Tuesday, January 25, 2011

It's Okay Daddy's Daughter Preview

Turn on fangirls mood ^__^


Semalam selamat sudah tengok cerita It's Okay Daddy's Daughter.  Gigih menunggu orang 'subbed' kan cerita dia.  Semalam bila keluar je video yang dah 'subbed', terus tengok tanpa berlengah.

Gila ah..rasa macam mesti kena tengok cerita ni dua kali.  Akan ku tonton semula cerita ni pabila assignment semua dah siap.  ekeke.  Cerita dia best.  Jalan cerita bagus, bab cintan-cintun pun bagus. 

Tak banyak scene kissing2 ni.  My type.  hehehe.  Kalau cerita banyak scene kissing2 ni, naik meluat tengok.  Macam dalam cerita Coffee Prince tu naik meluat aku tengok.  nak nak bila dah nak episode last2 tu.  Cerita dia terus jatuh jadi ranking paling bawah sekali dalam banyak-banyak cerita Korea yang aku dah tengok.

Pada mulanya tengok cerita ni sebab mamat ni. Lee Donghae (Super Junior).


Tapi lepas dah tengok 1, 2 episode, terus jatuh cinta dengan cerita dia.  Hero dia pun boleh tahan la, handsome tak handsome sangat.  Tapi cerita dia tak bley blah.  Rindu kat ayah secara tiba-tiba. T__T

Cerita ni berkisahkan tentang Eun Chae Ryung yang sangat manja dan terlampau bergantung kepada ayahnya.  Tapi lepas jadi satu insiden ayah dia jatuh sakit, baru dia sedar yang dia tak boleh buat apa-apa sebenarnya.  Terlalu dimanjakan oleh ayah sampai satu kerja pun tak pandai buat. 

Bila dah terduduk macam tu, dan jumpa pula dengan adik beradik Hyukgi & Wookgi buat dia tersedar dan berusaha belajar macam mana nak survive dan berdikari.


Ni la heroin dia.  Eun Chae Ryung atau nama betul dia Moon Chae Won.  No komen la pasal dia ni. Yang pasti, dia memang sangat cantik.  Dalam cerita ni aku paling tak suka dengan watak Park Jong Suk yang dilakonkan oleh artis kat bawah ni.


Dah lama-lama tengok baru perasan.  Mamat ni ada berlakon dalam Sangkyunkwan Scandal.  Jadi anak menteri pertahanan yang jahat tu.  Mamat ni memang sesuai betul jadi jahat.  Renungan mata dia tu macam psiko.  Gila ar aku adore kat mamat ni punya lakonan.  ekekeke.

Yang hero dia ni pulak memang nampak baik la. ekeke.  Lakonan dia dengan Donghae pun dah nampak macam adik beradik betul.  Bagus. Bagus.  Mamat ni punya badan..Fuhh!! Meletup.  O_o


Ni yang aku kena tengok cerita PASTA ni.  hehehe ~_O

Dah..dah.. itu sahaja review pasal cerita ni.  Worth to watch!


Turn off fangirls mood -__-

...............................................................

2 comments:

  1. x pandai nak komen citer korea. Tapi cuma nak bagitau skrg ni idup cam dlm gundah gulana...yaya...bersama2lah doa yg baik2 je bersama dgn kita...x sanggup & x tertanggung rasanya....

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.....nothing has been confirm..just pray for the best..

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails