Thursday, December 23, 2010

Demam drama korea ~

 Goong (Princess Hour)
My Lovely Kim Sam Soon
You’re Beautiful
My Girl
Wishing Upon A Star
Coffee Prince
Personal Taste
My Girlfriend is Gumiho
Witch Yoo Hee
Playful Kiss
Sungkyunkwan Scandal
New Heart
Hong Gil Dong
Beethoven Virus
Boys Over Flowers

Ni cerita-cerita Korea yang aku dah tengok setakat ni. Banyak jugak kan? Ekeke. Drama terbaru yang aku baru habiskan adalah drama Sungkyunkwan Scandal.


Cerita dia not bad lah jugak kan. Masih boleh layan.  Yang eye-catching dalam cerita ni bukanlah hero mahupun heroin tapi hero sampingan dengan pelakon sampingan.  ekeke.  Dalam cerita S.Scandal ni, aku suka watak Goo Yong Ha, Moon Jae Shin dan Cho Sun.  Watak hero dengan heroin tu tak berapa menangkap jiwa aku la.  ekeke.

Dah tu, sekarang ni aku tengah layan cerita It’s okay, Daddy’s Girl.


Aku tengah menanti dengan sabar kalau-kalau ada orang dah ‘sub’ kan cerita tu. Sekarang ni dah on air sampai episode 9 rasanya. Tapi yang dah siap subtitle cuma sampai episode 3 je. T__T. Nak dijadikan cerita, terngiang-ngiang ni kat kepala aku cerita dia. Tengok cerita ni terus lupa pasal Sungkyunkwan Scandal punya cerita. Haha. Nampak sangat cerita Sungkyunkwan Scandal tu tak memberi impak yang besar pada aku. =P

Sambil tunggu orang ‘sub’kan cerita tu, aku layan cerita Cinderella’s Sister. Baru layan episode 1. Macam menarik je. Lagipun aku dah hafal sikit-sikit lagu OST cerita dia. Itu pun sebab yang nyanyi lagu tu, Yesung dari group Super Junior. Tak lari jugak Super Junior tu. Ekekeke.

Dah tu, aku pun dah layan juga cerita Dr. Champ episode 1. Best jugak. Cerita dia ni ada je yang dah ‘sub’ sampai habis. Tapi kalau tengok cerita kat blog-blog drama online tu, lembap yang amat. Tension je nak tunggu cerita tu load. T__T

Kalau ikutkan banyak lagi cerita yang aku nak tengok macam Oh! My Lady, Athena, President, Home Sweet Home, Secret Garden, Baker King Kim Tak Gu, Mary Stayed Out All Night dan macam-macam lagi lah. Ntah bila-bila la agaknya dapat tengok. Hehe

Dalam 15 drama yang aku dah tengok, yang tersenarai dalam top 3 adalah cerita:

1. You’re Beautiful



Cerita dia memang best. Cerita You’re Beautiful je dah 2 kali aku ulang tayang. Ekeke. Cerita New Heart ni sumpah best! memang aku jamin best gila. Hong Gil Dong pun best. Aku pernah review pasal drama ni kat sini.

Sebenarnya kan, drama It’s okay Daddy’s Girl, Dr. Champ, Oh! My Lady, Athena dan President tu aku nak tengok sangat sebab ada Super Junior’s member dalam drama tu. Tak kira la main actor ke actor sampingan ke, aku nak jugak tengok. Hehe.

......................................................................

9 comments:

  1. Ada masa baik layan citer korea daripada merapu tak tentu pasal, at least ko blajar sket bahasa korea kan..nilai tambah tu....esok2 ada anak bole cerita kat anak kisah2 korea...akak pun bule dengar, tompang dengar cerita ko...selamat menonton....

    ReplyDelete
  2. hahaha... bukan cerita kat anak pasal drama korea.. tapi ajar anak bahasa korea.. ekekeke..

    kan bagus kalau pandai banyak2 bahasa..

    ReplyDelete
  3. Sila layan Secret Garden terlebih dulu..

    SANGAT BEST!!!

    ReplyDelete
  4. layan la demam korea ni sementara masih lapang masa. Majalah 3 last week tunjuk tempat2 best kat korea...aku ingat ko je...jangan kempunan nak gi korea...kumpul duit cepat..nak terbang tak susah...air asia tambang murah....

    ReplyDelete
  5. Ziarah kembali,

    yes drama You're beautiful tersangatlah best hihih.. mungkin sebab saya bias Jung Yonghwa kot sebab tu apa saja yang berkait dengan yonghwa suma best.

    Drama Mary stayed out all night saya dah tengok sampai abis. Pun best gak citer ni. BIla tengok citer MSOAN ni sebiji cam tengok citer Jung Yonghwa dan Seo Juhyun dalam We Got Married. Seolah producer drama MSOAN ni amik kisah fake marriage Yonghwa sebagai inspirasi citer MSOAN.

    Selamat menonton yer ^_^

    ReplyDelete
  6. thanks my heart.. saya suka juga cnblue.. ada masa saya tengok juga yongsoe couple ni.. best.. !

    ReplyDelete
  7. thanks my heart.. saya suka juga cnblue.. ada masa saya tengok juga yongsoe couple ni.. best.. !

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails