Tuesday, April 13, 2010

Perasaan Menjadi Tetamu Allah..

Korang masih ingat tak..entri sebelum ni?

Aku penah cakap kan yang blog aku akan bercuti selama 2 minggu?

Ini sebab, kalau tak ada apa aral melintang..
Aku, insyaAllah akan menjadi tetamu Allah sekali lagi di tanah suci Makkah..
Tahun lepas aku pergi bersama mak busu & nek bik..
Tahun ini, aku pergi bersama mak, abang, kak long, nenek, nek bik & pak busu..

Bahagia? Memang tersangat bahagia..
Kenapa? Sebab aku diberi peluang sekali lagi untuk membuat umrah..
Duit sendiri? Pasti tidak. Tapi, aku akan memastikan yang aku akan pergi membuat haji dan umrah dengan menggunakan duit sendiri pabila aku punya duit sendiri..

Sehubungan dengan itu, (ceh ! ayat skema) aku ingin memohon ampun dan maaf kepada rakan-rakan semua..tak kiralah rakan blog ke, rakan sekolah ke, rakan sepejabat ke...aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.. mohon doakan aku agar selamat pergi dan selamat kembali.

Lagi satu, aku mintak maaf sebab aku tak punya idea untuk meng’create’ entri bagi membuat auto-publish post walaupun mempunyai banyak masa seperti yang digembar-gemburkan sebelum ni.

Andai aku pergi tak kembali..mohon korang doakan kesejahteraan aku di sana.. ye?
Andai umur aku masih panjang..kita berjumpa lagi di blog ini.. orait?

Oh ya ! aku akan berlepas pada hari esok (Rabu) jam 3.oo petang di KLIA naik MAS Airline terus ke Jeddah. Jadi kalau ada apa-apa, sila mesej aku..okay?

4 comments:

  1. alhamdulilah..
    semoga awak selamat pergi dan balik
    amin

    ReplyDelete
  2. selamat pergi dan kembali. semoga mendapat ibadah yg mabrur di sana..

    ReplyDelete
  3. Selamat beribadat, doakan akak, hb & family murah rezki, panjang umur, sihat nak ke sana jugak. Sampaikan salam kpd Rasulallah dgn lafaz "Assalamualaikum wrbt ya Rasulallah."

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails