Sejak kebelakangan ni, aku selalu terbaca blog-blog lain yang banyak menekankan isu entri yang berkualiti. Sampai sekarang ni aku belum benar-benar faham apa maksud entri yang berkualiti.
Entri yang berkualiti tu, entri yang akan membuatkan pembaca-pembaca berpuas hati kah? Atau entri yang berguna seperti banyak informasi-informasi menarik yang ingin dikongsi? Atau, entri yang menggunakan bahasa dan gaya penulisan yang santai serta kelakar? Tak pun, entri yang mempunyai personaliti atau identiti yang tersendiri?
Celaru juga kadang-kadang bila dah baca banyak-banyak blog yang mengutarakan isu ni. Aku yang juga seorang pembaca juga masih tidak dapat menangkap atau simpulkan apa yang membuatkan aku tertarik dengan sesuatu blog tu.
Sebab tu lah sampai sekarang aku masih tak join kontest bro ariff shah tu.. masalahnya, aku sendiri tak tahu kenapa aku berblogging. Tempat luah perasaan? Tak juga..mana ada selalu aku luahkan perasaan aku kat sini. Saja suka-suka? Mungkin juga. Nak tambah kenalan? Pada mulanya tidak, sekarang mungkin ya.
Adakalanya terfikir, entri-entri aku ni berkualiti ke? Haha. Kadang-kadang rasa macam no point je nak fikir benda-benda remeh macam ni. eh, remeh ke? Tak..tak..aku rasa macam penting juga. Kan?
entri berkualiti adalah entri YANG MEMILIKI KUALI (berkuali) JENAMA 'TI'. jadilah BERKUALITI
ReplyDeleteceh.. kualiti la sangat..hahaha
ReplyDelete