Kali ni layan gambar Pasar Baru je dulu. Entri seterusnya menyusul kemudian. Sila percaya bahawa mall ni agak besar. Entri terdahulu? Klik sini.
Pemandangan dari tingkat 7 @ car park
Salah satu kedai tempat kami borong baju sulam yang berkain batik. Tuan kedai ni cakap dia supply kain pada satu butik dekat PKNS, Shah Alam. Siap tunjuk resit lagi kau. haha
baju kat sini murah. Jauh lebih murah dari dekat butik. Berapa jauh murah? ekekeke.. Datang sini tengok !
Antara baju yang dipamerkan di depan kedai tadi. Baju kaler torquise tu kak long dan along yang beli. Aku beli yang kaler hijau belakang aku tu. Sila ambil maklum beg besar yang aku tengah kendong tu adalah beg yang dijual oleh remaja-remaja yang aku gembar-gemburkan sebelum ni.
Kedai beg. Ada banyak lagi kedai yang lebih kurang sama kedudukan beg serta jumlah kebanyakan beg dia. Sangat banyak dan murah-murah. Tapi satu pun aku tak beli. Tak kena dengan cita rasa. Kalau beli atas alasan souvenir pun kira macam membazir.
Gambar ni telah dicrop dengan sebaiknya. Walaupun pinggan yang dah kosong tak nampak, tapi cawan yang dah kosong masih kelihatan. Tak bleh nak potong lagi dah. Bukan apa, takut nanti korang tak percaya apa yang aku cerita kat entri sebelum ni. Tempat makan sebelah kedai beg.
Roti Buaya. Sila takut. ekekeke. Roti ni abang aku yang jumpa di kedai roti. Pastilah jumpa di kedai roti tak kan kedai baju pula. Korang ni. Roti ini adalah roti yang berbentuk seperti buaya. Rasanya aku tak pasti sebab macam masih tak berapa menarik untuk dibeli untuk dimakan. Ianya cuma sangat menarik untuk diambil gambar.
Food court. Sesak beb. Tapi sedap. Dua hari kami datang, kami makan di kedai yang sama. Tak ada la kuasa nak pergi makan di tempat-tempat lain yang lebih sesak dari biasa. Memang ramai sangat orang dekat food court ni. Ramai dia sampai tak nampak tempat kosong. ok ok aku tipu, terang-terang dalam gambar ade tempat kosong. tapi tu je tempat yang kosong tau. ekekeke.
Kedai kasut juga sebelah tempat kitorang makan. Tak percaya? Nampak tak kerusi tempat kitorang duduk makan? ekekeke. Tak percaya? Sukahati korang la. Aku peduli hapa. =P
Tapi kasut tu semua tak sesuai dengan aku sebab kaki aku jenis kembang punya. Ceh, rugi-rugi. T__T
Kedai beg lagi. Kedai ni sebelah kedai kasut yang aku tunjuk tadi. Bergantungan segala, tapi sikit pun tak menarik minat aku. Cuma kagum je la, banyak gila barang-barang dalam satu kedai.
Ni dekat floor bawah. Level 1 kot. Ada lagi level kat bawah. Underground. Jadi aku assume yang ni tingkat bawah la ni. Ni gambar dari pintu depan. Bersepah? Memang le, mall dah nak tutup. Kitorang duduk situ sampai mall nak tutup. Percaya? hahaha.
Bersambung....
.......................................................
best nye... byk btol beg ngn kasut...
ReplyDeletekalau aku, mmg le jd gila la kt situ..
sbb aku suka kasut... hehe...
bagus-bagus.. silalah merancang untuk pergi ke sana. hehehe..
ReplyDelete