Thursday, December 23, 2010

Demam drama korea ~

 Goong (Princess Hour)
My Lovely Kim Sam Soon
You’re Beautiful
My Girl
Wishing Upon A Star
Coffee Prince
Personal Taste
My Girlfriend is Gumiho
Witch Yoo Hee
Playful Kiss
Sungkyunkwan Scandal
New Heart
Hong Gil Dong
Beethoven Virus
Boys Over Flowers

Ni cerita-cerita Korea yang aku dah tengok setakat ni. Banyak jugak kan? Ekeke. Drama terbaru yang aku baru habiskan adalah drama Sungkyunkwan Scandal.


Cerita dia not bad lah jugak kan. Masih boleh layan.  Yang eye-catching dalam cerita ni bukanlah hero mahupun heroin tapi hero sampingan dengan pelakon sampingan.  ekeke.  Dalam cerita S.Scandal ni, aku suka watak Goo Yong Ha, Moon Jae Shin dan Cho Sun.  Watak hero dengan heroin tu tak berapa menangkap jiwa aku la.  ekeke.

Dah tu, sekarang ni aku tengah layan cerita It’s okay, Daddy’s Girl.


Aku tengah menanti dengan sabar kalau-kalau ada orang dah ‘sub’ kan cerita tu. Sekarang ni dah on air sampai episode 9 rasanya. Tapi yang dah siap subtitle cuma sampai episode 3 je. T__T. Nak dijadikan cerita, terngiang-ngiang ni kat kepala aku cerita dia. Tengok cerita ni terus lupa pasal Sungkyunkwan Scandal punya cerita. Haha. Nampak sangat cerita Sungkyunkwan Scandal tu tak memberi impak yang besar pada aku. =P

Sambil tunggu orang ‘sub’kan cerita tu, aku layan cerita Cinderella’s Sister. Baru layan episode 1. Macam menarik je. Lagipun aku dah hafal sikit-sikit lagu OST cerita dia. Itu pun sebab yang nyanyi lagu tu, Yesung dari group Super Junior. Tak lari jugak Super Junior tu. Ekekeke.

Dah tu, aku pun dah layan juga cerita Dr. Champ episode 1. Best jugak. Cerita dia ni ada je yang dah ‘sub’ sampai habis. Tapi kalau tengok cerita kat blog-blog drama online tu, lembap yang amat. Tension je nak tunggu cerita tu load. T__T

Kalau ikutkan banyak lagi cerita yang aku nak tengok macam Oh! My Lady, Athena, President, Home Sweet Home, Secret Garden, Baker King Kim Tak Gu, Mary Stayed Out All Night dan macam-macam lagi lah. Ntah bila-bila la agaknya dapat tengok. Hehe

Dalam 15 drama yang aku dah tengok, yang tersenarai dalam top 3 adalah cerita:

1. You’re Beautiful



Cerita dia memang best. Cerita You’re Beautiful je dah 2 kali aku ulang tayang. Ekeke. Cerita New Heart ni sumpah best! memang aku jamin best gila. Hong Gil Dong pun best. Aku pernah review pasal drama ni kat sini.

Sebenarnya kan, drama It’s okay Daddy’s Girl, Dr. Champ, Oh! My Lady, Athena dan President tu aku nak tengok sangat sebab ada Super Junior’s member dalam drama tu. Tak kira la main actor ke actor sampingan ke, aku nak jugak tengok. Hehe.

......................................................................

Bersyukurlah..

Ini adalah cuaca ntah pada bila masa.  (^__^)

Hari ni macam seronok.
Mood sangat baik.
Cuaca mendung. Sejuk.

Bukan nak cerita pasal cuaca sejuk sekarang ni. Nak cerita pasal benda lain. Pagi tadi, masa on the way nak pergi kerja, masa tengah berhenti di traffic light. Aku ada nampak seorang pakcik ni, eh,bukan. Pangkat atuk la kot. Nampak macam dalam 70-an gitu umurnya.

Aku nampak dia berdiri tepi jalan, cakap sorang-sorang menghadap satu rumah. Rumah tu tak ada la nampak macam rumah lama, tapi tak nampak macam rumah baru pun. Atuk tu bercakap macam tengah berbual dan mengarah orang untuk mengemas rumah. Tapi tak ada siapa pun kat situ selain dia.

Bila tengok atuk tu, macam-macam perasaan ni rasa kat dada. Bercampur-baur semuanya. Kesiannya atuk ni. Sihat ke tidak sebenarnya dia? Mana anak-anak dia? Kenapa dia jalan sorang-sorang pagi-pagi macam ni?

Ntah kenapa sampai ke sudah ni asik fikir pasal atuk tu tadi. Terfikir juga, macam mana lah kalau aku dah tua nanti. Ada ke anak-anak nak menjaga? Dapat tak lagi nak merasai nikmat kesihatan? Panjangkah umur aku ni nanti?

............................................

Ni cerita pagi-pagi sebelum hari ni.

Setiap pagi kalau berhenti dekat traffic light MITC tu, aku mesti akan nampak sorang pakcik india ni tengah menyapu daun-daun tepi jalan. Orang MBMB la kot. Hari-hari memang nampak pakcik tu. Tapi hari ni tak nampak dia.

Terfikir. Sihatkah dia? Kerja kat tempat lain dah ke? Kalau sakit, dapat ke dia duit makan? Ah! Naik sakit kepala fikir. Tapi aku memang tabik la dekat pakcik tu. Walaupun muka sardin je masa tengah buat kerja tu, tapi dia tetap buat.

Aku terfikir pukul berapa agaknya dia start kerja?. Pukul berapa habis kerja?. Macam mana kalau orang macam dia tak ada? Mesti kotor Melaka ni kan.

Aku memang bersyukur sungguh. Aku tak pernah sesusah tu nak cari sesuap nasi. Aku bersyukur, masih dikurniakan fizikal dan mental yang sihat. Aku bersyukur mempunyai keperluan yang lebih dari cukup.

Terima kasih Ya Allah.

.............................................................

Monday, December 20, 2010

I'm upset !

Aku tengah marah ni.  Dah dua kali aku buat live blogging minggu ni tak boleh.  Dah tu aku try update entri by sms.   Dapat sms kata blog dah update.  Dan dan hari ni tengok blog, langsung tak ada update.  Mana aku tak hangin. 

Arghh !! keadaan macam ni sangat membengangkan hati dan perasaan aku. 

Wednesday, December 15, 2010

Melancong ke Bandung, Indonesia Part 7


Restoran Masakan Sumatera.  Rumah Makan Raja Melayu.

Restoran ni boleh tahan best.  Tak ramai orang.  Nampak macam eksklusif, tapi tak tahu sejauh mana eksklusif dia tu.  Greeting dari pekerja, bagus.  Puas hati.  Dekat area mana restoran ni, pergi google sendiri


Tengok, hanya dua orang pelanggan selain kami.  Sebenarnya pelanggan lain pun ada, cuma bukan dekat side aku la.  Yang lain rugi tak masuk dalam gambar. hehe.


Ni gambar di sebelah tempat kami duduk makan. Nampak macam kecil, tapi restoran ni sebenarnya boleh tahan besar.  Restoran ni kena pilih makanan sendiri.  Pilih apa nak makan, nak masak macam mana, nak goreng ke, nak masak bertumis ke, nak makan mentah-mentah ke.  Pilih je.  Tepuk dada tanya selera.


Yang bestnya, restoran ni ada welcoming drink.  First time beb, makan kat restoran mahal yang ada sediakan welcoming drink.  Biasanya restoran paling mahal pernah aku pernih mestilah takat-takat bertaraf Pizza Hut tu.  Senang cerita restoran mahal yang aku tiba, adalah restoran fast food. hehe

Welcoming drink dia, teh pekat-tahap-tak-boleh-blah-punya dan gelas kecil jus timun.  Timun buat jus? Memang la aku tak pernah merasa.  Sedap juga jus timun, tak caye? Pergi buat sendiri.  Gambar kat atas ni masa tengah tunggu makanan.

Masakan dia boleh tahan sedap.  Kalau pergi Bandung, cubalah.  Kalau perut tu jenis yang mudah kalah ketika berperang dengan makanan, janganlah makan sambal dia banyak-banyak.  Kak long aku sakit perut keesokan harinya.  Mungkin sebab dia makan sambal cili tu banyak kot.  Wallahualam.  Tapi kami yang lain sihat walafiat.  Alhamdulillah.

p/s : cerita mengenai Bandung ni dah lari dari landasan, tak ingat nak susun balik perjalanan macamana.  T__T

Tuesday, December 14, 2010

Weekend and Weekdays.


This is suppose to be live blogging entry, but for some reasons it can't be posted.  I'm kinda upset.  Well, because of this entry is suppose to be live blogging, so I'll continue to write in English (actually I'll just type what I've wrote last Sunday).

Captured this on Sunday.  I went to Hougang, Singapore for a wedding.  Enjoying nasi minyak along with tapai and cakes.  Shopping at Geylang some more. 

Driving all day from Melaka to Singapore, then back to Melaka.  Exhausted. (T__T)

And this entri is supposed to be posted last night.

On my way back to Melaka from KLIA.  Now I'm at Restoran Tea Box Cafe, Nilai, Negeri Sembilan.  It's around 1:20 am. We're having our late night dinner and already finished it.  So full and happy.  How am I suppose to go to work tomorrow.. (T__T)

2 days of long distance's driving.  My body ache everyway.  I'm sleepy and I'm taking my 'take 5 time' by updating my blog right now. 

Chow ~

.......................................................

Monday, December 13, 2010

Today's Numbers

sumber : Bing's search

Hari ini hari Isnin.  Hari ini 13 Disember 2010.
Lagi 18 hari nak tahun baru dah kalau ikut kalendar omputih.

Kalau ikutkan hari ni aku dah berumur 22 tahun 4 bulan dan 9 hari termasuk hari ni.
Kalau kira-kira balik, termasuk hari ni, dah 8,167 hari dah aku hidup kat dunia ni.
Kalau nak kasi lengkap lagi, sehingga jam 12 tengah malam, malam tadi, aku telah hidup selama 195,984 jam bersamaan dengan 11,759,040 minit atau 705,542,400 saat.

Maknanya, kalau aku dipanjangkan umur, masuk umur aku 31 tahun lebih sikit, dalam lebih kurang 9 tahun dari sekarang, aku telah hidup selama 1,000,000,000 saat a.k.a 1 billion saat.

Tahukah kamu bahawa aku telah menghabiskan lebih kurang 1500 saat untuk menyiapkan entri yang tak seberapa ni.  Terlalu banyak nombor.  Last-last confuse sendiri. haha.

Semoga Allah memanjangkan umurku dan seluruh umat Islam. Amin.

.............................................................

Friday, December 10, 2010

Twinkle Twinkle Little Star ~

there's stars in my eyes

Twinkle-twinkle little star
How I wonder what you are
Up above the world so high
Like a diamond in the sky


p/s : there're lots of draft.  'bout 11 of them. wonder when will I publish it.
...............................................................

Thursday, December 9, 2010

Wednesday, December 8, 2010

Melancong ke Bandung, Indonesia Part 6

ok lah.  Ini last cerita pasal Pasar Baru.  Bukan apa, kalau tak cerita pasal Pasar Baru banyak-banyak, nanti dah tak ada apa nak cerita sangat.  Sebab masa banyak dilanyak dekat Pasar Baru je.

Seperti yang korang sedia maklum, banyak kedai baju di Pasar Baru ni.  Yang bagusnya, ada la satu dua kedai yang terima tempahan jahitan.  Macam nak buat seluar ke, kot ke, kemeja ke, satu hari boleh siap.  Siap hantar dekat hotel lagi.  Servis marvellous. ekeke.

T-shirt2 muslimah pun banyak juga.  Aku ada la beli sehelai baju t-shirt panjang tu dengan sehelai blouse.  Kalau nak cerita pasal kain kapas, aku ada la beli sehelai buat baju blouse.  Nak kata banyak kain kapas kat sini tak juga.  Nak kata sikit pun tak juga.  Sebab aku masuk dua tiga kedai kain je.  Tak rajin nak masuk selalu kedai-kedai kain ni.  Rambang mata. huhu.

Kat Pasar Baru ni pun banyak juga jual tudung.  Macam-macam jenis tudung.  Cantik-cantik pulak tu.  Bila tengok patung pakai nampak cantik sangat.  Kalau tengok aku pakai.  pehh !! memang la sangat sakit mata.  Susahlah kan kalau gemuk ni.  Pakai apa pun tak cantik.  T__T

Ah ! Dekat Pasar Baru ni tak ada farmasi a.k.a apotek.  Ada sekali tu, kak long aku sakit perut.  Tanyalah dekat salah sorang penjual ni, dia kata ada sebelah hujung.  Along aku pun pergi la kat hujung mana ntah.  Tak jumpa.  Last-last, along aku beli vicks je untuk legakan sikit sakit perut kak long aku.  Kak long aku tu salah makan agaknya.

Di Pasar Baru ni, banyak juga kerepek-kerepek.  Kerepek-kerepek tu ada yang sedap, ada yang lemau, ada yang crunchy, ada yang manis, ada yang tawar, ada yang perisa blueberry, ada yang digoreng, ada yang disalai, ada yang belum dimasak dan ada yang bermacam-macam.  Kebanyakan kerepek diorang banyak berasaskan buah pisang.  Pisang kan sedap.  Masak macam mana pun sedap.  ye dak?  hehe.

Ok.  dah malas nak cerita pasal Pasar Baru.  Kita sambung cerita yang dah jauh menyimpang ni lain kali.

......................................................

Melancong ke Bandung, Indonesia Part 5


Inilah Masjid Jami' di Pasar Baru, Bandung.  Masjid inilah yang aku gembar-gemburkan dalam entri sebelum ni.  Ini adalah penghadang kawasan sembahyang perempuan dengan tempat rehat di luar masjid.  Betul-betul macam pelancong beb, gambar masjid atas rooftop kena ambil juga.


Ni model iklan sambilan.  hehe.  Tangga ni adalah tangga untuk naik ke rooftop.  Tak ada lif sampai bumbung, jadi kena la menapak sikit tangga naik ke atas.  Bukan tinggi mana pun kan.



Gambar blur.  Sori lah.  Siapa yang ambil gambar, aku tak pasti.  Jangan terkejut.  Dekat kawasan masjid ni aku gerai kecil sebelah tempat wudu' wanita.  Gerai tu buat-buat air je kot, tak tahu pula kalau ada jual makanan segala.  Sebelah gerai ni, tempat simpan barang-barang.


Inilah tempat dia.  Pak cik tu tengah pegang beg aku tu.  hehehe.  Kaunter ni tak payah bayar.  Cuma derma ikhlas je untuk sape ntah.  Lupa aku.  Telekung dia kalau nasib baik dapat lah yang cantik.  Kalau nasib tak baik, dapat lah yang kurang cantik.  Kain pelekat tu pun aku rasa boleh pinjam.  Tapi aku tak tahu sejauh mana kebenarannya. ekeke.


Ni pula gambar bandar dia dari atas bumbung bangunan Pasar Baru.  Cantik kan.  Tak banyak bangunan tinggi-tinggi.  Kalau tak silap dengar hari tu, pemandu ada cakap yang kat Bandung ni kerajaan dia tak kasi buat bangunan tinggi-tinggi atas sebab environment.  Itupun kalau tak silap lah.  Aku ni ni rajin lupa benda yang tak berapa menarik minat.


Ni pulak dari side lagi satu.  Disebabkan tak banyak bangunan tinggi-tinggi kat sini.  Aku rasa sangat cantik pemandangan sebab boleh nampak gunung-ganang yang jauh teramat.  Kalau ada bangunan tinggi-tinggi tapi bersepah-sepah macam dekat mana-mana tu memang tak berapa menarik pemandangannya.  Itu pendapat aku lah. 

Sebenarnya aku tak habis lagi cerita pasal Pasar Baru ni tau.  Tengoklah, kalau aku rajin, aku cerita lebih lanjut lagi pasal Pasar Baru.  ekeke.

Bersambung...

........................................................

Friday, December 3, 2010

Coklat German


Empat ketul coklat.  Coklat yang didatangkan khas oleh bos dan pensyarah-pensyarah yang terbang ke sana kelmarin.  Sedap gila beb.  Jauh lebih sedap dari Cadbury, Vochelle dan sebagainya.  Walaupun aku suka coklat vochelle, tapi coklat ni adalah dikecualikan.  Coklat yang dibungkus dalam bentuk gula-gula tu adalah sangat sedap.  Yang kaler biru muda tu adalah coklat yang dicampur dengan susu.  Kira macam susu coklat lah. eh ke coklat susu.  ah, pedulikan.  Janji coklat dan susu.  Sedap juga, lemakkkkkkk..hahahaha



Ni pula keychain dari sana.  Aku suka yang keychain Holland tu, comel je.  Dengan bertambahnya dua lagi keychain ni, masuk ni dah banyak gila keychain aku dapat daripada pensyarah-pensyarah yang pergi luar negara.  Dah naik penuh dah kocek baju jaket aku sejak aku kerja kat fakulti ni.  Bagusnya.  Bagusnya.  (^__^)

Bilalah pula aku yang nak pergi bercuti-cuti ke luar negara.  Kalau atas urusan kerja pun tak pe kan.  Dapat merasa pergi tempat orang.  hehehe.

.......................................................

Thursday, December 2, 2010

Melancong ke Bandung, Indonesia Part 4

Kali ni layan gambar Pasar Baru je dulu.  Entri seterusnya menyusul kemudian.  Sila percaya bahawa mall ni agak besar. Entri terdahulu? Klik sini.

Pemandangan dari tingkat 7 @ car park

Salah satu kedai tempat kami borong baju sulam yang berkain batik.  Tuan kedai ni cakap dia supply kain pada satu butik dekat PKNS, Shah Alam.  Siap tunjuk resit lagi kau.  haha
baju kat sini murah.  Jauh lebih murah dari dekat butik.  Berapa jauh murah? ekekeke.. Datang sini tengok !

Antara baju yang dipamerkan di depan kedai tadi.  Baju kaler torquise tu kak long dan along yang beli.  Aku beli yang kaler hijau belakang aku tu.  Sila ambil maklum beg besar yang aku tengah kendong tu adalah beg yang dijual oleh remaja-remaja yang aku gembar-gemburkan sebelum ni.

Kedai beg.  Ada banyak lagi kedai yang lebih kurang sama kedudukan beg serta jumlah kebanyakan beg dia. Sangat banyak dan murah-murah.  Tapi satu pun aku tak beli.  Tak kena dengan cita rasa.  Kalau beli atas alasan souvenir pun kira macam membazir.

Gambar ni telah dicrop dengan sebaiknya.  Walaupun pinggan yang dah kosong tak nampak, tapi cawan yang dah kosong masih kelihatan.  Tak bleh nak potong lagi dah.  Bukan apa, takut nanti korang tak percaya apa yang aku cerita kat entri sebelum ni.  Tempat makan sebelah kedai beg.

Roti Buaya.  Sila takut. ekekeke.  Roti ni abang aku yang jumpa di kedai roti.  Pastilah jumpa di kedai roti tak kan kedai baju pula. Korang ni. Roti ini adalah roti yang berbentuk seperti buaya.  Rasanya aku tak pasti sebab macam masih tak berapa menarik untuk dibeli untuk dimakan.  Ianya cuma sangat menarik untuk diambil gambar.

Food court.  Sesak beb.  Tapi sedap. Dua hari kami datang, kami makan di kedai yang sama.  Tak ada la kuasa nak pergi makan di tempat-tempat lain yang lebih sesak dari biasa.  Memang ramai sangat orang dekat food court ni.  Ramai dia sampai tak nampak tempat kosong.  ok ok aku tipu, terang-terang dalam gambar ade tempat kosong.  tapi tu je tempat yang kosong tau.  ekekeke.

Kedai kasut juga sebelah tempat kitorang makan.  Tak percaya? Nampak tak kerusi tempat kitorang duduk makan? ekekeke.  Tak percaya? Sukahati korang la.  Aku peduli hapa.  =P
Tapi kasut tu semua tak sesuai dengan aku sebab kaki aku jenis kembang punya.  Ceh, rugi-rugi. T__T

Kedai beg lagi.  Kedai ni sebelah kedai kasut yang aku tunjuk tadi.  Bergantungan segala, tapi sikit pun tak menarik minat aku.  Cuma kagum je la, banyak gila barang-barang dalam satu kedai.

Ni dekat floor bawah.  Level 1 kot.  Ada lagi level kat bawah.  Underground.  Jadi aku assume yang ni tingkat bawah la ni.  Ni gambar dari pintu depan.  Bersepah? Memang le, mall dah nak tutup.  Kitorang duduk situ sampai mall nak tutup.  Percaya? hahaha.

Bersambung....

.......................................................

Langkah Pertolongan Cemas Pertama Jika Terkena Serangan Jantung !

Credit to Bing

Jangan ambil mudah masalah gangguan pada jantung anda. Gangguan pada jantung boleh datang pada bila-bila masa saja dan mungkin membawa maut.

Sebagai contoh setelah anda sibuk kerja seharian, sedang dalam perjalanan pulang tiba-tiba anda merasa sakit yang teramat di dada dan mulai menjalar ke lengan kemudian dagu, sedangkan jarak ke rumah sakit yang terdekat kira-kira masih 5 km. Lebih malang lagi, anda tidak tahu apakah anda mampu bertahan sampai sejauh itu. Bagaimana cara pertolongan pertamanya?

Ada beberapa hal yang patut menjadi panduan, terutama tentang bagaimana memberikan pertolongan cemas awal sekiranya anda atau sesiapa saja tiba-tiba terkena serangan jantung. Apabila seseorang ketika jantungnya tidak dapat berdenyut secara normal, ia hanya mempunyai waktu kira-kira 10 saat sebelum pengsan. Dalam masa 10 saat, kita harus memanfaatkan waktu kritikal ini untuk menolong diri sendiri atau mangsa serangan jantung.

Berikut adalah langkah pertama penting yang perlu anda lakukan :

JANGAN PANIK, USAHAKAN BERBATUK TERUS DENGAN SEKUAT TENAGA. SETIAP KALI SEBELUM BATUK, HARUS TARIK NAFAS DALAM-DALAM, KEMUDIAN BERBATUKLAH DENGAN KUAT, DALAM-DALAM & PANJANG-PANJANG, SEPERTI HENDAK MENGELUARKAN DAHAK ATAU KAHAK DI DALAM DADA.

SETIAP SELANG 2 DETIK ANDA HARUS MENARIK NAFAS SEKALI & BERBATUK SEKALI HINGGA PERTOLONGAN TIBA, JIKALAU ANDA MERASA DENYUT JANTUNG SUDAH NORMAL, BARULAH BOLEH BERISTIRAHAT.

Tujuan menarik nafas adalah untuk memasukkan oksigen ke dalam paru-paru. Sedangkan tujuan batuk adalahj untuk menekan jantung, agar aliran darah terus beredar. Menekan jantung juga dapat membantu denyut jantung kembali normal.

Pertolongan dengan cara ini dapat membantu anda berkesempatan utk pergi ke rumah Sakit. Jangan menanggap apabila anda berumur kurang dari 30, tidak mungkin mendapat serangan jantung. Jadi berhati-hatilah (article published on No.240 of Journal of General Hospital Rochester, red).

Credit to : Orang Muo

......................................................
Related Posts with Thumbnails