Seharian memandang komputer di meja. Mata letih, badan letih, fikiran juga turut letih.
Teringin sekali menikmati keindahan alam tanpa memikirkan tentang kerja yang menanti. Pergi bercuti untuk jangka masa panjang. Adalah sangat membahagiakan. kan?
Duduk di tepi pantai yang luas. Pejam mata. Betapa bahagianya perasaan. Ditiup angin laut yang sepoi-sepoi bahasa di bawah terik matahari yang memancar. Memandang laut yang tiada penghujungnya. Menikmati keindahan pantai seluas mata memandang.
Jika tidak di pantai. Mungkin berada di satu kawasan lapang yang jauh dari kesibukan kota. Jauh dari kesibukan kerja. Hanya yang ada, pemandangan yang luas. Tempat yang sesuai mencari ilham dan merehatkan minda.
Baring di atas tanah rumput yang menghijau. Memandang ke langit yang cerah. Melihat awan-awan membentuk dan berlalu pergi. Dengan hanya membayangkan sahaja sudah rasa cukup bahagia. Apatah lagi kalau mengalaminya sendiri. kan?
Jika tidak di tempat lapang. Mungkin juga di dalam hutan. Bukan lah hutan sangat pun. Setakat ke taman botanikal or taman negara ke, kira dah ok lah tu kan. Dikelilingi oleh pohon-pohon yang menghijau. Cahaya matahari memancar di celah-celah daun pokok.
Sejuk mata memandang. Lagi best kalau ada sungai or air terjun. Memang tenang rasanya. kan?
Bilalah dapat menikmati waktu-waktu yang diidamkan macam tu?
.....................................................
jom g holiday! hehe =)
ReplyDeletejom !! ^__^
ReplyDelete