Wednesday, January 5, 2011

Degree di UTM

Dalam entri sebelum-sebelum ni aku ada cakap kan pasal aku nak sambung degree?  Actually, aku dapat 2 tawaran dari Uitm dan UTM.  Kalau di Uitm, aku dapat tawaran kursus Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat kalau tak silap.  Katau di UTM pula, aku dapat tawaran kursus Sarjana Muda Sains (Pengurusan Sumber Manusia).

Selepas ditimbang tara, aku memilih untuk menyambung pengajian di UTM.  Bukan apa, lepas buat beberapa survey dengan rakan-rakan aku yang belajar di Uitm dan UTM, aku decide nak pilih UTM.

Sebab, kawan aku, Fara, kata yang dekat Uitm kelas tak selalu ada.  Dalam 5 kali je satu sem.  Kalau kata kawan aku, Yana, yang belajar dekat UTM, dia kata kelas setiap hujung minggu.

Fara pun ada kata, ada subjek yang dia belajar sama macam apa yang dah belajar masa dekat poli dulu.  With that statement, aku pun macam dah malas nak study kat sana.  Aku tak suka sangat belajar benda yang sama, buat benda yang sama.  Boring. 

Lagi satu yang menyebabkan aku pilih UTM adalah sebab kelas dia setiap hujung minggu.  Memang betullah yang aku ni ntah apa-apa sebab pilih setiap hujung minggu kelas, penat lah, pakai banyak duitlah, jauhlah.  Tapi, I think I know myself better.  Aku tak boleh nak belajar sendiri-sendiri dan kadang-kadang. 

Selalunya aku akan lupa cepat apa yang aku belajar kadang-kadang tu.  At least, bila aku tiap-tiap minggu kena belajar and korbankan weekend aku, aku akan continuous belajar.  Kiranya, setiap minggu kepala tu bekerja keras sikit.  ye tak? hehe.

Masa daftar hari tu, ok lah.  Sistematik juga diorang punya cara.  Tak de lah macam terkontang-kanting or terblur-blur masa datang daftar tu.  Penerangan fakulti pun ok, tak ada la macam complicated sangat.  Kerjasama staf pun okay.  Ramah dan sentiasa senyum memberi perasaan best pada aku yang berjumpa dengan diorang ni.

So far, so good lah.  (^__^)

...................................................

9 comments:

  1. nampaknya aboi dpt kursus yg kak mia pernah ikuti dulu slps spm ditawarkan degree HRD utm (2000-2004)...masa tu 4 tahun je pengajian..spm terus degree

    ReplyDelete
  2. ye ke kak mia? kira akak senior aboi la ni.. hehe

    tahniah ye kak atas perkahwinan akak.. belum sempat2 nak wish..

    ReplyDelete
  3. yang ni pjj ke ? kelas ujung minggu ?
    sy ada wat apply intrnet , pastuh dia suh print n anta ke johor kan ?

    tak phm sgt la...

    ReplyDelete
  4. a'ah..mula2 dah apply pastu print and hantar sekali dengan salinan sijil ape semua tu kalau tak silap..

    ReplyDelete
  5. dlm pengurusan sumber manusia ni blajar tentang ape je ye???

    ReplyDelete
  6. dalam pengurusan sumber manusia blajar tentang ape je ye?? and amek subjek ape je??

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2.. but mostly pasal pembangunan dan pengurusan sumber manusia lah.. more to administration. kewangan, akaun pun ada juga belajar sikit2.. generally boleh dikatakan lebih menjurus kepada admin & latihan (pembangunan sumber manusia)..

      Delete
  7. Berapa pointer minimum nak sambung degree dekat utm ye

    ReplyDelete
  8. saya pun tak pasti.. mungkin boleh check di web utm.my. =)

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails