Dah tengah malam masih belum dapat tidur. Membaca nota sampai tertidur-tidur. Masih belum boleh tidur sebab proses mentransferkan drama korea ke dalam hardisk adik aku masih berjalan. Masih berbaki 40 minit lagi sebelum selesai mentransfer.
Disebabkan aku belum boleh tidur, apa kata aku kongsi sikit apa yang aku dah baca kat sini. At least, aku bley gak try memahamkan apa yang aku baca sebentar tadi. Eceh. Kali ni aku ceduk sikit-sikit lah dari subjek HRD atau nama panjangnya, Human Resource Development dan bahasa melayunya adalah Pembangunan Sumber Manusia.
HRD ni adalah satu aktiviti yang terancang dan sistematik anjuran organisasi untuk memberi peluang kepada pekerja belajar mengenai kemahiran yang berkaitan seiring dengan kehendak semasa pekerjaan dan juga akan datang. Paham tak?
Senang cerita HRD ni lebih kurang macam suruh korang belajar kemahiran-kemahiran tertentu menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Kononlah, bos korang nak suruh korang jadi photoghrapher tak rasmi untuk unit korang then dia hantar korang pergi kursus asas fotografi ke apa untuk korang belajar. Lebih kurang macam tu lah.
Aktiviti HRD di tempat kerja pula mesti bermula bila seseorang tu masuk kerja. Bila masuk kerja je, macam kita dulu-dulu ada orientasi la, taklimat la dsb. Dah tu, aktiviti ni pula tak berhenti gitu je tapi aktiviti ni berlarutan sepanjang perkhidmatan. Macam bila korang kat tempat kerja kena ada kouta-kouta kan untuk berapa kali kena pergi kursus?.
Kalau macam kat ofis aku ada markah CPD. Markah CPD ni lebih kurang macam menentukan training yang kita dapat untuk tahun ni cukup or tak in order for us gain KSA needed. (KSA is Knowledge, Skills, Attitude)
Aktiviti HRD ni pun mesti bertindakbalas dengan perubahan kerja dan perkembangan semasa. Contoh macam, kat office korang ada guna sistem baru. Sistem permohonan cuti secara online. At first memang la bengap tak tahu apa benda pun. Tapi kita mesti kena belajar untuk bergerak seiring dengan kemajuan tercipta. Learning is the core of all HRD efforts kan.
Lagi satu, aktiviti-aktiviti training tu mestilah reflect dengan visi, misi & strategi organisasi. Contoh macam aku kerja kat universiti kan, kalau nak ambil pekerja mesti kena ikut kelayakan. Macam nak jadi lecturer at least kena ada master. Nak jadi tutor, at least kena ada ijazah. Nak ambil pelajar mesti kena tengok kelayakan result diorang.
Kira macam ada guidlines la supaya tidak lari dari goal’s organisasi. Oh! Dah panjang. Baru terangkan sikit. 8 minutes to go until I finished transfer korean drama. Lain kali aku sambung lagi ea cerita pasal HRD ni.
p/s : penerangan panjang lebar tapi cuma elaborated 4 point je dalam tajuk aktiviti HRD di tempat kerja. (employees joining organization, continue throughout employment, responsive to job changes & must reflect organization’s goals and strategies).
.............................................................................
No comments:
Post a Comment
if do you wanna say something...just wrote it down guys...