Hai semua !
Malam ni aku baik pulak tidur lambat. Kalau tak, tiap malam, awal-awal lagi aku dah terbongkang atas katil. Lambat pun tak de la lambat mana pun. Belum pukul 12 lagi. Malam masih muda.. hehe
Aku sejak dua menjak ni selalu aje la migrain... lama jugak tau aku hidup dalam kedamaian..tak diganggu migrain yang langsung tak pernah diinvite ni. Cuma kebelakangan ni je aku kerap kena migrain. Stress ke aku? haha. Aku tak boleh jawab soalan tu. Aku sendiri tak tahu sama ada aku stress ke tak.
Korang pernah tak rasa macam bila je korang start terfikir sesuatu benda yang penting... korang rasa sakit kepala... lepas tu jadi malas nak fikir.. last-last kena migrain.. penah tak? penah tak? aku selalu kot.. bila teringat je perkara tersebut.. aku stress! eh eh...tetibe. tadi cakap macam tak tau stress tu ape.. haha.
Mungkin juga kot ye.. Bila teringat perkara tu, rasa malu, rasa marah, rasa benci, rasa nak nangis, rasa nak tido, eh? , lepas tu sakit kepala. Dah sakit kepala tu mula la sibuk nak cari Migrain Ice..nak tepek kat kepala. Bila dah cool, mula rasa macam tidur lagi best. Last-last hape pun tak jadi!
So, bila asyik tido je. Bangun pagi mesti miung sebab terlebih tido. Dah tu mula la rasa malas nak g keje sebab kepala rasa macam kena mabuk laut. Bila teringat kerja kat office.. lagi teruk mabuk tu mendatang... ish ish ish. guana nak jadi pekerja cemerlang ni?
For some reason, I know why do I love korean variety show. They are funny, thick-skinned, honest and interesting. I used to read somewhere that state, laughter is the best and the cheapest medicine. So, from my point of view.. I admit it. It is the best medicine.
It's good in reducing my stress. Wait, thats not it. It's just that it makes me feel good and distracted my mind from thinking the things that should be think. It worked for some period of time but for the long runs..I don't think so.
Eh, baru perasan tertulis dalam English. Biar je la ye. hehe. Jadi kan, abang saya pernah berkata, yang jalan-jalan di shopping mall adalah suatu exercise yang tak kena bayar pun. Window shopping adalah sesuatu yang ok katanya. Orang sayang bini katakan..hehe
Well, kalau korang pernah ikut aku kat twitter ke facebook ke, instagram ke, kat sini ke.. korang mesti tahu yang aku ni paling la tak gemar nak berwindow shopping. Dah la penat, mata melilar tengok sana sini. Tahan hati je nak beli sebab poket tak bagi. Keluar shopping tengok bar minyak kereta dah turun. Tahan hati lagi sebab poket marah kena keluar duit lagi. Penat dapat, duit keluar, barang hape pun tak de. Apekejadahnye semua ni?
Kepada penggemar-penggemar window shopping..tolong la jangan marah ye. Ni personal view aku je. Tak de kena mengena ngan korang. Yang marah pun poket aku je. Korang jangan terasa pulak. hehe.
Ok ok. Jadi, satu hari tu.. aku pergilah berwindow shopping seperti yang disuggestkan oleh abang aku. Jalan punya jalan punya jalan, tetibe terstop kat tempat permainan budak-budak. Terjumpa LEGO..
Bestnya la kan kalau dapat main benda ni balik macam zaman dulu-dulu. Hati dah riang gembira memikirkan saat diri bermain LEGO di usia-usia hot ni.. tapiiiiii... pehh, mainan budak-budak sekarang ni melampau betul harga dia. Mula lah aku nak stress tengok harga dia. Last-last aku pi kat rak lain, tengok mainan yang murah-murah je. Nak jugak mainan tuh! hehe.
tapi yang bestnya apa tau.. aku jumpa la jugak pemainan yang aku pernah main masa kecik-kecik dulu, yang murah, simple dan jiwaaa... haha.. Dalam kepala ni dah congak-congak dah nak beli yang banyak kaler ke nak beli yang satu kaler tapi ada banyak. Dah fikir punya fikir, belek punya belek, congak punya congak.. aku decide nak beli yang banyak tapi beli 2 kaler. Cuba sikit dulu..kalau fun..baru beli lagi.. ye tak? hehe
cer teka... cer teka.. ape kah permainan yang murah, simple dan jiwa....?? dah habis baca ayat tadi try la buat-buat fikir.. barulah nampak macam best penulisan aku ni.. hahaha. Ok ok. Aku beli benda alah kat bawah ni..
Aku beli 2 botol. Satu kaler hijau, satu kaler putih. Nampak tak rege dia? Baru RM3.90 sebotol. Murah kan? hehe. Mula-mula ingat nak beli hitam ngan putih. baru macam matching. Tetapi apekah yang difikirkan oleh pasaraya tersebut bila botol kaler hitam langsung tidak kelihatan di rak mainan tersebut? Tidak kah mereka memikirkan kepentingan pembeli seperti aku ni? Dengan kecewanya, aku pun mengambil la kaler yang sebijik sama macam kaler kereta aku. Ok ape.. hijau ngan putih. Matching gak... ye tak?
Setelah beberapa hari beli, baru la minggu lepas aku merasmikan penggunaannya. Itupun disebabkan aku teringat perkara yang memberatkan kepala. Jadi, untuk ringankan sikit kepala, aku high-up kan dengan bermain Play-Doh.
Setelah sekian lama tak bermain benda ni... aku telah menjadi seorang kanak-kanak yang mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Bukan itu sahaja. Time ni la baru aku realize yang aku sudah lama tak menggunakan otak kanan aku untuk bekerja. Aku jadi macam budak-budak yang tak tahu apa-apa. Kreativiti juga entah tertanam di mana.
Aku bulat-bulatkan doh tu. Dah tu, aku penyekkan dengan tangan. Pastu gulung balik. Buat bulat lagi. Penyekkan lagi. Tak puas hati. Cari kotak kasut. Bulatkan lagi. Penyekkan atas kotak kasut. Resultnya, bukan sahaja doh yang penyek, kotak kasut pun nak ikut sama penyek. Arghhh, stress!
Tak puas hati lagi. Campak kotak kasut ke tepi. Cari fail bawak pi kelas. eh? dia tak melekat la. ok ok. dah best dah ni. Buat bulat lagi. Penyekkan. Gulung lagi. Penyekkan. tup tup, eh? dah jadi meja lah. Gulung lagi. Buat kerusi pulak. Konon kerusi kena la kecik sikit lagi kan. Dah tu, mula la doh tu himol, (degil), tak nak ikut cakap. Puas aku suruh diri. Dia nak lembik juga menduduk. Ah, ghasak la. Janji kerusi kena ada 4. haha.
Bila dah siap 4 kerusi. Mula la rasa best nak cuba benda-benda lain. tapi... yang jadi cuma kerusi, kerusi dan kerusi. kah kah kah. ok lah tu. Janji kerusi tu semua lain jenis.
Kerusi kat atas ni lagi satu hal. Konon dalam kepala ni nak buat macam kerusi kat taman-taman tu ha. Siap buat palang tengah-tengah tu nak kasi kukuh la konon. Last-last palang yang aku letak tu jadi pemberat pulak kat tengah-tengah. Lantak ko lah labu. Janji nampak macam kerusi.
Dah siap buat kerusi apa semua. Tak tau dah nak buat apa. Tapi dah seronok dah ni main play-doh ni. Campurlah dua-dua doh ni. eh eh..macam kaler bumi pulak, macam kaler globe tu. hehe.
Bulat, penyek, bulat, penyek. Last-last amik cutter. Potong ikut gambo hati. Pehhh.. gila tak matured! bagi kreatif sikit. bagi kreatif sikit. Bulatkan doh putih, penyekkan. letak love atas doh putih. Gila tak lawa doh! kasi lagi kreatif la mak cik oi! Bulakan doh globe tadi, penyekkan. Potong bulat letak love kat atas. fuhahahaha! Semakin hebat. Siapakah yang telah membuat arca yang sangat pffttt* ini? kah kah kah. apekah pemerepekan yang sedang berlaku ini? Tidak percaya dengan mata anda? Sila lihat semula gambar di atas. =P
hahaha.. last-last aku buat la bunga kat tengah-tengah tu. baru lah nampak macam ada improvement sikit khann... =) tapi kan, aku bagitahu kat korang la.. memang best doh main play-doh ni. Ko geram, ko henyak je dia. Kalau rasa nak baling pun, tak de hal nye. tak mudarat pun. lagi-lagi kalau ko baling kat dinding. paling kuat pun dia melekat je.
Sape kata nak hilangkan stress susah? Senang je kalau kena dengan caranya. Bestnya main play-doh ni, dia bukan sahaja mereducekan stress aku, malah aku rasa dia juga membantu merangsang minda aku untuk berfikir dengan lebih kreatif. Bukankah baik jika begitu? hehe.
So, dah penat-penat buat. Amik gambo segala. Tiba masanya untuk mengemas semula. Evidence perlu dihapuskan.. =P
Stress yang melanda terkubur bersama play-doh yang telah disimpan rapi di dalam kotak beg. Sekian sahaja sampai di sini. Bertemu kita di lain hari. Ta ta.
p/s : Jom main play-doh ! (^_^)
Ini adalah schedule post..