Thursday, January 28, 2010

Strabismus a.k.a Mata Juling


Tertanya-tanya kenapa aku buat topik juling? Buang tebiat ke apa?? haha
Tidak lah..sebab aku telah disahkan juling oleh pekerja di kedai cermin mata Axis bernama Fynn..erk?? AKU JULING ??? betul ke??

haha...betul lah..bacaannya sebelah 30...sebelah lagi 28.5..
kanan ke kiri?? jangan tanya..aku pun tak tau..
1.5 beza..jadi dikira tak berapa juling lah.. kalau perati betul-betul baru nampak juling..hehe

Apakah maksud mata juling?
Mata juling terjadi apabila kedua belah mata tidak selari/sejajar dan melihat ke arah yang berlainan. Satu mata bergerak dengan normal tetapi mata di sebelahnya bergerak samada ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah. Mata juling boleh juga dikaitkan dengan keturunan.

Terdapat beberapa jenis strabismus :
1. Esotropia : mata melenceng ke arah dalam
2. Eksotropia : mata melenceng ke arah luar
3. Hipertropia : mata melenceng ke arah atas
4. Hipotropia : mata melenceng ke arah bawah.

Masalah juling biasanya dialami oleh 23 hingga 47 peratus kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan. Bayi tidak cukup bulan biasanya mempunyai retina mata yang pra matang. Bagaimanapun, secara lebih khusus, faktor penyebab berlakunya juling tidak dapat diketahui. Selain genetik, juling boleh terjadi disebabkan masalah kecederaan otak, barah mata, rubela kongenital dan cerebal palsy.
(harap maklum : aku tak cukup bulan..hehe)

Rawatan :
1. Mata juling memerlukan pemeriksaan awal dengan doktor mata.
2. Cermin mata mungkin diperlukan untuk penyakit rabun mata seperti rabun jauh.
3. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah mata malas (lazy eye/amblyopia), menampal mata yang sihat boleh membantu memulihkan penglihatan di mata yang juling. Bagaimanapun, rawatan ini tidak akan berjaya jika ia lewat dimulakan. Rawatan perlu dimulakan pada umur yang awal.
4. Pembedahan boleh merawat mata juling dengan baik. Ia bagaimanapun tidak boleh menggantikan penggunaan cermin mata atau rawatan untuk mata malas. Sewaktu pembedahan, otot-otot mata akan disusun semula. Selepas pembedahan, kanak-kanak biasanya boleh meneruskan aktiviti biasa selepas beberapa hari.
5. Suntikan Botox kepada otot-otot mata mungkin boleh membantu dalam sesetengah kes, tetapi hanya untuk sementara waktu.

Info lanjut : Klik Sini - Tak pun Klik Sini - Kalau tak nak.. Klik Sini

Korang perasan ke aku juling ek??

2 comments:

  1. thanks!!

    sgt2 informatif..

    baru je 2 minggu lepas saya paranoid yg saya akan jadi juling..

    alhamdulillah bukan kes juling..

    tp power mata kanan sudah naek..

    haiz..

    ReplyDelete
  2. haha..kalau power mata naik tak ada masalah..hehe

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails