Thursday, May 9, 2013

Trip to Terengganu... Part I

Hi pembaca... =)  Assalamualaikum...
Macam mana hari ni? Ada sihat ka? Hehe.
 
Ni nak update fasal cerita aku pi candat sotong hari tu...  lama sangat dah tertangguh tak terkarang-karang aku ceritanya.  Biasalah... bizi ngan assignment yang tak sudah-sudah.. minggu ni presentation.. group & individu.. uwaaa !!! serammmm....
 
Pulau Redang di kejauhan..
 

Ok. 
Berbalik kepada cerita asal....
  
Budak ofis aku plan nak pi candat sotong ni dari bulan Nov tahun lepas tak silap.. perginya bulan April... lama giler kan?  Hahaha... Diorang plan, aku ikut je.. aku tak menyumbang apa-apa pun dalam perkongsian idea nak buat program ni.. yang aku buat cuma bayar duit dan join... =)
  
Nak dijadikan cerita, plan semua dah ok.. tempat tinggal, makan minum, pakej candat, snorkeling, apa semua dah settle.. tiba tang pengangkutan pulak yang masalah.. mohon-mohon bas tak dapat, so... worse come to worse.. dua orang ofismate yang join sekali sudi la nak bagi pinjam kereta... 
  
Maka, beramai-ramai la kami naik dua MPV a.k.a. Proton Exora.  Nasiblah kami cuma 12 orang je.. so, muat-muat la kann... Eh, actually, yang naik Exora tu cuma 10 orang, yang lagi dua tu (husband & wife) gerak dari kampung mereka, naik kereta sendiri. 
  
Kami pecah 4 orang naik satu Exora & the rest naik lagi satu Exora... Exora yang ada 4 orang tu kitorang pakat sumbat beg baju masing-masing kat belakang..   Penuh beb kat belakang tu.. beg untuk 8 orang plus dengan kotak yang berisi kuali, dapur, sudu, garpu, minyak masak, gula dan sebagainya.. katanya nak masak atas boat la, barbeque la.. apa-apa sajelah labu... janji muat...  aku Ok je..

Kami janji nak gerak pukul 4 or 4.15 pagi... last-last kami gerak pukul 4.50 pagi macam tu.. biasa la kannn.... susah nak bangun pepagi ni...  yang susah bangun tu aku lah... nak-nak pulak, time tengah kemas beg last minit malam tu, rumah aku black out pulak... tak  ke haruu... tang mana nak cari stoking, tang mana nak sumbat seluar, tang mana nak cari baju lagi... memang dugaan... nasib lah dalam pukul 1 ke 2 macam tu dah ada elektrik balik.. tapi, aku bantai tido balik... pukul 3 baru bangun nak sambung kemas-kemas beg... kemas beg satu hal, nak mandi lagi satu hal... peh.. lama jugak aku amik masa nak mandi.. sejuk gila bai air pepagi buta.. tak penah nye dibuat aku mandi pepagi buta macam tu.. tapi nak tak nak terpaksa la kann.. katanya nak jalan jauh... akhirnya gerak dari rumah pukul 4 pagi...
  
kalau biasa-biasa dari rumah ke ofis, aku amik masa dalam 45 minit baru sampai.. nak jadi cerita, pagi tu... aku gerak pukul 4 tapi sampai ofis pukul 4.20 pagi.. 20 minit je beb... gila ah laju kan aku bawak... kereta tak de.. trafik light pun aku langgar je... dah lambat lah konon.. =P  Nasiblah bukan aku yang terakhir sampai kan...hehe.
  
Kami lalu ikut Palong-Muadzam-Terengganu.. Kami berhenti kat satu Masjid untuk solat Subuh... kat mana ntah aku tak tahu.. Mencari Masjidnya pun dah satu hal... first, tanya orang.. lepas tu bila dah masuk kat kawasan kampung, belok sana belok sini masih belum jumpa jugak.. last-last yang diorang ni bukak tingkap berpandukan je bunyi orang azan ke mengaji ke.. nasiblah jumpa...  
  
Lepas solat, kami teruskan perjalanan dan ada beberapa kali berhenti la untuk makan, ke toilet dan sebagainya... kami sampai di Pandan Laut Beach Resort, Setiu dalam pukul 2 lebih dekat pukul 3 petang...

 
 

My first impression of this resort was.. Oh? *can’t believe* Betul ke tempat ni...? The reception office made by woods.. je... serius?...  Itu first impression la... tapi bila dah check ini ape sumer... resort ni quite good la... bilik ada aircon, TV, katil, sabun, tuala mandi, dan segala macam lagi.. apa lagi yang kau mahu hah?? Hehe..  katanya bilik yang kami duduk tu RM 80++ satu malam... aku pun tak sure... diorang la yang kata... berbaloi la mengikut harganya kan...but.. the best thing about resort ni adalah servis dia.. servis tip top.. bagi aku la... hehe..
  
 
kedua-dua gambar ni adalah ehsan dari internet...
gambar sendiri tak upload dalam pc...

Resort ni tak banyak sangat bilik, kalau tak silap aku.. bawah 20 agaknya... ke bawah 15 bilik..? aku pun tak sure.. nampak macam kecik je resort ni.. eh..ada dorm jugak kot..kalau tak silap.. tak tau la ye... lain... kalau ada lagi yang tersembunyi tu, aku tak tau lah.. korang boleh tanya je dengan tuan punya resort tu.. kat sini.. Wan Najmuddin.
  
Oh, untuk makluman.. resort ni adalah di tanah besar ye.. bukan di pulau... jadi, tak adalah kau bergendong-gendong bawak beg naik bot ke apa untuk ke resort... kan senang.. hehehe.
 

Bersambung....
  

1 comment:

  1. gi teganu mmg layan...
    na..na..na..na..na..na...
    ganu kite...

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails