Friday, January 21, 2011

Pendidikan Jarak Jauh

Ok.  Tolak tepi sekejap kerja-kerja pejabat.  Tak de mood T__T

Ambil buku teks untuk buat assignment.  Tanda kat muka surat mana kena baca. Tutup buku, tolak tepi.  Tak de mood T__T

Ambil fail mana yang berkaitan untuk filing surat.  Letak atas meja.  Tolak tepi.  Tak de mood T__T

Ambil sampul surat untuk pos surat yang dah di faks.  Letak atas meja. Tolak tepi.  Tak de mood T__T

Ah, sudah-sudahlah tak ada mood.  Mood suram lagi muram ni tak bagus untuk kesihatan mental dan fizikal.  Mental nak bekerja pun jadi lembap.  Fizikal nak bekerja pun jadi lembap.  Segalanya jadi lembap lagi lembab.

Tadi ada discussion through email dengan kawan-kawan sekelas.  Fuhh!! Nota dalam english nak buat assignment dalam Bahasa Melayu.  Mencabar tu.  Baca note berjela-jela dalam english tiba-tiba nak kena elaborate dalam BM.  Chicken je tu.. (-_-")

Ok..ok..  Tengok tajuk lain, intipati blog macam lain.  Macam je lain, tapi maksudnye sama. Merapu tak sudah.  Kalau ada kawan-kawan yang berniat nak sambung belajar tu, aku nasihatkan, kome semua kena prepared dari segi mental and fizikal.

Kalau korang jenis yang ambil kelas setiap hujung minggu,  mesti kena tahan penat sikit.  Kalau tempat study tu dekat ngan tempat tinggal korang, memang tak ada masalah lah.  Kalau tempat tinggal jauh, macam aku ni.  Adalah masalahnya.

So far, aku masih boleh tahan lagi penat badan dengan penat otak tiap-tiap minggu.  Yang tak tahan ni, poket makin lama makin kempis. Nama pun pendidikan jarak jauh kan.  Memang nasib ah, kene lupakan nak beli DVD original Super Junior, lupakan nak make-up kereta, buat-buat lupa beli make-up untuk diri sendiri, lupakan drama-drama korea yang hit ke tak hit ke, lupakan nak beli ubat kurus ke ape.  Jangan berangan ah, nak hidup mewah melainkan ko ada duit income lain selain dari gaji yang tak seberapa tu.

Kene sentiasa jaga condition kereta (kalau bawak kereta, check air, tayar etc. Kalau naik kenderaan awam macam bas ke apa, check driver tu mengantok ke apa ke) Safety first.  Servis kereta ikut waktu yang ditetapkan.  Memang nasib jugak ah kalau kene bayar duit servis sampai 600 hengget.  Makin miskin ah sekejap kan.

Kalau duit minyak tu, ko buat-buat je tutup mata.  Apalah sangat kalau seminggu spend dalam 100 lebih duit minyak.  Duit tol pun macam tu jugak.  Apelah sangat 100 hengget tu untuk 3 minggu berbanding dengan ilmu yang kita dapat.  Ye tak? Apalah sangat kalau sebulan tu spend dalam 500 lebih hengget. kan? T__T

Dinasihatkan kalau nak sambung belajar dengan hanya berbekalkan gaji yang seribu lebih tanpa income-income lain yang masyuk, tanpa simpanan apa-apa,  silalah sekat segala perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak sepatutnya. 

Lupakan segala fast food yang harga mahal atau lebih dari RM5 hengget. Jangan sibuk nak McD lah, KFC lah, Burger Kinglah.  Lupakan contact lens, pakai cermin mata je.  Jangan sibuk nak bergaya.  Lupakan beli kasut baru, pakai kasut lama sampai lunyai, baru tukar baru. Ah, senang cerita lupakan je apa-apa yang tak penting.  Jadi kedekut sikit. Paham!?

Menyesal pula tak menabung dari kecik. T__T

4 comments:

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails