Thursday, September 12, 2013

Kazoku Game ~

Hello!

Ok.  Post sebelumnya tadi aku cakap nak cerita pasal drama Kazoku Game kan...


Click here to watch...


Sebenarnya drama ni adalah antara drama-drama yang tidak sengaja terpilih untuk ditengok... Dalam tengah pilih-pilih drama mana nak layan, terbaca la drama ni punya synopsis... 

Ni sinopsis dia.


The Family Game was originally an award winning novel by Honma Yohei that was adapted for television drama and film. 30 years later, the story returns to the screen again on Fuji TV, Wednesday nights.
 
Sakurai Sho stars in this troubling drama as the private tutor Yoshimoto Koya. Koya becomes a tutor to a student, Numata Shigeyuki, an underachiever on the verge of dropping out of middle school.
 
Expecting immediate results, Shigeyuki’s father makes a deal with Koya that if he could make Shigeyuki return to school within a week, he would receive a 100,000 yen bonus. Koya accepts the offer, replying that he would only need 5 days to complete the mission but demands that no one should interfere with his methodology in doing so.
 
A handsome face with a reckless mouth, Koya is a wacky unpredictable pro tutor. How will he save Shigeyuki, a boy who has been bullied in school, betrayed by his best friend, and become a shut-in at home? How will he educate Shigeyuki to change his ways? What is Koya’s motivation in teaching? Koya’s "education" is nothing like anyone has ever imagined. You just have to see it yourself to believe it! -- Fuji TV


Menarik kan?
Drama ni memang kena dengan style aku.  Aku suka cerita-cerita macam ni.  Lagi satu, aku, kalau nak tengok drama aku tengok episode 1 dulu.  Kalau menarik, baru sambung.  Kalau tak, bolayan lah... hehe

First episode cerita ni, aku dah suka dah. Lepas tu terus melekat tengok drama ni.  Drama Jepun ni yang bestnya dia tak lama sangat.. around 45 minit ke 1 jam je cerita dia untuk satu episode.

At least kurang la sikit masa dari tengok drama korea.. ye tak? Hehe.

So, ape yang dapat disimpulkan kat sini.  Drama ni banyak pengajarannya. Bila tengok cerita ni, kita kena buka minda luas-luas dan selami apa maksud tersirat di sebalik setiap yang berlaku.  Eceh.

Drama ni sangat menarik bagi aku sebab dia tunjuk or buktikan kat korang yang pendidikan awal bermula dari rumah.  It means, parents... ibu bapa.  Ibu bapa memainkan peranan penting di dalam proses pembelajaran dan tumbesaran anak-anak.  Bak kata pepatah... bayi adalah seperti kain putih, mak bapak la yang mencorakkannya.  Kannn....

Drama ni ketengahkan pasal anak-anak yang menjadi pelajar yang bermasalah disebabkan oleh kurang kasih sayang  mak bapak, kurang perhatian, dan kurang komunikasi antara ahli keluarga.

Eventhough dalam cerita ni cara home tutor dia (Sakurai Sho) mengajar sangat melampau.. tapi bagi pendapat aku, in an extreme sitution, we need an extreme solution.  Isn’t it?
 
Aku suka drama ni sebab dia selesaikan masalah dari akar umbi.  Dia punya muslihat tu tak tahan. Hehe.
 
Cerita ni complete set, kelakar ada, seram ada, sedih ada..tapi cerita dia ringan je.. tak berat. Sesuai untuk ditonton oleh semua golongan umur..
 
Sakurai Sho
 
 
Masalah utama yang diorang ketengahkan adalah keluarga yang tiada pertalian (bond).
 
Mak ayah yang sibuk dengan hal sendiri langsung tak amik berat perihal anak-anak.  Anak-anak nak tunggang terbalik ke, nasiblah.  Ada aku kisah... ish ish ish. Tak patut. Tak patut.
 
Selain tu, percaya.
 
Bukan senang nak tanam rasa percaya dalam diri seseorang.  Sampaikan ada kalanya kita lebih percaya orang luar daripada anak sendiri.  Ini lebih kurang jugak macam dalam cerita Cinta Nur Jannah tu lah... Lebih percaya cakap orang dari cakap anak sendiri. *tetibe..
 
Kita manusia ni selalu lupa kan... susah nak belajar daripada kesilapan.  Ini punya kes, fasal Mak budak dalam drama ni.. tak serik-serik la hai... Orang dah tolong, tak bersyukur.. membazir lagi.. ish ish ish...
 
Ape pun, kesimpulannya... drama ni memang best.. disyorkan tengok bagi yang berkelapangan.  Jangan pulak sibuk nak tengok time tengah banyak kerja.. okeh? =)
 
Oh ye... Dari awal sampai habis, aku rasa yang Sakurai Sho dalam cerita ni sangat creepy and sort of insane.. part ni rasa macam creepy gila.. sebab macam tengah tengok orang gila... superb act....
 
 
 
..... the ending was great ! Worth watch! Highly recommend !
 
.................................................
 
Selingan....
 
Sebut fasal Sakurai Sho ni, aku baru tau yang dia ahli group Arashi. 
 
Selama ni aku layan je lagu Arashi tapi tak kenal pun orang-orangnya.  Yang aku kenal cuma MatsuJun je. Sekarang ni aku suka Sho lagi daripada Matsujun. Hehehe. Tapi...

aku suka KAT-TUN lagi daripada Arashi.. =P

Walaupun sebenarnya aku lebih layan lagu Arashi dari KAT-TUN.  Hehehe.

Lebih kurang macam aku lebih suka N’SYNC dari Backstreet Boys.  Or macam lebih suka McD dari KFC. Or macam.. lebih suka Super Junior dari 2PM.. hahaha..

Ok. Adios.

Selamat menonton !

.............................................................................
 

Good Doctor

Hai semua !  Lama tak jumpa ye tak? 
Lama gila dah tak update post kat blog ni.. 
Bukan apa... Just nak announce...

Sekarang ni tengah cuti semester... *Ooooyeaahh!! (^o^)


...... Tapi minggu ni dah mula sem baru... *uhuk (-_-“)

 
So, kenapa tiba-tiba muncul hari ni?
Tetibe je kan.. lepas dah lama dah update..
Seperti biasa... of course la ade benda nak cerita kennn...

Yang pastinya, bukan lah cerita fasal diri sendiri.. mahupun keluarga.. mahupun saudara... senang cerita tiada kena mengena dengan sesiapa.. hehehehe.

Masa cuti semester minggu lepas... aku telah membazirkan sebanyak-banyak masa dengan tidur dan internet.. Gila loser kan.. Rasa bersalah pulak ngan nenek sebab tak banyak masa spend dengan dia.  I’ll try my best from now on... Sorry nenek.

...................................................................

Ok, cukup selingan.. kata tak nak cerita hal keluarga kan...

Sekarang ni, aku nak cerita aktiviti “internet” aku di hujung minggu.  Despite of my internet yang sooo lembap nak mampos, aku manage la jugak tengok dua tiga drama ngan movies. 

Cerita yang aku layan mostly adalah drama Korea dengan Jepun lah. 
*Ceh..padahal memang tengok korea ngan jepun je... tak tengok nye der drama bahasa lain. Buat masa ni lah. Ekekeke. 

Drama korea yang aku tengah layan sekarang ni adalah “GoodDoctor”.
 
 
 
Click here to watch the drama...
 
“Good Doctor” ni mengisahkan tentang seorang lelaki yang autisme tapi genius dan bercita-cita nak jadi surgeon.. ringkasan sinopsis dia seperti di bawah.


“Good Doctor is a medical drama about a man with autistic disorder, who has mentally of 10 years old, overcomes bias and discrimination by the society and becomes a pediatrician by utilizing his exceptional abilities that the illness brings.”
 
 
So far, cerita ni adalah sangat best... dan masih ditayangkan di TV.  Cerita ni banyak membuatkan aku berfikir... bukan pasal perubatan, tetapi nilai-nilai yang cuba disampaikan dalam drama ni. 

Aku ada seorang anak buah yang autism.. and... this drama somewhat makes me wonder if he also experienced the same thing when he socialize.

Aku harap cerita Good Doctor ni tidak menghampakan seperti cerita medik korea “Brain”.  Drama “Brain” best.. tapi ending dia hampeh.. sungguh! Huhu... Mengecewakan. 

At least, biarlah cerita dia maintain je dari awal sampai habis dia punya best macam drama medik “New Heart”.  Kat post aku yang dulu-dulu ada aku cerita fasal “New Heart” ni.  Entri tahun 2010 dulu. Cari tak jumpa dah.. hehe..

........................................................

Sebenarnya, intention post ni nak cerita fasal drama Jepun yang aku tengok dalam minggu lepas.  Tajuk dia “Kazoku Game” atau lebih dikenali sebagai “Family Game”... tapi..

Aku terpaksa sambung post seterusnya.... sebab post yang pasal drama ni panjang.. hehe. 

Tunggu post seterusnya ya !  m(^_^)m
 
.........................................................

Friday, June 28, 2013

Throwback : Saya Seorang Setiausaha

 Pengalaman anda sebagai seorang setiausaha?
 
Ok.  Saya seorang setiausaha.  Pengalaman tak banyak sangat yang boleh dikongsi disebabkan saya hanya baru 3 tahun ++ bekerja sebagai seorang setiausaha.  Setakat ini, saya telah bekerja di bawah 5 orang bos.  Ramai kan?
 
Saya mula bekerja pada 14 Julai 2008.  Lebih kurang sebulan jugalah menganggur selepas tamat belajar.  Eh, tiba-tiba saya rasa saya terlalu formal di dalam blog sendiri.  hehe.  Ok.  Hari pertama lapor diri, duduk sahaja bersantai-santai menunggu penempatan.  Hari kedua baru mula masuk ke pejabat as a secretary.
 
Officemate so far, OK! Boss so far, OK!  Aku di assign untuk bekerja di pejabat sebagai setiausaha.  Disebabkan oleh bos besar telah mempunyai setiausaha, aku secara automatik dilantik sebagai setiausaha kepada bos kecik.  Ok, kat office aku ni ada 2 orang bos kecik a.k.a. Timbalan.  So, aku kena jaga dua2 lah.
 
Bos aku yang pertama & kedua, sangat baik.  Yang seorang Prof. dan yang seorang pensyarah.  Yang Prof. walaupun agak clumsy, tetapi sangat pemurah & ramah.  ^__^  Yang seorang lagi, amat-amat baik, sehinggakan hanya segelintir atau lebih tepat sekelumit kerja sahaja yang diarahkan untuk dibuat oleh aku.  hehe.
 
Apa yang boleh disimpulkan di sini, sebagai freshie aku macam tak berapa sangat belajar kesibukan sebagai seorang setiausaha dengan bos yang sedia ada.  hehe.  Nak dijadikan cerita, aku sebagai setiausaha bos kecik kena cover bos besar bila setiausaha bos besar cuti or sama waktu dengannya.  Part ni la yang paling haru sekali dalam hidup aku sejak bergelar setiausaha.
 
Bos besar sangat garang dan tegas orangnya.  Gila ah! Haru biru hidup aku sekejap bila kena cover setiausaha bos besar yang cuti bersalin.  Masa tu aku rasa aku macam biskut lemau.  Nak buang sayang, nak simpan tak elok.  Hari-hari nangis kot nak gi kerja.  Dah la masa tu baru je habis belajar, pengalaman kerja zero.   Memang lah kelam kabut aku masa tu.  Kelam je bayangan masa depan.  Nasib baik officemate semua ok.  Family pun bagi semangat.  Diam tak diam dapat jugak aku tempoh period tu dengan selamat.  Alhamdulillah.
 
Tapi kan, bila jaga dia lah yang buat aku banyak belajar jugak tentang tugas2 seorang setiausaha ni.  Sebab kan, otak kita kena sentiasa bekerja keras bila duduk di bawah dia.  Spelling kena betul, tak boleh ada mistake.  Jadual kena confirm waktu dan tempat yang betul.  Perjalanan (aturcara) semasa outstation kena selalu tengok.  
 
Pernah sekali, dia suruh tempat tiket kapal terbang untuk dia pergi ke Kuantan dan aku pulak sangat lurus bendul hanya booked tiket untuk perjalanan pergi je.  Perjalanan balik - ilek.  Hambik ko kena sembur dengan halilintar.  Elektrik Shock! T__T.  Tak apa. Tak apa.  Belajar dari kesilapan. 
 
Masa jaga dia jugaklah, kena alert dengan arahan semasa ke semasa.  Pernah sekali, dia tulis arahan untuk appointment atas kertas di antara surat-surat masuk-keluar.  Aku tak check surat tu secara overall untuk memastikan tiada benda yang penting.  My bad.  Hambik ko sekali lagi.  huhu.  Teori & realiti, betul-betul dua perkara yang sangat berbeza. T__T. 
 
Tak apa. Tak apa.  Pengalaman mendewasakan kita.  hehe.  Bos pertama dan bos kedua aku cuma sempat jaga dalam 6-7 bulan jugaklah.  Lepas tu aku tukar bos baru.  Disebabkan jawatan yang diorang pegang tu jawatan giliran, so dua-dua bos pun bertukar lah.
 
Bos ketiga dan keempat.  Yang ni aku sempat jaga 2 tahun sampai diorang habis kontrak jawatan giliran tu.  Bos berdua ni pun baik-baik orangnya.  So far, tak ada masalah lah bekerja di bawah diorang.  Sebab diorang sangat sporting.  Lagipun, jaga bos kecik ni kerja tak terlalu banyak macam jaga bos besar.  Jaga seorang  bos besar lebih kurang sama macam jaga 2 orang bos kecik.
 
So, masuk tahun 2011.  Aku bertukar bos lagi.  Kali ni, hanya seorang je yang bertukar sebab nak sambung pengajian ke peringkat PhD.  Yang seorang lagi masih disambung selama setahun.  Bos yang kelima, OK!  Walaupun pada mulanya, aku macam berperasaan yang aku tak berapa nak ngam dengan bos baru.  Tapi masa menentukan segalanya.  Sekarang ni baru nampak dia seorang bos yang baik dan prihatin.  Best. Best. 
 
Oh ya.  Aku masih belum sah jawatan.  Masih belum tahu lagi keputusan exam trengkas hari tu.  Dah dua kali kot amik exam trengkas.  Aku ingat kalau kena ambil lagi sekali, aku kena pastikan aku lulus.  Sebab kan sekarang ni aku dah lanjut tempoh percubaan.  T__T
 
Rasa bersalah sungguh pada En. Ashri.  Dulu masa aku belajar kat Politeknik Port Dickson (Rindu T__T), aku hari-hari practice trengkas.  Tapi, sejak dah bekerja, aku tak pernah practice lagi dah.  Tu yang susah nak lulus tu.  Tangan dah keras.  T__T.
 
 
..................... I found this draft when I'm arranging my post list... This draft was actually made for a blogger's giveaway on 2011 but wasn't send. 
 
p/s : I've confirmed my job as a secretary after 4 years and I'm not practicing shorthand anymore. I'm sorry, Sir. (-_-") 
 
..................................................
 

Thursday, June 27, 2013

The Ancient Egypt - USS Part 5

 
Welcome to The Ancient Egypt!
I love their roller coaster... Oo yeah!
 
I don't really have things to say.. hmm... *thinking*
 

 


I don't know what's inside... souvenir?
We don't have much time.. the clock is ticking.. *tik tok tik tok*
 
The entrance for the backward roller coaster...
Revenge of The Mummy : The Ride *grin*
 
Their indoor roller coaster is sooo much fun ! Very thrilled. My big brother, my sister in law and me decided to ride the roller coaster.. Well, my brother are forced to ride..hahaha 
My dad and my lil bro decided to sit at the outside of the restaurant because both of them are not feeling well.  So, we leave our things to my lil bro and entered the building. 
 
The building is soo big and there are lines everywhere.  We have to follow the lines and climb up stairs for us to be able to ride the roller coaster.  This is my first time riding a roller coaster that going forward and backward.  I was excited!  Really excited.  It was so much fun, thrilled, scary and very dark inside.  I wanted to ride it again, but thinking that I have to queue again.. I give up. (-__-")

Thank god that the toilet was near.. hehe

The models...
I'm embarrassed.  Can't take a look at them properly because it was so embarrassing for me.  It's because they have to act cool at the time.. all the time hokay.. haha

Treasure Hunter..
This ride was soooooooooo boring.  I regretted that I spend too much time queuing to ride this ride. Oh my.. I don't want to talk about this ride.. it makes me mad everytime I think about it.. huhu 

The scenery during the ride..


Oh.. another model. The handsome one.. hehe =)

The restaurant..  We only buy one set of Nasi Beriani and 5 bottles of vitamin water...


The guardian...
 
We then move to Transformers..
 

Wednesday, June 26, 2013

Trip to Terengganu... Part III


Yuhuu.... Assalamualaikum !
 
Lama dah tak update ni.. sibuk dengan test dan exam...
Sekarang ni, final exam dah habis.. yahoo..! boleh update blog.. hehe
 
 
.................
 
Disebabkan dah terlalu lama cerita ni.. banyak yang aku dah lupa.. aku cerita sikit-sikit je lah ye..
 
Lepas kitorang dah memanjang je pancing ikan tak dapat... pak cik nelayan tu bawak kitorang pi kat tempat sotong.. masih awal lagi time ni.. dalam pukul 6 lebih rasanya.. 
 
Kitorang park boat betul-betul sebelah ada bot nelayan yang lain.. lebih kurang dalam 100 meter ada agaknye.. boat nelayan tu complete kot.. dengan berpuluh-puluh lampu, siap ade 2 tingkat kau.. kau ade?? hahaha
 
Bila dah jatuh sauh apa semua, pak cik mula lah buat demonstrasi macam mana nak candat sotong..

 
candatan pertama.. ("candatan" gitu..pes time guna perkataan ni..hehe)

3 ekor sotong..

Untuk makluman, sotong adalah transparent ye..
bila keluar dari air, automatic tukar jadi merah and then putih.. macam yang kat pasar tu..

 
sotong yang terancam telah menghemburkan dakwatnye..
aku banyak kali kot kene sembur.. tapi kene sembur ngan air laut je.. bukan dakwat.. Nampak nau aku bukan spesis yang "mengancam".. eh?? hehe

bendera berkibar di angkasa... *patriotik*


Ni la tuan punya resort... time ni dia ok lagi.. sat gi dia pi layan mimpi..hehe

nelayan-nelayan muda yang guide kitorang tadi... baguih bebudak ni..
 

Hasil tangkapan... entah berapa kilo..

tengok.. besar gila kan... (bukan aku tau... sotong tuu...)

dinner...
 
Last-last kan.. makanan yang dicadangkan untuk makan dalam boat, kitorang makan kat resort je.. sebab dalam pukul 8-9 malam kitorang dah gerak balik.. semua penat dan ramai yang dah mabuk.. tinggal aku dengan dua orang yang lain je yang masih ok sampai ke sudah..
 
Tapi kan, ubat mabuk tu memang kuat la kot.. mengantuk gila sey lepas makan ubat tu.. awal-awal tadi segar sebab ada benda nak buat, tapi bila dah on the way balik, laut dah gelap and dah tak ada apa nak buat, memang tersengguk-sengguk ko dibuatnya.
 
Masa on the way balik pun satu hal jugak.  Laut bergelora, lepas tu hujan lebat pulak.  Memang lencun la kan.. Seram pun ada jugak sebab teringatkan kotnye lah ada ribut ke apa ke.. dah le gelap, tak pandai berenang apa sumer.. memang berdoa je la kan supaya selamat sampai.
 
Dalam seram-seram tu, sempat jugak berangan.  Siap berdiri ala-ala pirates kat atas boat.. ambil feel katenye... hehe.  Tapi kan, memang salute lah dengan nelayan-nelayan ni semua. Bersusah payah mencari sesuap nasi.. kena menempuh lautan bergelora, cuaca yang tak menentu, tangkapan yang belum tentu.. Semangat dan kesabaran mereka sangatlah dikagumi..
 
Dan akhir kata, dengan baik hatinya, makcik resort tu telah menggorengkan beberapa ikan & sotong yang kami dapat untuk dimakan bersama makan malam yang telah disediakan.  Sedap wooo... segar & manis.. =)
 
Tamat hari pertama (gila betul, satu hari punya cerita sampai 3 entry..ish ish ish).
 
 
..............................................
 
 


Friday, May 10, 2013

Trip to Terengganu.. Part II

Hai.. nak sambung cerita yang lepas..
 
Lepas check-in, solat, ape sumer... dalam pukul 3 lebih dekat pukul 4 petang, kami terus gerak ke jeti... nak pi candat sotong..  semua teruja giler... aku dah tentu lah.. excited habis.. first time katakan..

Excited..excited jugak.. tapi dalam hati masih ada takut lagi... sebab kan... masa kami on the way ke resort... pihak resort called..  dia mohon kami postponed trip kami ni..  sebabnya malam sebelum-sebelumnya ada ribut taufan.. dia risau cuaca tak baik kalau kami teruskan juga program kami ni...

Aku ni dah agak kecewa jugak lah kan masa dapat tau berita tu kan.. ye lah.. dah jalan jauh-jauh, lepas tu tak dapat pergi pulak.. tak ke rugi mak, nyah..huhu..  So, colleagues aku pun cakap yang kami dah on the way.. sambil-sambil tu semua pujuk hati dan berdoa supaya kami boleh pergi juga mencandat.  Kami tak nak rugi.  Sepanjang jalan tu semua duk kata In Sha Allah...cuaca baik ni.. tak lama lepas tu.. cuaca masih elok.. kejap lagi.. tak ada ura-ura nak hujan ni... In Sha Allah.. dapat pergi juga... Aaminn... hahaha

Akhirnya.. doa kami makbul juga... cuaca cerah dan pihak resort pun kata ok.  Kami pilih untuk gerak petang instead of gerak lepas maghrib.. sebabnya kami majoritinya perempuan dan hanya 3 orang je lelaki.  So, pergi di kala siang adalah lebih baik daripada malam.  Of course lah kalau yang kaki pancing nak pergi malam kan.. tapi memikirkan keselamatan kami yang majoritinya perempuan, adalah lebih baik pergi pada waktu siang.. hehe.

So... bergerak lah kami ke jeti, menaiki kereta masing-masing... some of us naik 4WD tuan punya resort.  Sampai kat jeti.. haruslah kan.. bergambar dulu...




Lepas bergambar, kami naik boat.. tak de lah pulak gambar boat nye... boat nye boleh tahan besar la jugak.. muat la kami semua termasuk nelayan-nelayan muda dalam 15 orang semuanya naik boat tu.. ni kasi tengok sipi-sipi la boat tu ye...


 
 
Bila dah ada atas boat, semua pakat dah makan pil mabuk... aku sorang je yang belum makan pil mabuk tu.. tak ke panik aku sekejap sebab tak makan lagi.. macam-macam fikir.. kang kalau aku mabuk macam mana.. tak ke susah... kelam kabut aku makan ubat atas boat..

Bila dah ready semua, separuh daripada kami kena duduk belakang.. separuh lagi kat depan.. tak tau la pulak ape motifnye... first time naik boat.. teruja!  Sambil tu tak lupa jugak baca apa-apa yang patut.. hilangkan rasa takut dan berdoa supaya tak ada apa-apa yang terjadi sepanjang berada di lautan...

kami.. =)

kami gerak dari muara.. kot

Awal-awal naik boat semua segar... yang aku ni pun.. yo yo oo je segar... tak sampai 20 minit.. dah berheadbanging dah kat belakang boat tu.. mengantuk sey... dengan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa tu.. kalau dapat katil ngan tilam..confirm nyenyak.. hehe..

the scenery..


Masa mula-mula nak masuk ke laut.. ombak pantai adalah sangat bergelora...  sangat-sangat... takut jugak ah masa tu.. dengan boat nye terumbang-ambing, naik turun... tapi disebabkan macam masih dekat dengan pantai so macam tak risau sangat.. kononnya dalam fikiran macam tak jauh dengan daratan kalau terjatuh sekalipun... hehe.

ni dah nak masuk ke laut...

time ni ombak memang sangat extreme..
time ni aku dah basah kuyup sebab kena ombak besar...
belum pape lagi dah basah lencun.. huhu
 
laluan ke lautan....

Bila dah ke tengah sikit tu macam dah kurang sikit gelora dia.. sebab dah tak ada ombak kan.. masa boat tengah gerak tak de lah rasa sangat gelora laut tu.. bila boat dah berhenti.. barulah rasa terumbang-ambing nye macam mana..  perjalanan nak ke tengah laut tu mengambil masa lebih kurang 1 jam jugak ah.. nampak macam dekat... tapi jauhnye la hai...

selamat tinggal daratan....

Bismillah...

Bila stop, pakcik nelayan dengan anak-anak buahnya dok pakat tangkap ikan selar dulu..  dia berhentikan kitorang kat lubuk selar.. katanya lah.. ntah betul ntah tidak lubuknya tu aku tak tau le..hehehe.. ada colleague aku yang kaki pancing dan standby dengan jorannya dah.. dengan wife dia sekali kena pegang joran.. hehe..

Pak cik dengan anak buahnya selamber je diri kat tepi boat nak tangkap selar.. aku yang berdiri tengah-tengah ni pun rasa macam nak tumbang.. ini dia boleh selamber je.. jeles aku.. haha...

Aku punya lah tak tau cara orang tangkap ikan selar macam mana... rupanya pak cik tu just keluarkan umpan mata kail yang diikat banyak-banyak kat tali, campak jauh-jauh, lepas tu tarik... *ting*  sekali tangkap, banyak gila dapat... hehe.

yang ni sikit.. ada lagi banyak... tapi kami ambil video...
 video tok leh upload sebab kami merapu lebih.. nak jadi isteri nelayan lah.. ape lah.. hehe 
 

yang mana pakai joran...
yang mana pakai tali.. macam-macam gaya ada...


ikan dia besar-besar ko...hehe
 
Masa ni, baru sorang kot yang tumbang... sebab mabuk laut.. hehe.. kami yang lain masih segar bugar lagi... banyak kot ikan yang kami dapat.. mana tak teruja.. tapi kan.. tapi kan... awal-awal je kami dapat banyak ikan.. tak lama lepas tu... tak de pun lagi ikan yang dapat ditangkap... sedih kan.. hehe... tapi tak apa lah.. janji kami puas hati.. sebab hampir 20 kilo jugak ikan yang kami dapat tangkap.. 20 kilo... kata merekalah.. aku ye kan aje.. sebab memang nampak banyak pun..hahaha

di antaranya lah...


Bersambung...
Related Posts with Thumbnails