir"

Akhirnya Malaikat maut mencoba mencabut nyawa orang Mukmin dari arah mata
tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata : "Tidak ada
jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini senantiasa melihat beberapa
Mushaf dan Kitab-kitab dan mata ini
senantiasa menangis karena ketakutan kepada Allah S.W.T."

"Setelah gagal maka Malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.. Kemudian
Allah berfirman yang maksudnya : "Wahai Malaikat Ku, tulis AsmaKu
ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu".
Setelah mendapat perintah Allah maka Malaikat mautpun menghampiri roh
orang Mukmin dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A telah ditanya kemana roh pergi setelah keluar dari jasad.
Maka berkata Abu Bakar R.A. : "Roh itu pergi menuju ke tujuh tempat " :
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Addin
2. Roh para Ulama menuju ke Syurga Firdaus
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyna
4. Roh para Syuhada berterbangan seperti burung di Syurga mengikuti
kehendak mereka
5. Roh para Mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak dibumi dan
dan tidak dilangit sampai Hari Kiamat
6. Roh anak-anak yang beriman akan berada digunung dari Minyak Misik
7. Roh orang-orang Kafir akan berada dalam Neraka Sijjin, mereka disiksa
beserta jasadnya sampai Hari Kiamat.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W. : "Tiga kelompok manusia yang akan
dijabat tangannya oleh para Malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya :
1. Orang-orang yang mati Syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan shalat malam dalam bulan Ramadhan
3. Orang yang berpuasa di hari Arafah
Marilah kita bersama-sama mengingat-mengingati..

Tuesday, February 9, 2010

The Game Plan

Sinopsis :

"The last game of the regular football season between the Boston Rebels and the New York Dukes ends in a touchdown by Rebels quarterback Joe Kingman after he runs it into the end zone, ignoring an open wide receiver, Sanders. The next morning, Kingman gets a surprise when an eight year-old girl named Peyton Kelly (Madison Pettis) shows up at his doorstep saying that she is his daughter and that her mother sent her here to meet him. Kingman's agent, Stella Peck (Kyra Sedgwick), thinks this will be bad for his image, and distracts him with the upcoming playoffs." (Source : Wikipedia)

Panjang lagi sebenarnya sinopsis dia.. kalau rajin klik je kat gambar untuk bace sinopsis dia..

Mesti korang terfikir kan.. bukan ke cerita ni dah lama?
heh! cerita lama tapi aku BARU tengok..ok? ada faham?

Cerita dia sangat best..dan aku telah menangis semasa tengok cerita ni..
The Rock memang best !

Benci Memey ! Fasha ! Rosnah Mat Aris ! Rosyam Nor ! Jehan Miskin ! Faizal Tahir !

Rasanya sekarang ni dah semakin banyak pulak orang yang rajin buat page @ group benci-membenci artis..betul tak?
Sejak kebelakangan ni, ramai sangat pulak blogger yang tulis pasal artis2 yang dibenci..
sampai kadang-kadang..aku sendiri naik muak dah baca !

Tapi..
Semalam aku saja-saja suka-suka survey-survey facebook artis-artis glamour ni..
Lain aku carik..lain pulak aku jumpa..


yang membenci lebih ramai dari yang suka..kesian dia..

rasanya group We Hate Fasha Sandha dah di delete..tapi..ada balik???


yang ni aku no comment !


aku suka weh Rosyam Nor..cuma Jehan tu kureng sikit la kesukaan aku pada dia.. tapi aku tak benci diorang wey..


yang ni aku memang marah ! Aku suka Faizal Tahir lah..suka-suka korang je nak benci dia ! Cis ! Cis ! Cis ! dan Cis!


~ Oh ya ! aku memang tak online facebook masa waktu kerja.. aku print screen ni pun time dah balik kerja..harap maklum..ngeh3

Monday, February 8, 2010

Nak Cerita Apa Lagi????

Apa topik yang akan anda bawa semasa berada di dalam situasi-situasi berikut?

Topik apa yang akan anda ceritakan...
Apabila anda berada di kalangan pendengar radio ERA FM sedangkan anda adalah pendengar radio HOT FM?
Orang misteri ERA kah?

Topik apa yang akan anda ceritakan..
Apabila anda berada di kalangan ibu-ibu yang sibuk bercerita mengenai keletah anak-anaknya sedangkan anda belum berkahwin dan mempunyai anak?
Cerita perihal anak saudarakah?

Topik apa yang akan anda ceritakan...
Apabila anda berada di samping rakan-rakan sekolah yang merupakan pelajar universiti sedangkan anda adalah seorang staf di universiti?
Assigment kah? Lecturernya kah?

Topik apa yang akan anda ceritakan...
Apabila anda berada di kalangan rakan-rakan yang sudah berkahwin atau yang akan berkahwin sedangkan anda belum mempunyai calon untuk berkahwin?
Perihal berapa bilangan anak yang ditargetkah? Hehe.

Topik apa yang akan anda ceritakan..
Apabila anda berada di kalangan rakan-rakan yang bertambah kurus dan kaya sedangkan anda bertambah gemuk dan papa kerana membeli makanan?
Bertanya soal Jus dietkah?

Topik apa yang akan anda ceritakan..
Apabila anda berada di kalangan ibu-ibu mengandung yang sibuk membincangkan simptom-simptom normal semasa mengandung sedangkan anda hanya mempunyai perut yang buncit seperti orang mengandung?
Mabuk lautkah? huhu

Friday, February 5, 2010

Malu Sebab Duit !

Klik untuk besarkan gambo !


Nak tau tak kenapa Edin tu cakap macam tu??

Sebab kan..aku bagi RM 150 kat budak Myvi yang langgar kete aku tu sebab kesian kat dia..
nangis2..macam dalam drama tu..

dandan, bila aku cerita..sumer cakap aku sengal!

Along : Ko ni baik tak betempat..lepas kan aja dia dah cukup bagus tau ! kalau macam ni aku pun nak langgar kete ko !

Mak aku : Bodo ! yang pergi bagi budak tu duit buat apa??
['stupid' is a mean word to say, kan?? huhu (teringat cerita Game Plan)]

Angah : [macam kat gambo atas tu dia cakap !]

Siap annouce dekat facebook lak tu ! cinabeng ! alang-alang orang dah ramai tau..aku post la kat blog aku ni.. hehe

Malu sebenarnya.. ! Lepas ni..sesape je langgar kereta aku..aku tak bagi duit dah..
Orang kata apa.. Belajar dari Kesilapan ! Buat Baik Biar Kene Tempat !
Sesape je lepas ni nak sondol kereta aku dengan niat nak dapat duit..
Sori bebeh ! Jangan harap ! haha...

Thursday, February 4, 2010

BAHAYA BERMAIN KOMPUTER !

Hati-hati jika anda seorang yang gemar menggunakan komputer sepanjang hari! Anda boleh terdedah kepada bahaya Carpal Tunnel Syndrome.

Carpal Tunnel Syndrome ialah penyakit yang menyerang bahagian pergelangan tangan. Penyakit ini mampu menyebabkan tangan menjadi lumpuh. Risiko penyakit ini ialah sebanyak 10% untuk orang dewasa.



Gejala :

Rasa kebas, dan parasthesia (seakan-akan terbakar dan bergetar) di ibu jari, telunjuk, dan jari tengah, atau pada beberapa pasien terjadi di telapak tangan.
Susah menggenggam dan mengepalkan tangan.
Sering menjatuhkan barangAnda perlulah mula mengambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang. Dibawah telah dipaparkan teknik-tekniknya.
Berehat secara teratur setiap 15-20 minit dengan menggerakkan pergelangan tangan.
Jangan menempatkan keyboard pada posisi lebih tinggi atau lebih rendah daripada siku tangan.
Duduklah dengan tegak.













petikan dari : FCU COMMUNITY
Related Posts with Thumbnails