Monday, March 22, 2010

Kawan Lama dengan Kawan Baru..Siapa yang kita kena 'Back-up'?

Mula-mula aku dah taip ‘aku sekarang dalam dilema’..lepas tu aku padam.

Kemudian aku taip ‘aku sekarang ni ada masalah la’..aku padam lagi..


Last-last aku decide nak terus tanya je dekat kamu orang semua.. apa yang akan kamu orang buat bila berada dalam situasi macam kat bawah ni..


Kamu ada kawan. Dulu dia kawan baik kamu. Tapi lepas beberapa insiden, kamu tidak lagi menganggap dia kawan baik kamu. Mungkin masih dianggap sebagai kawan, mungkin juga tidak. Tak tahu. Selepas berapa lama kamu tidak mendengar apa-apa berita mengenai dia, tiba-tiba kamu terjumpa dia balik. Bukan secara ‘live’ tetapi jumpa di alam maya.


Kebetulan, dia juga seorang blogger. Dan secara tak langsung kamu juga tahu siapa pakwe dia melalui blog dia. Masalahnya sekarang, kamu dapati yang pakwe dia tu seorang yang sangat ‘annoying’. Juga timbul sedikit isu yang langsung tak enak dibaca mengenai perselisihan faham antara pakwenya dengan beberapa blogger lain.


Beberapa orang blogger lain itu sudah aku anggap sebagai kawan. (semua blogger adalah kawan aku..ok!) Sekarang, kamu tidak pasti sama ada kawan kamu tu tahu atau tidak tentang perselisihan faham pakwenya tu.


Seterusnya, kamu rasa patutkah kamu memberitahu kepada kawan kamu itu bahawa pakwe dia sangat tidak best dan tidak gentleman dan nasihatkan dia supaya mengingatkan sikit pakwe dia tu. Well, Rude is the bestest word to say to describe pakwe dia (kenapa aku cakap macam ni? Sebab aku tak suka baca kenyataan balas dia. Macam sangat berlagak. Meluat aku).


Atau.. kamu ignore je dia orang tu, kamu bukan suka pun dengan dia orang.


Kalau kamu orang? Kamu orang buat apa?




*layout ni ok ke..layout lama yang ok?*

2 comments:

  1. susah juga nk jwb ye dayah psl ni. Tp, kak mia la rasa. Sbg kwn, jika ada perselisihan fhm pun, memaafkan lebih baik dr berdendam. Dan rs nya ada baik gak bg hint je..tkt dikatakan msk campur lak urusan dia..manala tau kan..tkt gak dikatakan demikian.

    pepun, bersahabatlah selagi boleh & jgn bermusuh. Manusia ni khilaf. Jd hidup perlu ingat mengingati...

    ReplyDelete
  2. aboi tak bermusuh..cuma luka lama masih belum sembuh sepenuhnya...

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails