sumber : designshoot
sebab tu aku suka duduk kampung. kalau aku duduk bandar, haruslah aku pergi ke shopping mall untuk bershopping sehingga aku benar-benar jemu. mungkin selepas aku berasa jemu dan kehabisan duit, aku pasti tidak betah lagi untuk duduk di bandar yang serba mewah itu.
jangan salah faham. aku bukan tidak suka duduk di bandar. cuma kurang gemar duduk di bandar metropolitan seperti di kuala lumpur itu. aku suka duduk di bandar yang tenang dan aman sahaja macam di Singapura. oh ! tempat lahir lagikan dikenang. ngeh3
impian aku ialah ingin mempunyai sebuah rumah yang mempunyai taman ! taman-taman kehijauan. bila bangun-bangun pagi saja tengok pokok-pokok hijau berdiri teguh, bunga-bunga berkembang mekar. aaahhh, pasti cantik bukan?
kalau tidak pun, kalau banyak duit sikit. buat resort. konsep dia 'resort dalam taman'..haha
biar dipenuhi pokok-pokok yang hijau. tapi tak da la kan sampai nampak macam perkampungan dalam hutan.
resort-resort sekarang ni jarang sangat nak nampak kehijau-hijauan dia. tidak dinafikan memang banyak pokok-pokok kat resort-resort ni. tapi still nampak kosong. alah, dia orang pun, rasa aku jarang memikirkan yang pokok-pokok tu jugak bagi oksigen kat kita. lain orang, lain cara kan..hehe
cukup sudah berangan untuk hari ni. babai.
No comments:
Post a Comment
if do you wanna say something...just wrote it down guys...