Friday, August 13, 2010

Be Nice to People On Your Way Up

"Be nice to people on your way up because you'll meet them on your way down."
~ Anonymous

Sempena bulan Ramadan ni, hati ni tercuit-cuit nak kongsi cerita yang boleh dijadikan pedoman sedikit sebanyak.  hehe.  bukan apa, sedikit sebanyak dapat memperingatkan diri sendiri jugak.  (sangat annoying bila baca sedikit sebanyak, sebanyak 2 kali T_T) teehee...

Melor (bukan nama sebenar..alah, kalau aku tulis nama sebenar pun bukan korang tau, ye dak?) ni seorang budak pandai.  Disebabkan dia sangat pandai, dia dapat belajar tinggi-tinggi sampai oversea sana amik jurusan ala-ala bisnes.  bila dah grad, balik Malaysia terus dapat kerja sebagai penolong pengarah sebuah syarikat swasta.

Bukanlah nak ngumpat apa semua bagai. bukan >_<.  tapi Melor ni sombong, garang, ala-ala perfectionist sikit kat tempat kerja.  budak-budak ofis semua takut dan menyampah! dan dia ni seorang yang workaholic jugak kalau korang nak tau. 

bagi dia, salah typo tu ibarat macam dah buat kesalahan besar lebih kurang macam menyeleweng duit syarikat ar.  berhambur-hambur marah dia tu di segenap ruang bilik dia. panassss !! (gaya bercerita kena gebang beb..haha)

lagi satu, pantang betul dia kalau nampak orang nak pergi minum pagi..bagi dia, pagi-pagi mana ada waktu sarap.  sapa kata boleh turun ofis pergi minum masa pukul 10? siapa nak buat kerja kalau semua pergi minum pagi? haih..kalau dah nama perempuan, bebelan dia mestilah sampai ke tahap macam tu.  hyper, hyper annoying.

ok, ok.  ringkaskan cerita.  dia ni dapat naik pangkat. wah! naik pangkat beb.  makin naik la tocang dia.  then, nak dijadikan cerita.  dia ni telah dipedajalkan oleh kawan-kawan bisnes yang status ala-ala setaraf dengan dia. kondem dia semua bagai dalam meeting dengan board of director.  eceh. hehe.  alah, macam dalam cerita drama-drama melayu tu.  kesahnya sekarang, sudah jatuh terduduk lah si Melor tu.

bila dah telangkup, mulalah si Melor ni nak cari orang-orang yang sebelum ni di bawah pengurusan dia untuk back up dia.  tapi, apa jadi?  sorang pun tak nak bantu dia.  dia bukan saja tak dapat sokongan moral.  malah mendapat serangan bertubi-tubi (ni kes yang ada mulut laser la) sampai dia menjadi sangat depressed.  tak boleh buat apa beb.  ni la orang kata revenge. kan? ni boleh kata macam "you'll get what you give" lah. 

So, korang dapat tak tangkap apa moral daripada cerita ni?

Moral dia = Jadi bagus untuk orang-orang di jalan sampai kerana anda akan bertemu mereka di jalan bawah. apakah??  wahahahahahaha >_< sangat tidak boleh blah!! muahahahaha. (translated by uncle google)

ahaha.. geli-geli perut aku tahan gelak. ekekekeh..

Kesimpulannya, berbuat baiklah kepada semua orang semasa kita masih lagi dibawah dan jangan dilupa semasa kita berada di atas kerana kita akan berjumpa dengan mereka apabila kita kembali berada di bawah.  ingatlah! roda sentiasa berputar.

......................................................

No comments:

Post a Comment

if do you wanna say something...just wrote it down guys...

Related Posts with Thumbnails