Wednesday, January 12, 2011

Panduan untuk pengguna kanta lekap



Diam tak diam aku dah dekat setahun lebih juga pakai contact lens ni.  So far ok lah.. tapi setiap 3 bulan ranaplah duit dalam 60-70 ringgit.  hehehe.  Aku ni nak tukar lens untuk cermin mata lama.  Sayang pulak tak boleh pakai lagi, power dah tak sama.  Tapi buat masa ni, keadaan poket masih nyawa-nyawa ikan, so niat tu kena lah tangguh dulu.

Dah lama tak bukak facebook, tadi bukak lah sekejap.  Ada pulak notes kat page kawan cerita pasal panduan untuk pengguna contact lens ni.  So, ni aku hebah kan lah juga pada korang-korang yang pakai contact lens sama ada, ada power ke atau sekadar nak melawa.  Panduan ni berguna juga untuk mengingatkan pada korang.  Ye tak?  ^__^


-    Gosok dan sental kanta lekap anda sehingga bersih: pakar mata hari ini menyarankan penggunaan kembali teknik ‘sental dan bilas’.

-    Penting untuk anda membersihkan kanta lekap setiap kali menyentuhnya. Jika menggunakan cecair kanta lekap serbaguna, titiskan beberapa cecair itu di telapak tangan anda sebelum meletakkan kanta lekap di tangan, kemudian sental selama 10 saat (bersamaan masa yang diambil untuk menghantar pesanan ringkas) pada kedua-dua kanta lekap itu. Cara sentalan adalah gerakan kedepan dan kebelakang, atas dan bawah.

-    Bilas dengan cecair serba guna selama 5 saat pada setiap kanta lekap sebelum menyimpannya kedalan bekas yang diisi cecair serba guna yang baru dan rendamkan untuk sekurang-kurangnya 6 jam bagi memastikan cecair itu dapat membasmi kuman, membersih dan memastikan segala protein yang terbentuk dapat dihilangkan.

-    Sentiasa mencuci kanta lekap anda dengan cecair yang betul, jangan gunakan air paip. Air paip mungkin mengandungi mikro-organisma yang boleh menakibatkan jangkitan mata. Sehubungan itu, kanta lekap tidak boleh bercampur dengan air paip. Bagaimanapun, satu kajian baru-baru ini menunjukkan lebih satu daripada 5 pungguna kanta lekap tidak tahu mengenai bahaya itu.

-    Elakkan penggunaan kanta lekap dalam kolam renang dan ketika mandi. Kira-kira 70 peratus pengguna mengakui menggunakan kanta lekap ketika mandi. Risiko air paip atau air yang sudah dirawat terkena pada kanta lekap, menjadi semakin ketara apabila anda berada di persekitaran basah. Selain itu, anda perlu ingat mengenai bahaya bahan kimia yang digunakan di dalam air kolam renang serta risiko kehilangan kanta lekap.

-    Jangan biarkan bekas kanta lekap menjadi punca jangkitan. Cuci bekas kanta lekap setiap hari dengan cecair serba guna dan menggantikan bekas itu setiap bulan atau 3 bulan sekali. Anggaplah bekas kanta lekap anda mempunyai tarikh luput. Kebanyakkan pengguna kanta lekap tidak mengendahkan dua perkara itu, malah ada juga yang tidak pernah mencuci bekas kanta lekap mereka. Pengguna kanta lekap juga perlu mengelak ‘menambahkan’ cecair baru tampa mengosong atau mencuci bekas kanta lekap terlebih dahulu. Cecair yang telah digunakan mungkin telah mengandungi bekteria berbahaya. Yang boleh mengakibatkan jangkitan.


Apakah penyebab masalah mata berpunca daripada pemakaian kanta lekap?

Antara punca yang lazim dilihat ialah amalan penggunaan kanta lekap itu sendiri. Ada individu menggunakan kanta lekap lebih daripada tempoh yang sepatutnya termasuk memakainya ketika tidur malam.

Memang dari segi keadaan fizikal, kanta lekap nampak masih elok tapi dari segi fungsi dan material, ia mungkin tidak lagi selamat digunakan. Ramai yang masih menggunakan kanta lekap biarpun tamat tempoh atas alasan tidak merasai apa-apa perubahan atau masalah.

Mereka seharusnya tahu, kesan masalah ini tidak dapat dilihat dalam tempoh yang singkat. Kesannya akan berlaku dalam jangka panjang. Selain pemakaian yang melebihi tempoh sepatutnya, masalah juga boleh timbul daripada cucian dan simpanan kanta lekap yang tidak sempurna.

Bekas simpanan kanta lekap yang kotor juga boleh mengundang jangkitan bakteria. Oleh itu, bekas kanta lekap mesti dicuci setiap minggu dan diganti sekurang-kurangnya setiap tiga bulan.

Justeru, bagaimanakah cara penjagaan kanta lekap yang betul?

Paling utama dalam penggunaan kanta lekap adalah kebersihan. Ini termasuklah tangan, kuku, bekas simpanan dan apa saja yang terbabit dengan pemakaian kanta lekap.

Kanta perlulah dicuci dengan larutan khusus dan disimpan dalam larutan yang khusus untuk kanta lekap. Penggunaan ubat titis mata juga mesti digunakan mengikut keperluan.

Jangan pakai kanta lekap melebihi tempoh yang sepatutnya dan dari semasa ke semasa, jumpa optometris untuk melakukan pemeriksaan mata walaupun anda pengguna kanta lekap yang tidak mempunyai kuasa untuk pembetulan penglihatan.

Tip

#    Bagi pengguna baru, ada tentu keliru bahagian dalam atau luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara tetapi pastikan ia kelihatan seperti separuh bola. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata anda. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul.

#    Sesetengah kanta lekap mempunyai tanda laser, misalnya jenama produk. Ini juga boleh membantu menentukan bahagian dalam atau luar kanta lekap.

#    Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi, minyak atau produk yang mengandungi lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap. Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.

#    Sentiasa pastikan anda mencuci tangan sebelum mengeluarkan kanta lekap. Jika anda berdiri di depan sinki, pastikan anda menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.

#    Untuk mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.

#    Peringatan, jangan sesekali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata anda.

eh eh tiba-tiba ada muka donghae.. lalalala  ^__~


Marilah kita bersama-sama beringat.  Chow ~
....................................................

5 comments:

  1. so dayah,cmne pnglmn sndiri gna eh?
    ak ade niat nk try...
    tp lum tbeli2 lg...hehehe

    ReplyDelete
  2. yalarh.. =.)
    naiss entry dear..

    ReplyDelete
  3. zal, so far ok lah.. rasa lah macam cantik sikit..ekekeke.. tapi aku rindu nak pakai cermin mata.. boleh? hehe

    sue, thanks.

    ReplyDelete
  4. hehehehe..bleh..
    knp spjg mse ko pkai lens..
    mlm pkai je la crmin mata..
    lain muka dayah lps pakai lens...lg cntik..;-)

    ReplyDelete
  5. tak de lah sepanjang masa pakai.. malam memang tukar pakai cermin mata.. tapi rindu nak pakai cermin mata lama.. hehe

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails