Wednesday, October 20, 2010

Melancong ke Bandung, Indonesia Part 1

Ok.  Bulan lepas, aku, along dan kak long, Hisyam, Pak Uda dan Mak Uda beserta mak aku secara bertujuh pergi bercuti ke Bandung, Indonesia.  Aku ambil cuti hari Jumaat, Isnin dan Selasa semata-mata nak pergi melancong.  Bukan apa beb, nama pun nak melancong, mesti kena cuti lama sikit. kan?  hehe

Ni nak cerita kes kali pertama.  Kali pertama apa? Kali pertama naik kapal terbang Air Asia.  hahahaha. eh? itu je ke Dayah? Lame~ Sila pronouce dan fahamkan dalam Bahasa Inggeris sebab kalau pronouce dalam Bahasa Melayu adalah sangat tidak berkenaan dengan cerita ini. Bukan itu sahaja, ini juga kali pertama naik kapal terbang kecil. 

Kecil dalam erti kata boleh muat dalam 200 penumpang tidak termasuk juruterbang dan para pramugari dan pramugara. Jumlah tu aku main hentam je, tak tahu pun sebenarnya berapa orang boleh masuk dalam itu kapal terbang kecil.  Nak tambah sedap lagi cerita, ini pertama kali jejak kaki di LCCT.

LCCT tu apa? Itu pun tak tahu? Meh aku bagitahu, LCCT tu adalah Low Cost Carrier Terminal atau dalam Bahasa Melayunya Terminal Penerbangan Tambang Rendah, Sepang. ceh! berlagak! padahal benda simple macam ni pun kena google.  hahahaha

Ok, teruskan.  Lepas dah check-in beg-beg, kami pergi mengisi perut dulu.  Nak hidup kena makan beb.  Ceh, padahal memang tengah lapar time tu. Isi perut sekejap dekat Restoran ...... Restoran ...... Restoran ....... (-_-") Ok, kalau aku dah tulis sampai tiga kali tu maknanya aku lupa lah tu.

inilah restorannya.

Lepas makan, kami pun pergi la ke ruang menunggu.  Sambil duduk-duduk tunggu panggilan kapal terbang, perkara wajib mestilah ada sesi photoshoot.  kan? ekekekeke...photoshoot konon, cerita nak gebang aja.  Padahal cuma ada 3 gambar aje di tempat menunggu ni.

peace ~

Setelah berjalan kaki untuk jarak yang jauh tak berapa jauh ke kapal terbang tu, masuklah kami bertujuh ke dalam kapal terbang Air Asia.  Bila dah naik flight, perkara terawesome sekali yang boleh dibuat adalah tidur.  Tidur tu adalah satu nikmat yang korang semua tak boleh nafikan.  betul? hehehe.

tidur

Baru-baru naik kapal terbang memang teruja punya nak ambil gambar di luar.  Bila dah berada di atas,  memang semuanya nampak cantik. 

Bumi Malaysia

Bila dah nak mendarat pun mesti tak nak lepas dari ambil gambar punya.  Punyalah teruja.

Bumi Indonesia

Bila dah mendarat, kena pula berjalan kaki menuju ke imigresen di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara, Bandung, Indonesia.  tak jauh pun jalan dalam 3 minit je.  Lapangan terbang dia kecil je.  Kami boleh ambil gambar tu lepas turun dari kapal terbang.  Hebat tak hebat ! hahaha
Kalau dekat LCCT tu mestilah dah kena marah, nak kena langgar kapal terbang ke? hahaha

Lapangan Terbang Bandung

Kami kena beratur masa nak cop passport tu. Beratur pun nak kecoh?  tak de lah sangat, tapi sebab airport dia kecil, jadi kami pun kena beratur sampai keluar-luar.  Kaunter imigresen cuma ada dua je. Tempat dia scan bagasi-bagasi kami pun sebelah je dengan tempat kami beratur. 

Tengah-tengah beratur tu, guard yang jaga tu suruh kami dan beberapa orang lagi untuk berehat dulu di bahagian laluan untuk domestik.  Banyak kerusi.  Bagus.  Masuk toilet.  Fuhh !! Salute beb.  bersih.  hehe.  First impression untuk Bandung.  Not bad. (^_^)

nampak tak lelaki berbaju putih di sebelah kanan?
tu tengah punggah beg tu.

bersesak-sesak time ni.

Yang bestnya kan.  Kaunter imigresen ada 2 je.  Tapi tahap secure? security? tak kesahlah yang mana satu pun perkataan dia, memang superb.  Jangan main-main.  Sepuluh-sepuluh jari tangan korang diorang scan.  Siap ambil gambar lagi.  Aku memang terkejut betul.  Mula-mula dua-dua ibu jari.  lepas tu, 8 jari lagi scan.  lepas tu senyum, pandang kamera.  Klik ! Fuhh, pengalaman tu. hehe.

Dah sudah semuanya, kami pun terus disambut oleh ejen yang Pak Uda dah carikan.  Naik van.  Van dia punya besar macam bas mini. Boleh masuk dalam 12 orang dalam van tu.  Selesa betul.  Patutlah bayar mahal. T_T 

Dah masuk van terus je Indra tu bawak kami pergi check-in hotel Naval.  Hotel Naval ni terletak di Jalan Sukajadi bertentangan dengan Pusat Refleksologi. First impression? Macam best. (^_^)

di lobby hotel

bersambung.....
......................................................

3 comments:

  1. ammvoiii sonoknyerr gi bandung kannns.. ehehe

    ReplyDelete

  2. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails