Ini adalah gambar pada hari kejadian iaitu hari Selasa, 8 Februari 2011. Tertanya-tanya kenapa aku sibuk posing sambil pegang kertas berwarna-warni segala?
Tahukah kamu bahawa tempat untuk mengambil gambar ini adalah di belakang bangunan bagi mengelakkan diri daripada dinampakkan oleh orang lain agar tidak malu secara tiba-tiba nanti? kah kah kah kah. Berdekah-dekah aku ketawa.
Bukan ketawa kerana tempat mengambil gambar adalah kelakar. Tetapi disebabkan oleh kejadian yang berlaku sebelum itu nampak macam kelakar tak sudah. Di arah untuk masuk ke kuliah bos bagi mengedarkan kuiz dan latihan kepada pelajar-pelajar. Edar kuiz? Ek eleh, apa lah sangat kan. O_o
Bos terpaksa ke Kuala Lumpur atas urusan mesyuarat bersama KPT. Ok. Masuk kelas, edar kuiz, ambil kedatangan, tunggu 15 minit, pungut kuiz, edar latihan dan balik ke pejabat. Mudah kan? haha. Mudah lah sangat.
Tahukah kamu bahawa aku adalah seorang yang lahir di dalam bulan Ogos yang mempunyai sifat kelam kabut? Benda mudah pun masih boleh buat orang macam aku ni kalut tak sudah sehingga hampir-hampir memalukan diri sendiri? eceh, hiperbola je tu.
Al kisahnya, aku pergi bersama kak Azian. Haruslah ada peneman kan. Mati kejung aku sorang-sorang nanti. Dah sampai, tercengang-cengang kat luar bilik kuliah. Jumpa Dr. Izan kat luar kelas, then dia yang tolong tanyakan student-student kat dalam kelas tu betul ke tidak kelas tu yang aku kena masuk. Haru. ngeh ngeh ngeh
So, dah confirm. Aku pun masuklah kelas. Jangan kata student je yang tercengang-cengang, aku pun tercengang-cengang juga masuk kelas tu. hahaha. Dah tu, bagi la intro sikit kannnn. Tak kan main edar je kertas betul tak? Gagap-gagap aku kat depan student-student tu. Rasa macam kena bercakap kat depan masa kursus induksi dulu tu. Perasaan tu sama. eceh.
Dah edar kuiz, hp bunyi pulak. Berlari-lari anak mendapatkan telefon. Gelabah lupa nak silent, pegang hp terlepas pulak. Aduh. Dah la hp jatuh, malu pulak lagi. Tak cukup dengan tu, nak pergi sambung edar kertas kuiz lagi ni. Tersadung pula kerusi. Aduhhh...macam-macam lah. hilarious gila bila ingatkan balik. kah kah kah kah.
Dah settle semua, minta maaf semua bagai. Keluar kelas pergi toilet. Muhasabah diri kottt.. hahaha. Lepas tu lah baru timbul gambar di atas. Begitulah ceritanya, konon ambil feel jadi lecturer sikittt. Sekian. ^__^
......................................................
br nak ckp kat aboi...'mujur tak di suruh lecture lg,".,adoi kecut perut tau ble ngajar..tambah di observe pegawai. even cikgu biasa pun terketaq apatah lg lecturer
ReplyDeletehehehe...
ReplyDeleteikt gmbr,feel jd pnsyrh tu da ade..
rlek la dayah..jgn klm kabut...
kak mia, itulah..aboi yang masuk setengah jam tu pun dah ketaq...hehehe
ReplyDeletezal, hahaha..cuak beb.. dah tu budak2 tu senyum2 je tengok aku kat depan..segan beb.. abang2 kakak2 tu semua..
keh3..aku igt masa hari pendaftaran ko kat utm...heheehe
ReplyDeletehaha.. masa daftar x de yang best pun except berbual dengan mamat hensem..haha
ReplyDelete