Friday, August 24, 2012

Salam Aidilfitri ~

 
 
Salam Aidilfitri kawan-kawan semua!!! teehee..
Hari ini adalah hari ke-6 kita semua menyambut Hari Raya Aidilfitri..  macam mana dengan sambutan korang-korang semua? ada baik ka? banyak dapat duit raya ka? hehe
 
Aku dapat duit raya tahun ni! hebat tak? hebat tak? haha. Tahun lepas dapat dari ex boss..tahun ni dapat dari ex boss juga walaupun kedua-dua ex boss itu adalah bukan orang yang sama. =P  Current boss tak bagi duit raya... *sigh* teehee..
 
Terima kasih incik boss...hehe. Duit raya yang incik boss bagi tu saya dah buat belanja adik saya makan sempena konon-konon nak meraikan hari lahir adik saya yang ke-21.  Terima kasih banyak-banyak incik Boss.. Semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang tidak ternilai.. Aamiin.
 
Well, kalau nak cerita pasal raya..of course lah tahun ni adalah tahun yang paling tak best sekali raya..  Raya tanpa ibu tersayang.. mesti lah tak best..  memang betullah orang kata.. time ada, ada masanya kita tak hargai.. time dah tak ada barulah sibuk-sibuk nak nangis mengenang nasib diri.
 
Tapi aku bersyukur sangat.  Sekurang-kurangnya aku dah lebih bersedia menyambut lebaran tanpa ibu.  8 bulan sudah ibu pergi meninggalkan kami sekeluarga.  Mental pun sudah boleh menerima.  Cuma bohong lah kalau saya kata saya tak sedih kan.
 
Dah jadi tradisi kami sekeluarga yang saudara mara yang dah bekerja sama ada bujang or yang dah kahwin kena berdiri di ruang tengah rumah untuk memberi duit raya kepada penerima-penerima duit raya.  Sorang-sorang nama akan dipanggil.  Memang best! (jika anda penerima duit raya..hehe)
 
Tapi tahun ni aku sedih sikit la..  bila tengok kerusi yang selalu ibu tersayang duduk kosong.  Terasa kehilangan.  Nasib baiklah abang sedara aku yang memerangkap cameraman tu duduk kat kerusi tu.  Kalau tak..tak kemana aja fikiran dan perasaan melayang-layang time tu.
 
Dah tu, tahun ni kami sefamily tak ada gambar raya.  Semuanya tak ada hati nak amik gambar raya.  Tapi.... bila terkenang balik.. macam sedih pulak tak ada gambar family.  Sekurang-kurangnya boleh buat kenangan. 
 
Terfikir juga.. buatlah kalau salah seorang dari kami pergi meninggalkan dunia ini.. at least adalah kenangan terakhir kami bersama di hari lebaran.  ye tak?  tapi nak buat macam mana.  benda dah lepas dah pun.. tunggu raya haji je la baru amik gambar sefamily.
 
Last sekali, thanks la kepada saudara-saudara semua yang tak menyebut mengenai ibu kami di depan aku.  kalau tak pasti dan merembes keluar air mata.  Pagi-pagi tengok nenek menangis mengenangkan arwah ibu, terus aje air mata laju keluar.  terus cepat-cepat keluar dari bilik nenek.  sembunyi perasaan, buat-buat ok je depan orang ramai.
 
Semoga arwah mak tenang di sana.  Terima kasih mak, kerana datang menjenguk yaya walaupun dalam mimpi.. 
 
Salam lebaran untuk pembaca semua.. (^__^)
 
 
 
 

4 comments:

  1. Yaya, Selamat hari raya...nanti kita salam peluk cium eh...Akak pun tak de gambar raya thn ni....syiann kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kan.. nanti kita bergambar la time raya haji..hehe

      Delete
  2. selamat hari raya... eh.. cam dah terlambat je aku kn.. hahaha.. xpe2.. jnji kita da jumpe masa raya ke3 dan raya sama2.. hehehe

    ReplyDelete
  3. yeay... janji dah raya sesama..hehe

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails