Nampak sedap tak? Menarik kan? Menarik kan? ekekeke.
Aku suka makan tart telur. Korang pun mesti ada yang suka kan? Suka kan? Suka kan?
Disebabkan aku craving sangat nak makan tart telur ni, aku pun buat lah sikit. ecececeh! Cakap nak hebat. Padahal segan tu dengan colleague and cousin yang pandai buat benda-benda macam ni semua.
Malam semalam gigih ni membuat tart telur ni. First time rasa macam semangat gila nak buat kuih. Padahal orang perempuan memang kena pandai buat kalau suka ke tak suka sekalipun. Ye tak? T__T Nasib baiklah my mom ni baker, jadi bahan-bahan semua dah ada kat rumah. Tak payah susah-susah nak beli ke apa ke.
Disebabkan my mom ni baker lah, antara salah satu sebab macam nak kena belajar juga buat-buat kuih ke apa semua bagai. Segan la jugak kan sebab ramai orang assume mak pandai buat kuih, anak mesti pandai juga buat kuih T__T Come on lah makcik, saya ni pandai tengok je. O_o
So, lepas berhempas pulas membakar tart telur ni. Result dia oklah for beginner macam aku ni. Rupa ada. Rasa dia boleh tahan. Pastry dia pun sedap juga. La ni, sebab tak mau lupa resepi, aku taip lah sikit untuk korang para pembaca. Sharing is caring what.. ^__^
Bahan-bahan untuk Pastry (Kulit) :
250 gram tepung gandum
100 gram butter (aku guna Buttercup)
80 gram gula icing
1 biji telur
Cara-caranya :
1. Masukkan butter, gula icing dan telur dalam mangkuk dan kacau.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sampai jadi doh.
3. Masukkan doh dalam plastik dan sejukkan di dalam peti ais dalam 20 minit.
4. Keluarkan doh, dan lapiskan doh di antara dua plastik dan gelek doh, kemudian tekapkan doh mengikut saiz 'aluminium cup' tart.
5. Kemaskan doh dan cucuk-cucuk dengan garfu.
6. Bakar di dalam oven dalam 10 minit (separuh masak) kemudian sejukkan sebentar sebelum masukkan filling.
Bahan-bahan untuk Filling (Inti) :
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair (aku guna Carnation)
2 biji telur
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna
Cara-caranya :
1. Larutkan gula dalam air suam terlebih dahulu di dalam mangkuk.
2. Campurkan gula dan air tadi dengan semua bahan-bahan lain dan kacau sebati.
3. Tuang bahan tadi di dalam pastry yang telah disejukkan sebentar tadi dan masukkan ke dalam oven dengan suhu 180C dalam 10-15 minit.
4. Tadaa !! Siap lah sudah. ^_^
Tadaa!! Terkejut tak? Terkejut tak? Kelakar la, aku punya tak berapa nak jadi untuk yang tart saiz kecil punya. Dalam oven dia mengelembung, bila dah keluar dia mengecut pulak. Yang besar jadi la juga kan. Tak kesah lah, nama pun beginner. Asalkan rasa best, boleh cuba lagi.
Resepi ni boleh dapat dalam 40 biji untuk saiz kecil, kalau buat semua saiz besar, mungkin boleh dapat dalam 20 biji agaknya. Tapi disebabkan aku buat ada kecil ada besar, jadi dapatlah 20 biji yang kecil dan 11 biji yang besar. Bolehlah sekadar nak merasa.
Selamat mencuba kawan-kawan ! ^__^
P/S : My mom cakap yang mungkin tepung kastard tu sikit sangat, jadi dia tak cantik. It's okay, ada banyak masa boleh cuba lagi.
Entri ni telah dijadualkan, jadi masa sebenar aku buat tart ini adalah pada malam hari Selasa.
teringin lak tart telur tu..xpe laa aboi...kecut pun kecut laa janji sedap :)
ReplyDeletehaha.. betullah.. biar tak de rupa asal ada rasa..hehe
ReplyDeleteMakan free kata Chef Wan sedap aje...nanti rajin wat lagi ek....
ReplyDelete