Monday, November 29, 2010
Selamat Hari Lahir Bonda !
Hari ini adalah hari yang baik. Walaupun hari lain juga adalah hari yang baik, tetapi hari ini adalah hari yang lebih baik dari hari-hari semalam. Diam tak diam dah 8 perkataan hari yang aku sebut. Eh bukan. Korang yang sebut.
Hari ini adalah hari kelahiran bonda ku yang ke-51 tahun mengikut kalender orang putih. Kalau mengikut kalendar islam, haruslah aku malu kepada diri sendiri kerana tidak tahu tarikh yang tepat hari kelahiran bondaku mengikut bulan islam. Maafkanlah anakmu ini wahai bonda.
Walau apa pun, sehingga kini, jejak 22 tahun 3 bulan dan beberapa hari sejak aku lahir, sampai lah sekarang aku masih bertuah dan beruntung kerana masih mendapat kasih sayang bonda. Terima kasih Ya Allah.
Nukilan untuk bonda,
Walau mak marahkan Yaya sebab malas, Yaya terima.
Walau mak marahkan Yaya sebab tak nak masak, Yaya terima.
Walau mak marahkan Yaya sebab asyik tengok drama korea, Yaya terima.
Walau mak marahkan Yaya sebab untuk apa-apa sahaja lah yang patut dimarah, Yaya terima.
Sebab.
Mak lah satu-satunya mak yang Yaya ada di dunia ni. Tak ada yang lain dah. Mak lah the best mom in the whole world. Hari ini kalau ikutkan Yaya dah berumur 8,152 hari. Itu pun kalau tak silap kira. Dah boleh fikir mana baik, mana buruk.
Terima kasih di atas segala ajaran, tunjuk ajar dan kesabaran yang mak curahkan sepanjang 8,152 hari mak menjaga Yaya. Terima kasih yang tak terhingga. Entah bagaimana nak balas budi mak.
Sempena hari yang berbahagia ini, Yaya doakan semoga mak dirahmati Allah, dikurniakan tubuh badan yang sihat walafiat, diberi kemurahan rezeki dan dipanjangkan umur.
Sekian.
Well, aku tak berapa pandai nak berkata-kata. Kata-kata yang aku tulis ni pun tak terluah di depan bonda aku. Entah kenapa. Susah nak ekspresi diri? Entahlah. Dalam hal macam ini, aku jeles dengan mak long aku. Mak long mudah untuk meluahkan ucapan-ucapan terindah dan menyenangkan hati orang yang dirai. Mungkin saya patut belajar semua itu. Kan.
Walau apa pun, Selamat Hari Lahir Bonda ! (^__^)
...................................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
selamat hari lahir bonda..=D
ReplyDelete(^__^)
ReplyDeleteyaya untung mak selalu depan mata...oleh itu baik dengar kata mak..."mak sy rindu mak!" mari la mak dok dekat sini....
ReplyDeletealhamdulillah.. so far belum berjauhan sangat dengan mak..hehe
ReplyDeletethanks.