Tuesday, November 30, 2010

Melancong ke Bandung, Indonesia Part 3

Cerita ni sambungan daripada cerita Bandung yang lepas.

Esoknya, kami pun keluar dari hotel dalam jam 9 pagi.  Tempat utama yang ingin dituju adalah Pasar Baru.  Pasar Baru itu adalah sebuah pusat membeli-belah yang penuh dengan barang dan orang. Bukan orang-orang.  Kepadatan orang ramai di Pasar Baru adalah sangat padat.

Pasar baru ada 8 tingkat dan sangat agak besar.  Kalau tak biasa, macam boleh sesat.  Tempat perjanjian kalau sesat mestilah dekat lif yang ditengah-tengah.  Nak jumpa tingkat berapa, itu korang punya pasal.  Jangan cari pasal nak jumpa dekat lif yang dekat tepi-tepi bangunan, takut tak jumpa.  Bukan tak jumpa orang, takut tak jumpa lif.  Haha.  Syok sendiri.
 
Kalau nak pergi Pasar Baru, awal-awal lagi aku nak bagitahu, amik masa sehari kalau nak jalan-jalan kat situ.  Kalau macam kitorang hari tu, satu hari tak cukup.  Sangat banyak kedai dan juga barang, dan boleh dikategorikan sebagai murah-murah.  Kalau orang perempuan, pasti suka !

Aku perempuan juga, tapi aku kurang suka.  Mungkin sebab poket kempis pada masa itu dan mungkin juga sebab terlalu banyak baju batik, kain batik, dan jenis kain biasa yang bercorak batik.  Mujur juga tiada kek batik.  Walau macam mana sekalipun, aku end up beli kain batik yang berharga 30,000 rupiah dapat tiga. Ekekeke. Punyalah kedekut.

Cerita mengenai barangan-barangan yang dibeli haruslah di’skip’ dari entri ni.  Kalau tidak, pastinya aku sendiri yang bosan taip satu-satu.  Oh ya, di tingkat atas sekali a.k.a rooftop ada masjid yang tidak berapa besar.  Ok lah kan, dari tak ada.

Dekat masjid ini, ada kaunter untuk pinjam telekung dan loker letak barang.  Mudah.  Dah tu, dari atas bumbung ni pun boleh nampak pemandangan bandar yang cantik.  Sangat padat juga dia punya bandar. 

Kat Pasar Baru ni, majoriti yang aku nampak adalah kedai baju, kedai kasut, kedai beg tangan dan juga tempat makan.  Tempat makan sebelah kedai beg tangan dan kasut je.  Memang sebelah betul-betul.  Duduk dekat meja makan stok-tak-payah-bangun-macam-orang-malas-sibuk-nak-shopping pun dah boleh belek-belek beg tangan yang comel-comel kat belakang seat.  Sambil tunggu makanan sambil usha-usha beg.  Apedehal, ye tak?

Makanan juga sedap.  Nasi goreng pedas satu.  Fuhh!! Memang pedas !  Berair-air hingus. eh, hingus? Hidung la hidung.  Pedas sampai meleleh air hidung.  hahaha.  Yang bagusnya dekat sini, bilik air dia bersih.  Tapi style kena guna gayung dan tak ada jamban duduk.  Tak tahu pulak kalau ada, tapi aku tengok memang tak ada.  ada ke tak ada? ah, apedehal?  Janji bersih. 

Nak masuk bilik air kena bayar 500 rupiah.  Tandas dia pun jauh ke dalam.  Kiranya, terperosok sikitlah dari kedai-kedai yang banyak-banyak tu.  Agak seram sikit kalau pergi sorang-sorang.  T_T.  Dah tu pulak kalau bagi duit buruk yang dah lunyai sikit, penjaga toilet tu tak nak ambil.  Duit lama kata dia.  Hampes betul.  tapi aku bagi jugak duit tu, sebab aku mana ada duit kecik lagi.  semua duit besar-besar.  ceh, berlagak.  haha

Senang cerita, waktu yang digunakan untuk bersiar-siaran di Pasar Baru adalah berbaloi-baloian.  Ni cerita best.  ada jugak yang tak bestnye dekat sini.  Aku boleh sesak napas hokay.

Mall ni bukan kawasan larangan merokok.  bagi orang yang tak suka terhidu asap rokok akan merasakan bahawa mall ini sangatlah tidak sihat.  diekori oleh remaja-remaja yang sibuk nak jual keychain-yang-ada-tulis-bandung, beg beli-belah, air minuman sambil ada antaranya duk-sibuk-kumpul-tar-dalam-jantung adalah sangat melemaskan. 

Bukan saja lemas dengan asap rokok, lemas juga dengan ayat-ayat manis budak-budak tu.  "Belilah bang, belilah kak.  belum pecah telur lagi ni."  "Belilah kak keychain ni, murah-murah".  Pecah telur? Sampai la ni aku tak paham lagi apa kebendanya pecah telur tu.  Along pernah terangkan, tapi masuk telinga kiri keluar telinga kanan.  ah, pedulikan.  tak penting semua tu.

eh, panjang dah ni, nanti sambung lagi. gambar pun akan diupload next time. ok?

......................................................

No comments:

Post a Comment

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails