Thursday, March 11, 2010

Result SPM? Teruja ke? Nak belajar luar negara?

Tadi blog Oh! Malaysia ada cerita pasal Permohonan Biasiswa JPA dan MARA bagi Program Ijazah Luar Negara 2010. Informasi yang best.


Dan bila mana aku tengok syarat-syarat permohonannya tu. Memang konfem-konfem la aku tak dapat..sebab aku dah nak masuk 22 tahun..syarat umum dia kena berumur bawah 18 tahun..hehe


Bila saja aku tengok syarat-syarat khusus dia. Mak aih.
Hati aku macam dicarik-carik. Sedihnya hati aku macam ditikam bertubi-tubi guna pisau rambo..
Kenapa sedih?


Sebabkan.. kenapa lah dulu-dulu aku tak pernah tahu macam mana nak apply belajar kat luar negara. Kalau tidak mungkin sahaja sekarang ini aku sedang berada di US, tak pun Canada, kalau tak pun..Australia.. United Kingdom pun ok jugak.


Juga, kalau tidak sekarang ni mesti aku tengah duduk-duduk sambil taip blog sambil menelaah undang-undang.. eh tak pun tengah menelaah course dalam bidang sains sosial..tak pun dalam bidang sastera ikhtisas...haha.


Sudah lah aboi ! jangan berangan lebih-lebih. Universiti tempatan pun ko tak lepas syarat (syarat yang tak lepas..bukan bumiputera..kot) inikan pula nak sambung belajar di luar negara. Oh ya ! mungkin juga niat masa aku nak apply universiti tu terpesong sedikit.


Niat apa? Oh ! mungkin sebab aku teringin sangat nak buktikan pada kawan-kawan aku yang result aku lebih gempak dan aku lebih pandai daripada dia orang walaupun dia orang duk gebang-gebang dengan aku pasal result PMR dia orang yang lebih best dari aku. Huh ! 2 tahun ok menjeruk rasa dengan rakan-rakan lama. Oi ! result SPM aku lagi best la dari kamu orang ! (orang-orang tertentu sahaja..kalau rasa kamu orang tidak pernah berlagak dengan aku jangan terasa..ok?)
Cukup cerita kisah lama.


Sekarang ni aku sedang dalam dilema, dan aku masih samar-samar lagi dalam mencari-cari jurusan apa yang perlu aku sambung untuk degree aku. Sekali aku dah kena reject macam seriau aje nak buat permohonan baru.


Menyesalkah aku belajar dalam jurusan setiausaha? Oh tidak ! hurm..mungkin sedikit.. tapi itu bukan masalahnya. (ceh ! ayat kaber..haha)
Sekarang aku sudah bekerja..sebagai seorang setiausaha di sebuah institut pengajian tinggi awam.. untuk sambung belajar, aku haruslah memohon yang jarak jauh punya. Aku tak boleh mohon sepenuh masa sebab terdapat rumours atau sebenarnya memang fakta bahawa kerani yang macam aku ni tidak akan dapat cuti belajar bergaji penuh. Jangan kata bergaji penuh..hatta separuh gaji juga tidak akan dapat kerana tiada paksaan dalam urusan melanjutkan pengajian. Huh ! agak mengecewakan bukan?


Cukuplah sampai sini. Entah kenapa entri aku sejak kebelakangan ini terasa macam panjang berjela. Bila mana aku aku tengah taip entri ni, aku sedang menunggu-nunggu khidmat pesanan ringkas dari mak aku mengenai result SPM adik sedaraku.


Aku juga yang berdebar-debar saat keputusan SPM keluar.

6 comments:

  1. salam..hye sis..
    wahh mesty result spm dulu gempak neh.

    xpew2 truskan berusaha ok.nak belajar bila2 pown boley asal ada keinginan.:)ada rezeki tak kmana kann.n jgn mudah patah semangat tao.chaiyok3.

    ReplyDelete
  2. result spm aritu tak lah gempak mana pun..biasa2 saja.. cerita saja gebang..hehe

    insyaAllah... walaupun saya hampir2 patah semangat.. tapi saya tak akan biarkan semangat saya hilang terus..hehe

    ReplyDelete
  3. wah..msh xpuas ati psl isu smbg blajo kt overseas ye...jgn risau klu de rezki xke mana, ni rezki adik2 zmn skang...

    ReplyDelete
  4. kak lina, haha...itulah..sedih...huhu

    ReplyDelete
  5. kak , mana nak tgk syarat2 permohonan nak belajar di luar negara?

    ReplyDelete
  6. muiz, tak pasti lah.. cuba survey kat web JPA or MARA...

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails