Wednesday, February 23, 2011

Selca


Selca
Originally uploaded by aboi48

I don't have time to update my blog via computer. It's not that I don't have time to write, it's just that I'm afraid that I'll drowned into the cyber world. 

I've an exam tomorrow and I've to struggle to pass the exam. Please. Do pray for me also. I don't know why I'm so scared. T_T

Wednesday, February 16, 2011

Peace ~

Seharian memandang komputer di meja.  Mata letih, badan letih, fikiran juga turut letih.

Teringin sekali menikmati keindahan alam tanpa memikirkan tentang kerja yang menanti.  Pergi bercuti untuk jangka masa panjang.  Adalah sangat membahagiakan. kan?

Duduk di tepi pantai yang luas.  Pejam mata.  Betapa bahagianya perasaan.  Ditiup angin laut yang sepoi-sepoi bahasa di bawah terik matahari yang memancar.  Memandang laut yang tiada penghujungnya.  Menikmati keindahan pantai seluas mata memandang.


Jika tidak di pantai.  Mungkin berada di satu kawasan lapang yang jauh dari kesibukan kota.  Jauh dari kesibukan kerja.  Hanya yang ada, pemandangan yang luas. Tempat yang sesuai mencari ilham dan merehatkan minda. 

Baring di atas tanah rumput yang menghijau.  Memandang ke langit yang cerah.  Melihat awan-awan membentuk dan berlalu pergi.  Dengan hanya membayangkan sahaja sudah rasa cukup bahagia.  Apatah lagi kalau mengalaminya sendiri. kan?


Jika tidak di tempat lapang.  Mungkin juga di dalam hutan.  Bukan lah hutan sangat pun.  Setakat ke taman botanikal or taman negara ke, kira dah ok lah tu kan.  Dikelilingi oleh pohon-pohon yang menghijau.  Cahaya matahari memancar di celah-celah daun pokok.

Sejuk mata memandang.  Lagi best kalau ada sungai or air terjun.  Memang tenang rasanya. kan? 


 Bilalah dapat menikmati waktu-waktu yang diidamkan macam tu?

.....................................................

Tragedi 15 Februari 2011


Al kisahnya, hari ni tadi nak pergi tengok Nabhan dekat MRSM Kem Terendak.  Saja je nak pergi jengok dia n sekolah dia.  So, tadi decide nak jalan pantai, tak mo lalu dekat Lebuhraya AMJ lah konon.  Mana la tau kan, benda nak jadi.  Memanglah, malang tu tak berbau.

Entah macam mana, baru lepas traffic light, then ada satu bas awam ni tiba-tiba masuk dalam jalan raya lepas turunkan orang.  Then, first car berhenti mengejut.  Lepas tu baru lah second kereta break and I'm the third car.  Second car sempat break, but my car didn't.  So, berlakulah rempuhan dekat situ.  

Disebabkan dulu aku pernah eksiden, student langgar Ranformers dari belakang.  Aku memang dah jaga jarak kereta aku dengan kereta depan.  But still, tak cukup jauh untuk aku elak dari terlanggar kereta depan.  Then, kami berhenti tepi, check our car.  

Pak cik ni punya lah kecoh, terus telefon kawan tanya kalau tukar bumper citra berapa kena lah, apa lah.  Hello!! Eventhough aku ni tak tau sangat pasal kereta, tapi kalau setakat terkopek cat 3 inci je pun nak kecoh ke sampai kena tukar bumper?

Menyirap juga aku time tu.  And wife dia pun sangat tidak berbudi bahasa.  Walaupun bukan cakap dengan aku, but talking stupidly (Might be because of the shocked after the accident) towards my mother who apologies on my behalf.  WOW! That's rude!  

"Kalau macam tu senang je lah, dah langgar orang minta maaf!" Hello makcik! I'm the one who bumped your car, not my mom.  What's the point of talking to my mom like that? Are you in the right mind? Aren't you? (I can only say it here because I didn't heard she said that.  Poor my mom T_T)

The accident happened right in front of Masjid Limbongan, Tengkera on 11.45am.  I'm in Ranformers and the pakcik was in Citra.  While waiting for my uncle, there is one chinese bro looked at pakcik's car and his smile does looks like nothing bad was happened to pakcik's car.

After few discussion with pakcik yang masih boleh dikira considerate juga and my uncle, me and pakcik citra tu exchange number for further action.  He said that he will call me to fix his car or should I say A SCRATCH and I told him to get it fix at my place not him.  Just for safety not to get conned.

I just thought that I should write this here, so that it's easy if something goes up, I would remember what has happened today.  If he want to make a police report just incase I know what to write in my report.  haha.  I hope that won't be happening.  If not, I yang pening.

Poor Ranformers.  He has to suffer because of my carelessness.  I don't know when should I send him to the workshop to get the bumper in place again.  My plate was also broke but still it can be used until it fall on it owns.  T_T

Looks like my car suffered much more than pakcik citra's car.


p/s: I just realized that the accident that was link above was also happened in February. T_T
.......................................................

Saturday, February 12, 2011

Short Update

Hallo !!

Update dari umah abang dekat Damansara Damai.  Tadi habis kelas jam 7.30 pm.  Tangan lenguh jawab test.  Wallawey....test tu cover 30% tu...

Stop dulu.. Len kali update lagi.

Thursday, February 10, 2011

Mee Kolok & Mocha




Hari tu (tak ingat hari bila) pergi minum pagi dekat kedai Dayang.  First time sampai situ.  Konon nak cuba-cuba kedai baru.  Mana tahu sedap ke kan.

Kedai Dayang tu actually jual kuih lapis sarawak tapi beserta dengan kafe lah.  Ada free wifi kot kedai dia.  Tapi kena insert password.  Tak do la kojo den nak nanyo kan password dio eh.  Kak Azian order Mee Kolok untuk diri dia.  Aku pun ikut je menu yang sama tapi aku order Mee Kolok Daging, kak Azian Mee Kolok Ayam.  Makanan orang Sarawak.  Aku manalah tahu pasal mee ni macam mana rupa dia apa semua jadi main bedal je order.

Bila dah dapat.  laaa... mee dia sikit lebih kurang je rasanya dengan Mee Sedap yang segera tu.  Membazir je.  Dah la daging ciput je.  Tapi oleh kerana dah order, dan dah sampai depan mata.  Maka, makan lah aku dengan sedapnya.  Lama kot aku tak makan megi.  Sedap gak sekali sekala dapat makan macam tu.

So, nak kata rugi tu tak lah sangat.  Sebab benda sedap.

................................................

Human Resource Development


Dah tengah malam masih belum dapat tidur.  Membaca nota sampai tertidur-tidur.  Masih belum boleh tidur sebab proses mentransferkan drama korea ke dalam hardisk adik aku masih berjalan.  Masih berbaki 40 minit lagi sebelum selesai mentransfer.

Disebabkan aku belum boleh tidur, apa kata aku kongsi sikit apa yang aku dah baca kat sini.  At least, aku bley gak try memahamkan apa yang aku baca sebentar tadi. Eceh.  Kali ni aku ceduk sikit-sikit lah dari subjek HRD atau nama panjangnya, Human Resource Development dan bahasa melayunya adalah Pembangunan Sumber Manusia.

HRD ni adalah satu aktiviti yang terancang dan sistematik anjuran organisasi untuk memberi peluang kepada pekerja belajar mengenai kemahiran yang berkaitan seiring dengan kehendak semasa pekerjaan dan juga akan datang.  Paham tak?

 Senang cerita HRD ni lebih kurang macam suruh korang belajar kemahiran-kemahiran tertentu menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.  Kononlah, bos korang nak suruh korang jadi photoghrapher tak rasmi untuk unit korang then dia hantar korang pergi kursus asas fotografi ke apa untuk korang belajar.  Lebih kurang macam tu lah.

Aktiviti HRD di tempat kerja pula mesti bermula bila seseorang tu masuk kerja.  Bila masuk kerja je, macam kita dulu-dulu ada orientasi la, taklimat la dsb.  Dah tu, aktiviti ni pula tak berhenti gitu je tapi aktiviti ni berlarutan sepanjang perkhidmatan.  Macam bila korang kat tempat kerja kena ada kouta-kouta kan untuk berapa kali kena pergi kursus?. 

Kalau macam kat ofis aku ada markah CPD.  Markah CPD ni lebih kurang macam menentukan training yang kita dapat untuk tahun ni cukup or tak in order for us gain KSA needed.  (KSA is Knowledge, Skills, Attitude)

Aktiviti HRD ni pun mesti bertindakbalas dengan perubahan kerja dan perkembangan semasa.  Contoh macam,  kat office korang ada guna sistem baru.  Sistem permohonan cuti secara online.  At first memang la bengap tak tahu apa benda pun.  Tapi kita mesti kena belajar untuk bergerak seiring dengan kemajuan tercipta.  Learning is the core of all HRD efforts kan.

Lagi satu, aktiviti-aktiviti training tu mestilah reflect dengan visi, misi & strategi organisasi.  Contoh macam aku kerja kat universiti kan, kalau nak ambil pekerja mesti kena ikut kelayakan.  Macam nak jadi lecturer at least kena ada master.  Nak jadi tutor, at least kena ada ijazah.  Nak ambil pelajar mesti kena tengok kelayakan result diorang. 

Kira macam ada guidlines la supaya tidak lari dari goal’s organisasi.  Oh! Dah panjang.  Baru terangkan sikit.  8 minutes to go until I finished transfer korean drama.  Lain kali aku sambung lagi ea cerita pasal HRD ni.

p/s : penerangan panjang lebar tapi cuma elaborated 4 point je dalam tajuk aktiviti HRD di tempat kerja. (employees joining organization, continue throughout employment, responsive to job changes & must reflect organization’s goals and strategies).

.............................................................................

Wednesday, February 9, 2011

Ambil Feel Sikittttt ~


Ini adalah gambar pada hari kejadian iaitu hari Selasa, 8 Februari 2011.  Tertanya-tanya kenapa aku sibuk posing sambil pegang kertas berwarna-warni segala?

Tahukah kamu bahawa tempat untuk mengambil gambar ini adalah di belakang bangunan bagi mengelakkan diri daripada dinampakkan oleh orang lain agar tidak malu secara tiba-tiba nanti? kah kah kah kah.  Berdekah-dekah aku ketawa.

Bukan ketawa kerana tempat mengambil gambar adalah kelakar.  Tetapi disebabkan oleh kejadian yang berlaku sebelum itu nampak macam kelakar tak sudah.  Di arah untuk masuk ke kuliah bos bagi mengedarkan kuiz dan latihan kepada pelajar-pelajar.  Edar kuiz? Ek eleh, apa lah sangat kan.  O_o

Bos terpaksa ke Kuala Lumpur atas urusan mesyuarat bersama KPT.  Ok.  Masuk kelas, edar kuiz, ambil kedatangan, tunggu 15 minit, pungut kuiz, edar latihan dan balik ke pejabat.  Mudah kan?  haha.  Mudah lah sangat.

Tahukah kamu bahawa aku adalah seorang yang lahir di dalam bulan Ogos yang mempunyai sifat kelam kabut?  Benda mudah pun masih boleh buat orang macam aku ni kalut tak sudah sehingga hampir-hampir memalukan diri sendiri? eceh, hiperbola je tu.

Al kisahnya, aku pergi bersama kak Azian.  Haruslah ada peneman kan.  Mati kejung aku sorang-sorang nanti.  Dah sampai, tercengang-cengang kat luar bilik kuliah.  Jumpa Dr. Izan kat luar kelas, then dia yang tolong tanyakan student-student kat dalam kelas tu betul ke tidak kelas tu yang aku kena masuk.  Haru. ngeh ngeh ngeh

So, dah confirm.  Aku pun masuklah kelas.  Jangan kata student je yang tercengang-cengang,  aku pun tercengang-cengang juga masuk kelas tu.  hahaha.  Dah tu, bagi la intro sikit kannnn.  Tak kan main edar je kertas betul tak?  Gagap-gagap aku kat depan student-student tu.  Rasa macam kena bercakap kat depan masa kursus induksi dulu tu.  Perasaan tu sama. eceh.

Dah edar kuiz, hp bunyi pulak.  Berlari-lari anak mendapatkan telefon.  Gelabah lupa nak silent, pegang hp terlepas pulak.  Aduh.  Dah la hp jatuh, malu pulak lagi.  Tak cukup dengan tu,  nak pergi sambung edar kertas kuiz lagi ni.  Tersadung pula kerusi.  Aduhhh...macam-macam lah.  hilarious gila bila ingatkan balik.  kah kah kah kah.

Dah settle semua, minta maaf semua bagai.  Keluar kelas pergi toilet.  Muhasabah diri kottt.. hahaha.  Lepas tu lah baru timbul gambar di atas.  Begitulah ceritanya, konon ambil feel jadi lecturer sikittt.  Sekian. ^__^

......................................................

Matahari di petang 7 Februari 2011




Dah lama rasanya tak upload gambar-gambar pemandangan yang dipetik dari lensa kamera telefon bimbit aku ni kan.  Banyak gambar ambil, tapi tak kuasa nak mentransferkannya ke dalam laptop seraya menguploadnya ke dalam blog.

Ni gambar petang 7 Februari 2011, jatuh pada hari Isnin iaitu hari pertama bekerja setelah 4 hari bercuti.  (-_-.)  Lagi 2 hari setengah sebelum jumpa hari cuti bekerja lagi.  Tahniah!

............................................................................

Tuesday, February 8, 2011

Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran

Aku sebenarnya suka belajar mengenai personaliti diri.  Best rasanya bila dapat belajar mengenai diri sendiri.  At least kita boleh ubah apa yang patut diubah dan perbetulkan mana yang tidak betul.

Tadi my friend ada post pasal Mengenali Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran.  Maklumat ini adalah daripada hasil kajian Dato' Fadhilah Kamsah.  Aku tak ingat sama ada aku dah post ke belum pasal menda ni dulu-dulu.  Tapi tak kesahlah, share banyak-banyak kali pun tak pe kan?  hehe.

Disebabkan aku dilahirkan pada 4 Ogos tahun 80-an.  Jadi aku akan tempelkan sedikit lah pasal personaliti orang yang lahir bulan lapan ni.  Kalau nak baca penuh, klik kat perkataan "Mengenali Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran" di atas.

OGOS

Suka berlawak
Mudah tertawan kepadanya
Sopan santun & caring terhadap orang lain
Berani & tidak tahu takut
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
Pandai pujuk orang lain
Terlalu pemurah & bersikap ego
Nilai harga diri yang sangat tinggi
Dahagakan pujian
Semangat juang yang luar biasa
Cepat marah & mudah mengamuk
Mudah marah apabila cakapnya dilawan
Sangat cemburu
Daya pemerhatian yang tajam & teliti
Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari
Suka memimpin & dipimpin
Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
Belajar untuk relax
Sikap kelam kabut
Romantik, pengasih & penyayang
Suka mencari kawan

Ada masanya, memang tak boleh dinafikan aku memang ada sikap-sikap yang macam tu.  Ada juga yang bukan sifat aku kat atas tu.  Aku rasa la.  Tapi tak tahu la, kalau orang yang kenal aku tu anggap aku macam mana.

I do read about the other month while imagined the person.  It is true.  Their personality is just like what was written.  You should read it to know more about yourself or your family or your spouse etc.

Happy reading !

.....................................................

Monday, February 7, 2011

Donate Blood


Wah.. macam sudah menjadi satu trend pulak tajuk entry dalam Bahasa Inggeris, entry dalam Bahasa Melayu.. huhu

Actually, baru sekejap tadi balik dari Pusat Perwakilan Pelajar.  Ada Kempen Derma Darah kat situ.  Ingatkan nak pergi derma darah.  Memang dah lama niat nak derma darah.  Tapi tak pernah ada peluang dan tak pernah merebut peluang. 

So, hari ni gagahkan juga la pergi derma darah.  Lepas isi borang apa semua, pergi test darah.  Baru ni la tau aku darah apa.  hehe.  Aku adalah seorang yang berdarah A.  My mom AB, my dad B+ and turn out that I'm A.

So far, aku ada terbaca dan tertonton mengenai macam mana nak mengenal personaliti seseorang based on diorang punya darah.  It's quite fun to know something and to learn new things about ourself based on our body.  Blood is so important to begin with.  Blood are use to bring oxigen to our whole body isn't it?.

Sebab tu lah, aku ni berkobar-kobar nak menderma.  Tapi apakan daya, darah aku tak lepas untuk di donate kan.  Rugi kan? T__T

Pegawai kesihatan tu kata aku punya darah tak cukup zat besi.  The iron in my blood is only 11.5, it's normal to individual but in order to donate blood, you have to have at least 12.5 iron in your blood.  What a shame.  I couldn't donate even if I want to. 

I've to eat more iron such as spinach, conflakes etc.  I don't know what else that rich with iron. Too lazy to search about those thing.

But, I won't give up.  I'll make sure, that I'll have a healthy lifestyle so that I can donate blood to those who need it.  Chaiyok!

I'm still down..

....................................................

Tuesday, February 1, 2011

Nonsence

Keep on getting a headache.  I'm stress.  With friends in and out. I realized that I've lost my way to fresh up.  Everything that around me is being blame for the irritating feels that I've had.  Should I go to somewhere high?
Related Posts with Thumbnails