Friday, August 6, 2010

So much love on my birthday


"I felt so much love on my birthday"

Semalamadalah hari lahir aku yang ke-22 tahun. (dah 2 hari lepas..tak nyempat-nyempat nak post)
hah?? 22 tahun dah?? kejap je kan.. tapi aku masih rasa yang aku ni macam remaja-remaja lagi..dah masuk golongan wanita-wanita dah ni sepatutnya..betul tak?

tepat pukul 12 tengah malam, aku ni duk tunggu la sapa yang nak wish..
tau siapa? tak ada siapa pun ! sedih tak? sedih tak? aku tak rasa sangat, sebab aku duk sibuk layan video malam tu..hehe

bila dah pagi tu, orang pertama ucap selamat hari lahir kat aku mestilah emak kan.  apa-apa pun emak pasti tempat pertama.  kedua, pastilah nenek.  sebab nenek ucap masa aku salam nak pergi kerja.  tempat ketiga, ayahlah yang pastinya. cukuplah aku tulis sampai tiga, kalau nak tulis semua pastinya entri ini akan menjadi entri terpanjang dalam sejarah penulisan aku.  ye tak? sebabnya, kalau dicampurkan mesej ucapan selamat hari lahir kat dalam handphone, email, facebook mahupun secara lisan, pastinya tidak larat kamu semua nak membacanya.  jangan kata kamu nak baca, aku yang nak menaip ni pun macam tak kuasa! 

bila pergi kerja, pastilah rakan sekerja aku ucap selamat hari lahir kat aku.  suka ke? mestilah!  then, diorang belanja aku McD. McD je? oklah tu.. jangan nak demand lebih-lebih pulak..hehe

yang tak bestnya, facebook tak boleh bukak pulak dari pagi melarat sampai ke petang.  asal nak bukak facebook je komputer hang..asal bukak je, komputer hang.. lama-lama aku sendiri hang! 

walaupun ada ucapan selamat dalam handphone, tapi tak semeriah mana pun.  tak ramai yang wish guna handphone.  kawan-kawan rapat dan ahli keluarga je yang mesej guna handphone.  balik dari office, emak cakap tak ada apa-apa hadiah.  semua orang cakap poket tengah kering.  tak pe, tak pe.  

then tiba-tiba, nenek panggil suruh potong kek.  kek?? kek birthday??  haha, ada kek.. yeay! yeay! ada kek birthday.  wah! nampak riang tak? riang tak? haha
tak dapat hadiah, dapat kek pun jadilah kan.  hehe

dah tu, lepas maghrib. nenek, mak ngan Hisyam panggil aku.  Senang cerita depa bagi hadiah kat aku.  Nenek kasi baju kurung, mak bagi beg tangan, Hisyam kasi kasut.  ngeh ngeh ngeh.  >_<
suka gila okay ! dah tu, semua barang tu kena dengan taste aku.  thanks to my adik, taste dia memang sama macam aku.  haha.

Malam tu, lepas posing-posing sikit dengan hadiah.  aku bukak facebook.  wahhhhhhh ! sangat banyak ucapan birthday.  suka tak? suka tak? pastilah! sangat-sangat terharu. ceh! cakap nak gebang. haha.

tapi, korang-korang yang wish tu, memang best lah! i felt so much love on my birthday.  thanks to you guys. (^_^)  aku ambil masa lebih kurang satu jam nak reply segala mesej dan komen bagai kat facebook.  sangat-sangat bahagia perasaan tu. tahu?

but, aku sentap sikit masa birthday aku.  tau kenapa? sebab kan, ramai sangat-sangat yang wish birthday kat aku.  aku rasa sangat best.  tapi hakikatnya, aku jarang wish birthday kat member-member.  diorang mesti sedih kan?

sampaikan aku rasa macam, aku tak layak nak menerima kasih sayang sebegitu rupa dari kawan-kawan dan semua.  i just feel bad for myself.  tak bagus kan aku? tapi bagus jugak, akhirnya aku sedar sikit. kan?

dan aku berazam untuk menghargai kawan-kawan sebagaimana mereka menghargai aku. 

"Just because somebody doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with all they have"

terima kasih semua.  terima kasih kerana membuatkan saya sangat-sangat gembira di hari lahir saya.  saya sayang kamu semua >_<

...............................................

2 comments:

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails