Friday, October 15, 2010

Bandung Electronic Centre (BEC) ~

Dah hampir dua minggu balik dari Bandung tapi masih belum update-update lagi pasal Bandung kan.  Gambar dah dapat semuanya, tinggal nak pilih-pilih je nak letak dalam blog.  tunggu je lah ye.  hehe.

Sebelum aku cerita secara penuh dan lengkap mengenai pengembaraan aku dekat Bandung, aku cerita dulu pasal salah satu tempat yang aku singgah semasa di Bandung.  Bandung Electronic Centre (BEC).  BEC adalah sebuah pasaraya lah kalau boleh diumpamakan.  Pasaraya untuk barangan-barangan elektronik. 

Actually, tak ada dalam perancangan pun nak singgah dekat sini.  Tapi disebabkan Hisyam berusaha untuk mencari handphone Nokia X8 *kalau tak silap aku. tak ingat.* Jadi, dia pun requestlah nak pergi ke BEC ni.  Dapat tahu mengenai BEC ni pun daripada kawan dia yang belajar di Bandung sekarang ni ambil jurusan perubatan.

Pendekkan cerita, sampai lah kami dekat BEC ni.  Kami datang awal sangat.  BEC belum buka.  Ramai sangat remaja-remaja yang duduk tunggu di luar bangunan untuk masuk.  So, kami pun jalan-jalan la dekat Factory Outlet seberang jalan untuk beli belah dulu.

Dah tu, pendek cerita lagi. Kami pun masuklah dalam BEC.  First impression? Not bad.  Meriah gila.  Ramai sangat orang.  tempat pertama tuju, Kedai NOKIA lah yang pastinya.  Bersesak-sesak.  I don't like.  huhu.

Disebabkan ramai sangat orang dekat kedai NOKIA tu, kami pun decide nak jalan-jalan dulu.  Aku pulak, macam orang jakun.  wah, banyaknya kedai handphone.  semua kedai handphone ke? murah ke tak ek? dann.. macam-macam lagilah soalan yang aku utarakan pada masa tu. Serius jakun. haha.

Sambil jalan-jalan sambil survey-survey harga.  Sebenarnya kalau ikutkan harga dia tak de la murah mana pun.  Lebih kurang kat Malaysia juga.  Hanya beberapa barang je yang boleh diconsider sebagai murah sikit dari Malaysia.  Yang bestnya bila dah jalan-jalan tu nampak pulak kamera banyak-banyak. 

Ada kamera DSLR kalau tak silap, siap lense + extra lense + apa lagi entah *tak sure ah, aku bukan pandai pun pasal kamera-kamera ni.. T_T* dalam 4 juta rupiah harga dia.  Bila dah convert duit kita, harga lebih kurang je dengan dekat Malaysia.  So, better beli dekat Malaysia kan, kalau rosak ke apa ke senang nak betulkan.

Dah tu, jalan-jalan lagi.  Aku kalau berjalan tak beli apa-apa kan macam tak patut. hehe.  Jadi, aku pun grab lah external hardisk Seagate satu.  320GB rasanya.  entah la ye. Lupa.  yang pasti beli external tu guna duit adik aku dulu sebab aku punya duit Rupiah tak cukup. ngeh ngeh ngeh.  500 ribu Rupiah harga external tu. Korang convert lah sendiri duit dia. (^_^)

Barangan elektronik lain banyak juga.  laptop semua bagai.  Tapi disebabkan kami dah ada laptop, jadi tak heran sangat.  dah penat jalan.  Singgah balik semula dekat kedai Nokia yang mula-mula tadi.  Memang mendapat sambutan hangat betul kedai tu.  ntah apa sebabnya.  

Disebabkan Nokia X8 yang Hisyam cari belum keluar.  Kami pun tanya lah iPhone4 tu harganya berapa.  Nak tahu berapa? 10 juta 600 ribu Rupiah.  tergamam aku sekejap.  ok. ok. 10 juta lebih. berapa ek? berapa ek? Ohhhhh... dalam RM3,000++ juga lah.  Lebih kurang je la kan dengan yang dekat Malaysia ni? 

Kesimpulannya, barangan dia sama lebih kurang harga dengan kat Malaysia.  Jadi, kalau pergi Bandung, Indonesia tak payah lah cari barangan elektronik.  Datang shopping baju batik lagi baik.  Boleh pakai tiap-tiap hari Khamis.  hehe.

Moh, layan gambar. *gambar penyek, tak tahu kenapa*.

Istana BEC

Banyak gila nombor telefon.  XD

Antara deretan kedai



inilah kedai Nokia yang ramai sangat orang tu


Barisan kedai makan

Ingat nak ambil gambar curi-curi, tapi minah ni terperasan pula


Oh ya ! Mak kata air ni dulu-dulu ada dekat Malaysia. 
Aku first time jumpa. T_T


p/s : Apa-apa pun, tempat ni memang best.

........................................................

2 comments:

  1. a'ahla.. xtpikir pon psal brg2 elektronik bila g bandung.... kalau x, aku mesti da soh ko beli kan external hard disk.. aku kepingin nak ada satu bnda alah tu.. huhuhu.... kt ofis aku ni ada jual gak, 320gb rm170... tp msih lagi bpikir nk beli ke x... hmmm.....

    ReplyDelete
  2. alah... lebih kurang je harga nya tu..
    ko pergi je kat pc fair.. dapat lagi murah nanti..

    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails