Saturday, April 17, 2010

Hidup ini bagai lastik !

Sebelum ni, aku ada lepak ngan kak ana dan kak yan, officemate aku..

Lepak dalam definisi pekerja kerajaan seperti aku ini adalah pergi minum pagi di Taman Mini Malaysia.. minum pagi dalam definisi pekerja kerajaan seperti aku ini adalah makan sarapan sekaligus tengah hari sambil duduk borak-borak mengenai isu semasa tanpa melibatkan gosip-gosip liar artis-artis. Isu yang dibincangkan semasa melepak adalah lebih serius dan lebih menjurus mengenai kehidupan rumahtangga zaman kini dan isu-isu penting berkaitan kerja dan belajar. Ah, terlalu detail? Hehe

Kak ana ada bagitahu bahawa kita kena mengambil risiko bagi mendapatkan apa yang diinginkan. Oh ya, topik yang dibincangkan pada hari itu adalah menjuruskan kepada keseronokan bekerja dan pilihan dalam menyambung pelajaran.

Ya ! senang cerita aku memang sangat ‘into’ dengan topik yang dibincangkan..hehe
Sebab aku tiba-tiba ter’admire’ dengan kak ana..
Dia sangat berani untuk menggapai peluang dan dia juga mempunyai target yang awal-awal dia dah setkan.

Bila berbual dengan dia..buat aku terfikir..
Entah-entah, aku berasa tidak seronok bekerja adalah disebabkan oleh aku tidak mempunyai target di dalam kehidupan aku tak?

Aku tak punya target, apa yang aku nak jadi dalam 5 tahun lagi..
Aku tak punya target, tahun bila aku nak hidup secara sihat dan menjadi kurus..
Aku tak punya target, bila aku nak amik degree, bila aku nak amik master, bila aku nak amik PhD..
yang aku ada target cuma bila aku nak kahwin je.. haha

bila fikir-fikir balik... aku ni macam tak ada cita-cita kan? Tak ada impian.. eh, eh.. bukan tak ada impian..ada ! tapi mungkin impian tu yang biasa-biasa saja. Ah, lagipun..mak aku sendiri cakap aku punya ‘will power’ tak ada.. tak sungguh-sungguh..
mungkin juga kan?

Yang paling best ayat kak ana tadi.. “Hidup ni macam lastik, sikit-sikit tarik..biar nampak macam kita kebelakang..tapi bila kita lepas lastik tu..sebenarnya kita dah jauh kehadapan daripada orang lain”

2 comments:

  1. ayat yg terakhir itu mengungkap 1000 pgertian & beri inspirasi

    ReplyDelete
  2. kak mia, betul..memang betul2 terkesan dengan kata2 tu..

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails