Oh ya ! nenek kesayangan saya telah selamat selepas membuat pembedahan bagi mengubati ‘heart blockage’. Pembedahan yang melibatkan belon. Aku betul-betul tak tahu apa nama rawatan tu dan aku tak pernah terfikir pun nak tanya sesiapa sehinggalah di saat aku menaip entri ini.
Time ni la aku menggelupur nak ingat nama rawatan tu. Aku tak nak lah nanti korang kata aku buat entri tak buat rujukan dulu kan. Nama kaedah rawatan ni adalah ‘balloon catherer’. Belon ni akan disumbat ke dalam pembuluh darah untuk menolak plak yang menyumbat pembuluh darah tu. (info lanjut -> klik sini)
Bila tengok keadaan nenek, nampak segar Alhamdulillah. Terfikir juga aku masa tu. Macam mana agaknya perasaan aku kalau aku yang dapat sakit macam tu. Kalau aku yang terlantar kat hospital macam tu. Huih ! minta dijauhkan la..huhu
Agaknya apa perasaan ayah aku masa kena warded pasal kes yang sama ek?. Ayah aku pula kat Singapore. Kalau sakit pening susah nak pi jenguk. Harap-harap nenek dan ayah akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hayat. Amin.
Ok. Aku nak gerak pergi hospital ni.
An nyeong hi ge se yo ! to ba yo !
Ilalliqa’ ! maassalamah !
Good bye ! See you later !
Selamat tinggal ! Jumpa lagi !
Adios !
(gila kerek tulis good bye dalam banyak bahasa..haha)
Friday, April 30, 2010
Chewing gum
Aku dapat merasakan yang sedikit demi sedikit kemanisan berblog ni semakin hilang. Boleh diibaratkan macam makan chewing gum. Semakin dikunyah, semakin hilang kemanisannya.
Adakah hati aku dah tawar? Oh tidak !
Ini serius ! (sila baca ikut tune wonderpets)
p/s : aku janji akan ceritakan kisah pergi umrah pada entri akan datang. aku akan buat episod by episod sampai korang semua demam sebab nak habiskan baca. orait?

Monday, April 26, 2010
Alangkah baiknya berada di rumah !
touch down di KLIA tepat jam 10...lebih sikit pagi.. (tak ingat..hehe)
lepas tu, terus shoot balik melaka then show off sikit-sikit barang yang dibeli dekat tanah haram dekat sedara-sedara..
agih pelan-pelan kasi sedara-sedara..
lepas maghrib, sambung lagi agih pelan-pelan nak kasi kawan-kawan pejabat pulak..
kesahnya, sekarang ni badan udah lagi kecapekan tapi mata masih belum mengantuk..
mungkin sebab, kalau ikutkan jam 12.36 am ini aku masih berada di masjidil haram menunggu waktu isya'..huhu
waktu tidur dah tak betul..kepala pun jadi mereng..
buat entri ni pun langsung tak berfikir..main terjah saja..
mungkin sebab gian..
bukan-bukan ! mungkin sebab rindu nak mengarang kat blog ni... mungkin..mungkin..mungkin..
Sunday, April 25, 2010
Jom pergi mengundi !
Ok. Hari ni adalah hari kepulangan aku ke tanah air. Moga aku selamat sampai di Malaysia tanpa sebarang masalah.
Dengar cerita, hari ni hari mengundi? Betul ke?
Kalau betul, mengundi lah dengan bijak. Hehe

Wednesday, April 21, 2010
Biasalah...blogger..
Adeh..sekarang ni baru aku faham macam mana ‘feel’ dia, dah taip entri dua tiga tapi tak boleh publish..
Sesak nafas juga tau !
Tertanya-tanya juga aku, ‘feel’ ni sama ke macam bro Sembang Kencang pernah alami dulu..? haha

Tuesday, April 20, 2010
Happy Birthday Joegrimjow !
Hari ni, hari lahir joegrimjow !
Disebabkan aku tidak berada di Malaysia pada ketika datangnya hari bersejarah kamu wahai joe. Jadi, aku buat auto-publish saja. Aku tak pandai nak buat ayat kreatif-kreatif or carik or buat video best-best untuk wish bezday mu.
So, aku buat biasa-biasa je. Mula-mula aku nak ucapkan, semoga panjang umur, semoga dimurahkan rezeki, semoga cepat kahwin, semoga dapat kerja bagus, semoga sihat sentiasa, semoga hidupmu diberkati dan baik-baik saja hingga ke akhir hayat. Amin..
Dah habis. Haha
Apa-apa pun semoga dapat banyak hadiah tahun ni. Sekian.
~ click picture to get a hug ~
Monday, April 19, 2010
Sunbae !
Hari tu aku ngan mak teman nenek pergi buat cermin mata nenek dekat Axis..
Then ada sorang abang ni. Dia pekerja dekat situ. Sekali tengok macam kenal..
Flashback punya flashback punya flashback...
Laa...senior aku rupanya.. masa kat sekolah SDARY dulu...
Dulu zaman sekolah handsome..keding je..
Skang ni masih jugak handsome..tapi dah berisi..haha
Entah kenapa..aku macam banyak tau pasal dia..
Nama Firdaus..ada sorang abang nama Iskandar..
Dia putih..tapi abang dia gelap sikit..
Aku tak ingat dia tu senior aku masa form berapa..
Rasanya masa aku form 1 kot..dia form 4 ke form 5..
Kalau tak silap..aku notice dia masa aku dipaksarela untuk berkawat mewakili persatuan puteri islam sama dengan kawan-kawan. Kalau tak silap juga, dia dengan abang dia lah yang ajar kitorang kawat tu.. belajar kawat dengan diorang memang hazab..huhu
Aku pun tak tahu macam mana aku boleh tau banyak pasal dia ngan abang dia.. alaa..tahu yang dia ada abang dan duduk belajar dalam kelas perdagangan tu dah kira tahu banyak la kan? Haha.. 9 tahun tak pernah jumpa, tiba-tiba jumpa.. dan adalah sangat memeranjatkan..aku boleh ingat lagi dekat dia..walaupun fizikal dia dah berubah sikit..haha.. mungkin sebab dah kahwin kot.
Tapi tak sempat interview dia masa kat kedai cermin mata hari tu.. selidik sikit-sikit je dengan officemate dia. Dah tanya sikit-sikit.. memang confirmlah dia tu senior aku..
Kalau ikut result ujian personaliti aku, aku ni adalah seorang yang hanya akan mengingati sesuatu perkara atau peristiwa yang benar-benar memberi kesan kepada aku / hidup aku. Jadi, yang menjadi persoalannya sekarang.. kenapa aku boleh ingat lagi pada senior aku tu..?
Mungkin ke sebab kawan baik aku ada minat senior tu..ke aku yang minat ek?

Saturday, April 17, 2010
Hidup ini bagai lastik !
Sebelum ni, aku ada lepak ngan kak ana dan kak yan, officemate aku..
Lepak dalam definisi pekerja kerajaan seperti aku ini adalah pergi minum pagi di Taman Mini Malaysia.. minum pagi dalam definisi pekerja kerajaan seperti aku ini adalah makan sarapan sekaligus tengah hari sambil duduk borak-borak mengenai isu semasa tanpa melibatkan gosip-gosip liar artis-artis. Isu yang dibincangkan semasa melepak adalah lebih serius dan lebih menjurus mengenai kehidupan rumahtangga zaman kini dan isu-isu penting berkaitan kerja dan belajar. Ah, terlalu detail? Hehe
Kak ana ada bagitahu bahawa kita kena mengambil risiko bagi mendapatkan apa yang diinginkan. Oh ya, topik yang dibincangkan pada hari itu adalah menjuruskan kepada keseronokan bekerja dan pilihan dalam menyambung pelajaran.
Ya ! senang cerita aku memang sangat ‘into’ dengan topik yang dibincangkan..hehe
Sebab aku tiba-tiba ter’admire’ dengan kak ana..
Dia sangat berani untuk menggapai peluang dan dia juga mempunyai target yang awal-awal dia dah setkan.
Bila berbual dengan dia..buat aku terfikir..
Entah-entah, aku berasa tidak seronok bekerja adalah disebabkan oleh aku tidak mempunyai target di dalam kehidupan aku tak?
Aku tak punya target, apa yang aku nak jadi dalam 5 tahun lagi..
Aku tak punya target,tahun bila aku nak hidup secara sihat dan menjadi kurus..
Aku tak punya target, bila aku nak amik degree, bila aku nak amik master, bila aku nak amik PhD..
yang aku ada target cuma bila aku nak kahwin je.. haha
bila fikir-fikir balik... aku ni macam tak ada cita-cita kan? Tak ada impian.. eh, eh.. bukan tak ada impian..ada ! tapi mungkin impian tu yang biasa-biasa saja. Ah, lagipun..mak aku sendiri cakap aku punya ‘will power’ tak ada.. tak sungguh-sungguh..
mungkin juga kan?
Yang paling best ayat kak ana tadi.. “Hidup ni macam lastik, sikit-sikit tarik..biar nampak macam kita kebelakang..tapi bila kita lepas lastik tu..sebenarnya kita dah jauh kehadapan daripada orang lain”

Aku tak punya target,

Thursday, April 15, 2010
Debar kerana kasih sayang?
Entah kenapa, sejak kebelakangan ni hati aku selalu terasa seperti dibuai-buai. I mean..terasa bahagia..
Entah macam mana dan sejak bila...
Bila aku nampak bintang je..aku pasti akan tersenyum..
Terasa seperti ada seseorang yang sedang merindukan aku..
Kelakar kan?
Siapa la orang yang rindukan aku tu ye?
Macam dalam cerita-cerita cintan pulak kan perasaan tu?
Ni mesti aku dah banyak terpengaruh dengan cerita-cerita korea yang aku rajin layan sejak kebelakangan ni..haha.
Tapi aku gembira dengan adanya perasaan tu..
Walaupun aku tak tahu siapa yang nak aku rindu or siapa yang rindu aku..tapi aku tetap akan tersenyum setiap kali aku tengok bintang-bintang yang bekerlipan di angkasa.
Sangat cantik.
Sekarang aku dah rajin senyum tau..senyum sorang-sorang.. eh, tidaklah..
Pastilah senyum dengan orang-orang..bukan sorang-sorang..eh..bukan orang-orang..tapi orang ramai..
Haha. Kadang-kadang, bahasa melayu memang sangat memeningkan..kan?
Kenapa tiba-tiba hati aku rasa debar-debar ni?

Tuesday, April 13, 2010
Perasaan Menjadi Tetamu Allah..
Korang masih ingat tak..entri sebelum ni?
Aku penah cakap kan yang blog aku akan bercuti selama 2 minggu?
Ini sebab, kalau tak ada apa aral melintang..
Aku, insyaAllah akan menjadi tetamu Allah sekali lagi di tanah suci Makkah..
Tahun lepas aku pergi bersama mak busu & nek bik..
Tahun ini, aku pergi bersama mak, abang, kak long, nenek, nek bik & pak busu..
Bahagia? Memang tersangat bahagia..
Kenapa? Sebab aku diberi peluang sekali lagi untuk membuat umrah..
Duit sendiri? Pasti tidak. Tapi, aku akan memastikan yang aku akan pergi membuat haji dan umrah dengan menggunakan duit sendiri pabila aku punya duit sendiri..
Sehubungan dengan itu,(ceh ! ayat skema) aku ingin memohon ampun dan maaf kepada rakan-rakan semua..tak kiralah rakan blog ke, rakan sekolah ke, rakan sepejabat ke...aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.. mohon doakan aku agar selamat pergi dan selamat kembali.
Lagi satu, aku mintak maaf sebab aku tak punya idea untuk meng’create’ entri bagi membuat auto-publish postwalaupun mempunyai banyak masa seperti yang digembar-gemburkan sebelum ni.
Andai aku pergi tak kembali..mohon korang doakan kesejahteraan aku di sana.. ye?
Andai umur aku masih panjang..kita berjumpa lagi di blog ini.. orait?
Oh ya ! aku akan berlepas pada hari esok (Rabu) jam 3.oo petang di KLIA naik MAS Airline terus ke Jeddah. Jadi kalau ada apa-apa, sila mesej aku..okay?
Aku penah cakap kan yang blog aku akan bercuti selama 2 minggu?
Ini sebab, kalau tak ada apa aral melintang..
Aku, insyaAllah akan menjadi tetamu Allah sekali lagi di tanah suci Makkah..
Tahun lepas aku pergi bersama mak busu & nek bik..
Tahun ini, aku pergi bersama mak, abang, kak long, nenek, nek bik & pak busu..
Bahagia? Memang tersangat bahagia..
Kenapa? Sebab aku diberi peluang sekali lagi untuk membuat umrah..
Duit sendiri? Pasti tidak. Tapi, aku akan memastikan yang aku akan pergi membuat haji dan umrah dengan menggunakan duit sendiri pabila aku punya duit sendiri..
Sehubungan dengan itu,
Lagi satu, aku mintak maaf sebab aku tak punya idea untuk meng’create’ entri bagi membuat auto-publish post
Andai aku pergi tak kembali..mohon korang doakan kesejahteraan aku di sana.. ye?
Andai umur aku masih panjang..kita berjumpa lagi di blog ini.. orait?
Oh ya ! aku akan berlepas pada hari esok (Rabu) jam 3.oo petang di KLIA naik MAS Airline terus ke Jeddah. Jadi kalau ada apa-apa, sila mesej aku..okay?
Monday, April 12, 2010
Friday, April 9, 2010
Buat Jahat tu Seronok ! Tajuk kontroversi.
Hari ni hari gembira. Nak tau sebab apa? *jeling kiri kanan*
Hari ni aku ngulor..haha *shh..zip mulut*
Sebenarnya, nak dijadikan cerita. Ranformers aku merajuk. Mungkin sebab dia dapat rasa aku nak tinggalkan dia dua minggu. Dia tak nak kenyit-kenyit mata dah. Lampu signal rosak. Ntah fius apa yang meragam ntah. Aku tak tahu.
Jadi, pagi tadi aku bawak atoz pergi kerja. Telefon pusat servis proton. Dia kata boleh walk-in je terus. Aku pun kelam-kabut la balik rumah. Tukar kereta. Bawak Ranformers. Agaknya Ranformers meragam sebab aku dah lewat servis lebih kurang 10 ribu kilometer. Kesian dia. Hehe
*aku kena servis hari ni jugak sebab pusat servis proton punya staf ada hari keluarga esok dan diorang tutup ofis besok, jadi agak sukar aku nak bawak kereta tanpa signal selama 3 hari.
Jadi pukul 9 keluar ofis, pukul 10 sampai pusat servis proton, pukul 10.45 baru diorang layan, pukul 11 balik rumah (hantar mak). Masa ni la ragu-ragu nak balik ofis ke tidak. Pukul 11.30 tiba rumah. Time ni la decide tak nak pergi ofis balik. Sebab kalau pergi ofis balik. Sampai ofis pukul 12.15..dah waktu rehat. Bila waktu rehat mestilah nak pergi makan.. jadi pasti akan keluarkan duit bagi membeli makanan.
Terus aku decide tak mahu bazir duit, jadi aku duduk rumah. Pukul 2 keluar rumah amik syam kat lendu. Pukul 3.15 sampai dekat pusat servis proton. Pukul 4 sampai ofis. Pukul 4.30 baru habis taip entri. La ni baru nak mula kerja.
Dah2. Buat kerja.
~ kenapa aku gembira walaupun dah melayang RM 500++? Sebab aku dah lama sangat teringin nak ngulor sekali waktu kerja..haha (harap-harap bos aku tak tahu kewujudan blog ni)

Thursday, April 8, 2010
Sasterawati itu aku !
ok. itu cuma angan-angan saja.
berangan-berangan menjadi penulis lirik. tapi tak tau boleh jual ke tidak. haha.
ada juga sikit-sikit buat puisi. tapi terasa kualiti dia macam hampagas. jadi terabai saja di folder recycle bin.
kisahnya, satu majlis 'Malam Puisi Riong' ni diadakan di tempat kerja aku. SEMALAM.
aku sangat bercita-cita nak pergi. tapi haram..sorang pun tak mahu temankan. jadi hari ni, terasa sangat berdukacita. sangat-sangat terkilan. teringin juga sekali-sekala nak rasa bulu roma meremang bila dengar orang mendeklamasikan sajak dan sebagainya. kalau lah dia buat siang-siang hari, aku gagahkan juga pergi sorang-sorang. tapi yang terjadi, adalah sebaliknya. rugi-rugi.
sekarang tengah mood sedih. ada sapa-sapa nak belanja eskrim?
Wednesday, April 7, 2010
Youtube dah mula kurang ajar..
Ok. ini entri tidak puas hati.
dalam banyak-banyak web video ni, yang aku rasa paling ok mestilah Youtube. macam-macam video ada. walaupun video yang tersenarai tu adakalanya merapu meraban tapi web youtube ni masih lagi dalam kategori sangat membantu.
dulu, kalau bukak youtube laju je video load. sekarang ni, bila bukak je mesti kena tunggu loadingnya yang lembap. ok. sekarang ni aku nak salahkan broadband ke youtube? macam salah broadband kan?
tapi, bila aku pause nak kasi tunggu dia load sambil-sambil latih typing sikit, terus dia berhenti load. tak gerak-gerak lagi dah video tu. bila bukak video kat yahoo or dailymotion ke..okey je. masih salah broadband ke? macam tak kan?
dulu youtube ni jarang-jarang kurang ajar. sekarang....huh !

Friday, April 2, 2010
Entri Berkualiti..contoh?
Sejak kebelakangan ni, aku selalu terbaca blog-blog lain yang banyak menekankan isu entri yang berkualiti. Sampai sekarang ni aku belum benar-benar faham apa maksud entri yang berkualiti.
Entri yang berkualiti tu, entri yang akan membuatkan pembaca-pembaca berpuas hati kah? Atau entri yang berguna seperti banyak informasi-informasi menarik yang ingin dikongsi? Atau, entri yang menggunakan bahasa dan gaya penulisan yang santai serta kelakar? Tak pun, entri yang mempunyai personaliti atau identiti yang tersendiri?
Celaru juga kadang-kadang bila dah baca banyak-banyak blog yang mengutarakan isu ni. Aku yang juga seorang pembaca juga masih tidak dapat menangkap atau simpulkan apa yang membuatkan aku tertarik dengan sesuatu blog tu.
Sebab tu lah sampai sekarang aku masih tak join kontest bro ariff shah tu.. masalahnya, aku sendiri tak tahu kenapa aku berblogging. Tempat luah perasaan? Tak juga..mana ada selalu aku luahkan perasaan aku kat sini. Saja suka-suka? Mungkin juga. Nak tambah kenalan? Pada mulanya tidak, sekarang mungkin ya.
Adakalanya terfikir, entri-entri aku ni berkualiti ke? Haha. Kadang-kadang rasa macam no point je nak fikir benda-benda remeh macam ni. eh, remeh ke? Tak..tak..aku rasa macam penting juga. Kan?

Subscribe to:
Posts (Atom)