Contest ini dianjurkan oleh edriena yang juga merupakan seorang blogger. Untuk mengetahui 'contest' ini dengan lebih lanjut.
Sila - klik sini -
[ Ok ! Sekarang ni saya pilih untuk join Part 2 ]
(Without Borders Contest)
Cuba teka saya berada di mana dalam gambar ni? Ok ! takpelah, saya malas nak tunggu jawapan. Ni saya bagitau, saya berada di atas Jabal Rahmah, Mekah. Kalau mengikut sejarahnya, di sinilah tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa. Jadi ramai orang yang datang ke sini untuk berdoa agar dipertemukan jodoh atau dikekalkan jodoh atau sebagainya.
Saya juga tidak terkecuali untuk berdoa bagi dipertemukan jodoh. Sambil-sambil doa tu saya jeling-jeling juga kiri dan kanan saya. Mana tau jodoh saya ada juga di situ. (haha ! saya tipu..ok)
Gambar ini adalah pada masa sesudah saya berdoa. Saya berdoa dengan tekun juga pada masa itu. Saya syak muka saya juga kelihatan serius seperti lelaki yang sedang berdoa di sebelah saya tu. Oh bukan ! Bukan lelaki yang sedang tersenyum tu..tetapi lelaki di belakangnya. Nampak tak betapa serius muka lelaki itu ketika berdoa.
Ramai juga yang menconteng nama mereka di tembok itu. Saya teringin juga menconteng nama saya beserta nombor telefon di tembok itu dan berdoa agar ada orang Malaysia yang nampak dan mengorat saya melalui telefon. Tapi, saya padamkan saja niat saya itu sebab saya tak ada marker pen. Lagipun saya juga tidak cukup ketinggian untuk menulis di situ. Isk !
Oh selepas itu, mata saya melilau-lilau juga mencari tempat lain untuk bergambar. Kenanganlah katakan. hehe. Ok lah. Cerita saya dah habis. Akhir kata, saya harap saya menanglah contest ni.
Sekian, terima kasih.
wah.. bez nye da sampai sane. thanx sebab join contest tu ye dear..
ReplyDeletetak de hal.. sb ade hadiah..hehe
ReplyDelete