Pengalaman anda sebagai seorang setiausaha?
Ok. Saya seorang setiausaha. Pengalaman tak banyak sangat yang boleh dikongsi disebabkan saya hanya baru 3 tahun ++ bekerja sebagai seorang setiausaha. Setakat ini, saya telah bekerja di bawah 5 orang bos. Ramai kan?
Saya mula bekerja pada 14 Julai 2008. Lebih kurang sebulan jugalah menganggur selepas tamat belajar. Eh, tiba-tiba saya rasa saya terlalu formal di dalam blog sendiri. hehe. Ok. Hari pertama lapor diri, duduk sahaja bersantai-santai menunggu penempatan. Hari kedua baru mula masuk ke pejabat as a secretary.
Officemate so far, OK! Boss so far, OK! Aku di assign untuk bekerja di pejabat sebagai setiausaha. Disebabkan oleh bos besar telah mempunyai setiausaha, aku secara automatik dilantik sebagai setiausaha kepada bos kecik. Ok, kat office aku ni ada 2 orang bos kecik a.k.a. Timbalan. So, aku kena jaga dua2 lah.
Bos aku yang pertama & kedua, sangat baik. Yang seorang Prof. dan yang seorang pensyarah. Yang Prof. walaupun agak clumsy, tetapi sangat pemurah & ramah. ^__^ Yang seorang lagi, amat-amat baik, sehinggakan hanya segelintir atau lebih tepat sekelumit kerja sahaja yang diarahkan untuk dibuat oleh aku. hehe.
Apa yang boleh disimpulkan di sini, sebagai freshie aku macam tak berapa sangat belajar kesibukan sebagai seorang setiausaha dengan bos yang sedia ada. hehe. Nak dijadikan cerita, aku sebagai setiausaha bos kecik kena cover bos besar bila setiausaha bos besar cuti or sama waktu dengannya. Part ni la yang paling haru sekali dalam hidup aku sejak bergelar setiausaha.
Bos besar sangat garang dan tegas orangnya. Gila ah! Haru biru hidup aku sekejap bila kena cover setiausaha bos besar yang cuti bersalin. Masa tu aku rasa aku macam biskut lemau. Nak buang sayang, nak simpan tak elok. Hari-hari nangis kot nak gi kerja. Dah la masa tu baru je habis belajar, pengalaman kerja zero. Memang lah kelam kabut aku masa tu. Kelam je bayangan masa depan. Nasib baik officemate semua ok. Family pun bagi semangat. Diam tak diam dapat jugak aku tempoh period tu dengan selamat. Alhamdulillah.
Tapi kan, bila jaga dia lah yang buat aku banyak belajar jugak tentang tugas2 seorang setiausaha ni. Sebab kan, otak kita kena sentiasa bekerja keras bila duduk di bawah dia. Spelling kena betul, tak boleh ada mistake. Jadual kena confirm waktu dan tempat yang betul. Perjalanan (aturcara) semasa outstation kena selalu tengok.
Pernah sekali, dia suruh tempat tiket kapal terbang untuk dia pergi ke Kuantan dan aku pulak sangat lurus bendul hanya booked tiket untuk perjalanan pergi je. Perjalanan balik - ilek. Hambik ko kena sembur dengan halilintar. Elektrik Shock! T__T. Tak apa. Tak apa. Belajar dari kesilapan.
Masa jaga dia jugaklah, kena alert dengan arahan semasa ke semasa. Pernah sekali, dia tulis arahan untuk appointment atas kertas di antara surat-surat masuk-keluar. Aku tak check surat tu secara overall untuk memastikan tiada benda yang penting. My bad. Hambik ko sekali lagi. huhu. Teori & realiti, betul-betul dua perkara yang sangat berbeza. T__T.
Tak apa. Tak apa. Pengalaman mendewasakan kita. hehe. Bos pertama dan bos kedua aku cuma sempat jaga dalam 6-7 bulan jugaklah. Lepas tu aku tukar bos baru. Disebabkan jawatan yang diorang pegang tu jawatan giliran, so dua-dua bos pun bertukar lah.
Bos ketiga dan keempat. Yang ni aku sempat jaga 2 tahun sampai diorang habis kontrak jawatan giliran tu. Bos berdua ni pun baik-baik orangnya. So far, tak ada masalah lah bekerja di bawah diorang. Sebab diorang sangat sporting. Lagipun, jaga bos kecik ni kerja tak terlalu banyak macam jaga bos besar. Jaga seorang bos besar lebih kurang sama macam jaga 2 orang bos kecik.
So, masuk tahun 2011. Aku bertukar bos lagi. Kali ni, hanya seorang je yang bertukar sebab nak sambung pengajian ke peringkat PhD. Yang seorang lagi masih disambung selama setahun. Bos yang kelima, OK! Walaupun pada mulanya, aku macam berperasaan yang aku tak berapa nak ngam dengan bos baru. Tapi masa menentukan segalanya. Sekarang ni baru nampak dia seorang bos yang baik dan prihatin. Best. Best.
Oh ya. Aku masih belum sah jawatan. Masih belum tahu lagi keputusan exam trengkas hari tu. Dah dua kali kot amik exam trengkas. Aku ingat kalau kena ambil lagi sekali, aku kena pastikan aku lulus. Sebab kan sekarang ni aku dah lanjut tempoh percubaan. T__T
Rasa bersalah sungguh pada En. Ashri. Dulu masa aku belajar kat Politeknik Port Dickson (Rindu T__T), aku hari-hari practice trengkas. Tapi, sejak dah bekerja, aku tak pernah practice lagi dah. Tu yang susah nak lulus tu. Tangan dah keras. T__T.
..................... I found this draft when I'm arranging my post list... This draft was actually made for a blogger's giveaway on 2011 but wasn't send.
p/s : I've confirmed my job as a secretary after 4 years and I'm not practicing shorthand anymore. I'm sorry, Sir. (-_-")
..................................................
hmm... aku pon taktau ape jd ngan trengkas aku.. teros tak boleh guris.. tu la... tak practice.. keja pon da takpakai trengkas. tu yg teros lupa.. oh en.ashri.. sori.....
ReplyDeletebetol tu.. pengalaman menjaga ramai bos buat kita jadi lebih matang..
itulah... sekarang ni kita lebih kepada menaip je.. tak sia-sia belajar typing sampai kejang2 jari..hehe
Deletebetol2.. taip pejam mata je... hahahaha.. (berlagak betol aku.. hahaha)
ReplyDelete