Friday, April 9, 2010

Buat Jahat tu Seronok ! Tajuk kontroversi.

Hari ni hari gembira. Nak tau sebab apa? *jeling kiri kanan*

Hari ni aku ngulor..haha *shh..zip mulut*

Sebenarnya, nak dijadikan cerita. Ranformers aku merajuk. Mungkin sebab dia dapat rasa aku nak tinggalkan dia dua minggu. Dia tak nak kenyit-kenyit mata dah. Lampu signal rosak. Ntah fius apa yang meragam ntah. Aku tak tahu.

Jadi, pagi tadi aku bawak atoz pergi kerja. Telefon pusat servis proton. Dia kata boleh walk-in je terus. Aku pun kelam-kabut la balik rumah. Tukar kereta. Bawak Ranformers. Agaknya Ranformers meragam sebab aku dah lewat servis lebih kurang 10 ribu kilometer. Kesian dia. Hehe
*aku kena servis hari ni jugak sebab pusat servis proton punya staf ada hari keluarga esok dan diorang tutup ofis besok, jadi agak sukar aku nak bawak kereta tanpa signal selama 3 hari.

Jadi pukul 9 keluar ofis, pukul 10 sampai pusat servis proton, pukul 10.45 baru diorang layan, pukul 11 balik rumah (hantar mak). Masa ni la ragu-ragu nak balik ofis ke tidak. Pukul 11.30 tiba rumah. Time ni la decide tak nak pergi ofis balik. Sebab kalau pergi ofis balik. Sampai ofis pukul 12.15..dah waktu rehat. Bila waktu rehat mestilah nak pergi makan.. jadi pasti akan keluarkan duit bagi membeli makanan.

Terus aku decide tak mahu bazir duit, jadi aku duduk rumah. Pukul 2 keluar rumah amik syam kat lendu. Pukul 3.15 sampai dekat pusat servis proton. Pukul 4 sampai ofis. Pukul 4.30 baru habis taip entri. La ni baru nak mula kerja.

Dah2. Buat kerja.


~ kenapa aku gembira walaupun dah melayang RM 500++? Sebab aku dah lama sangat teringin nak ngulor sekali waktu kerja..haha (harap-harap bos aku tak tahu kewujudan blog ni)

No comments:

Post a Comment

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails